Pages

Thursday, June 11, 2015

PAN GRILLED KEBAB SANDWICH



Kebab ini nampak begitu sukar untuk menyediakanya tetapi jika sekadar untuk membuat sandwich kita mempunyai pilihan untuk memudahkan prosesnya. Paling penting ialah bahan perapnya dan saya lebih suka memerapkan semalaman supaya semua bahan serasi dan sebati, Ayam yang diperap ini digrill dalam kuali leper biasa sehingga gareng dan masak. Boleh juga dipanggang dengan memasukkan aya perap ini dalam aluminium foil.

Pan Grilled kebab ini sedap di sapukkan dengan sedikit mayo dan diletakkan sedikit jeruk timun atau buah zaiton


Pan Grilled Kebab
  • 1 cawan yogurt
  • 2 sdb minyak zaiton
  • 2 sdt paprika
  • 1/2 sdt serbuk jintan putih
  • 1/2 sdt erbuk ketumbar
  • 1 sdt cili flakes
  • kulit lemon dari 1 biji lemon
  • 2 sdb jus lemon 
  • 1/2 sdt serbuk jintan hitam
  • 5 ula bawang putih dicincang
  • 500 g dada ayam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Instructions

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
  2. Perap dan simpan dalm fridge paling kurag 3 jam
  3. Panaskan minyak dan grill ayam perap tadi sehingga masak dan garing
  4. Angkat dan masukkan ke dalam roti
  5. Spread dengan mayo dan salad kegemaran.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment