Pages

Wednesday, July 08, 2015

BERBUKA DENGAN NASI TUMPENG


Semalam buat cukur jambul cucu sulong. Tidak ada majlis dibuat kerana Ramadan, tetapi saya buat Pulut Kuning ini dengan niat untuk berbuka di rumah anak yatim seperti lazim saya buat bila Ramadan. Buat beberapa pek untuk sedekah dan selebihnya saya buat Nasi Tumpeng ini. Nasi Tumpeng ini adalah pulut Kuning yang disediakan dalam bentuk kon dan dikelilingi dengan berbagai lauk pauk. Ini merupakan penyediaan tradisi orang Jawa untuk majlis kesyukuran, dan lauk-lauk disekeliling merupakan simbol dan simbolik kesejahteraan dan kemewahan.

Nasi Tumpeng saya agak simple..tidak banyak lauknya dan tidak banyak hiasannya. Saya cuma menyediakan lauk-lauk berikut :-

Kari Ayam
Serunding Daging
Sambal Tempe
Bergedel
Timun
Tomato
Telur Dadar.

Biasanya kalau di seberang Nasi Tumpeng ini akan disediakan oleh pakar khas dan cara penyediaannya begitu cantik dan lumayan sekali.

No comments:

Post a Comment