Pages

Saturday, August 15, 2015

TALAM LABU MINI


Resipi dari Cooking Tackle ini cukup menarik kerana ini kali pertama saya membuat kuih talam menggunakan telur. Resipinya juga menarik kerana ia tidak akan mengecewakan kita pasti jadi. Kuihnya lemak dan paling mustahak kita boleh tentukan berapa banyak yang kita ingini. Adunannya mudah disukat. Untuk resipi ini kita bleh menghasilkan lebih kurang 20 biji talam

Talam Labu Mini

Lapisan Bawah
    • 180 g isi labu
    • 380 ml santan
    • 90 g tepung beras
    • 25 g tepung ubi
    • 90 g gula
    • 2 biji telur
    • garam secukup rasa
    • minyak untuk disapu pada acuan
    Blend semua bahan sehingga menjadi adunan lincin

    • 180 g santan
    • 40 g tepung beras
    • secubit garam
    Satukan semua bahan dan letak sebelah

    Cara menyediakan

    1. Panaskan kukusan
    2. Sapukan acuan mpang dengan sedikit minyak
    3. Tuangkan adunan labu dan kukus selama 15 - 20 minit
    4. Kemudian tuangkan adunan atas dan kukus selama 10 minit lagi
    5. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan



    RECIPE SOURCE:  cOOKING TACKEL

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    1 comment: