Saya sediakan ayam ini untuk dimakan bersama Nasi Bukhari, kebetulan sepupu kirimkan rempah briyani gum dari Muar jadi saya teruja hendak mencuba. Sememangnya rempah briyani dari Muar memang yang terbaik. Olahan bahan lain seperti badam, susu cair dan tomato puree menjadikan resipi ini lemak dan sedap. Ayam briyani ini sesuai digandingkan dengan apa jenis nasi sekalipun.
Ayam Masak Briyani
✔ 1 ekor ayam potong 4
✔ 3 ulas bawang besar,
dihiris nipis
✔ 3 sudu besar minyak
sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
✔ 4 sudu besar rempah
briyani
✔ 1/2 cawan bawang
goreng
✔ 2 sdb tomato
puree
✔ 3 biji tomato,
dihiris
✔ 3 sudu besar serbuk
badam
✔ 1/2 cawan tairu atau
susu cair
Bahan untuk dikisar:
✔ 4 ulas bawang putih
✔ 2 inci halia
✔ 4 biji cili hijau
✔ 4 biji cili merah
Bahan untuk ditumis:
✔ 5 kuntum bunga
cengkih
✔ 4 kuntum buah pelaga
✔ 1 batang kayu manis
✔ 4 kuntum buah pelaga
✔ 1 batang kayu manis
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan ayam bersama bahan yang
dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan
untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan
masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging, tomato puree,
tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga
sebati.
4. Masukkan sedikit air dan tairu
ataupun susu cair dan serbuk badam.
5. Masak sehingga empuk dan kuah
menjadi pekat.
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN
Hi Paty! I am a follower of your blog! Thank you for sharing so many delicious recipes!
ReplyDeleteHow do you rate this rempah? Do you think you can post a photo of the BRIANI rempah as well as the address where it can be purchases? I would like to as my friend to get it for me. Thanks a lot! Soo
YUmmm!! (^_^)
ReplyDelete