Pages

Sunday, August 30, 2015

SERUNDING KELAPA


Apa yang menarik tentang serunding kelapa ini ialah ia boleh digunakan dalam  beberapa jenis juadah, satu boleh dimakan bersama lontong, kedua dimakan bersama pulut dan ketiga dijadikan inti karipap atau spera. Saya jika membuat serunding pasti akan membuatnya lebih..supaya dapat digunakan untuk juadah yang berlainan. 

Jika suka boleh juga dijadikan inti cucur badak. Cukup versetile serunding ini dan membuatkan juga senang dan menepati bajet.



Serunding Kelapa


    • 1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
    • 10 tangkai cili kering
    • 3 batang serai
    • 1/2 inc lengkuas
    • 1/2 cawan udang kering
    • 3 ulas bawang putih
    • 5 ulas bawang merah
    • 1/2 inc belacan
    • 1/2 inc kunyit
    • 1/2 cawan air asam
    • garam dan gula secukup rasa


    1. Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanya biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    No comments:

    Post a Comment