Pages

Friday, July 10, 2015

KALIO AYAM MINANG


Selain dari Rendang Minang, Kalio Ayam ini merupakan antara favourite di mana-mana restoran Minang yang kita kunjungi. Cara menyediakannya lebih kurang sama dengan masak Lomak kita cuma bahan aroma yang digunakan dalam masakan ini ialah daun salam dan sedikit cekur. Buah keras juga banyak digunakan dalam masakan Minang yang bertujuan memekatkan kuah.

Untuk resipi ini jika yang sukakan pedas boleh ditambahkan cili padi. Ayam Kampung selalu menjadi pilihan untuk masakan ini. Kalau di seberang, lauk ini samada dimakan bersama nasi, ia juga sedap dimakan bersama ketupat.

Kalio Ayam Minang
  • 1 ekor ayam dibelah 8
  • 3 batang serai dititik
  • 5 helai daun limai
  • 3 helai daun salam
  • 1/2 kilo santan
  • 1 sdt lada sulah
  • 3 sdb minyak masak
  • garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Blend
  • 9 ulas bawang merah 
  • 11 tangkai cili kering
  • 7 biji buah keras disangrai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 2" Kunyit 
  • 2 ketul kecil isi cekur


Cara Membuat Ayam Kalio  Minang 

  1. Panaskan minyak , tumis bahan balend, serai , daun limau, daun salam hingga wangi .
  2. Selanjutnya masukkan ayam , biar sehingga empuk sedikit
  3. Masukkan santan dan kacau rata
  4. Masukkan garam, gula, lada sulah dan perisa secukupnya
  5. Biar sehingga ayam empuk dan angkat


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment