Pages

Tuesday, June 30, 2015

PAIS IKAN KEMBUNG / GRILLED FISH IN BANANA LEAF


Tak tahu kenapa, menu ini akan muncul bila Ramadan tiba...ha..ha..mungkin kerana bila Ramadan kita lebih fokus memikirkan apa peru dimasak untuk menambat selera. Ikan Kembung merupakan pilihan ikaa yang cukup sesuai membuat pias ini. Paling sedap kalau dapat panggang pais ini atas api arang tetapi kalau tiada..kuali leper di rumah sudah memadai.

Pais ikan kembung ini cukup menyelerakan..boleh juga dibuat sedikit samba kicap untuk dicicah dan makan bersama nai panas.




Pais Ikan Kembung

 

  • 4 ekor ikan, saya guna ikan kembong
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai ambil isi putihnya
  • 1" lengkuas
  • 1" kunyit hidup
  • 5 biji buah keras
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Lidi secukupnya untuk menegetip balutan daun pisang


Cara Menyediakannya

  1. Blend kesemua bahan di atas kecuali garam, gula dan daun kunyit.Setelah lumat, gaulkan bahan-bahan tadi bersama bancuhan air asam jawa dan sebatikan dengan sedikit garam dan gula.
  2. Hamparkan daun pisang.Lumurkan ikan dengan bahan2 tadi.Taburkan juga hirisan daun kunyit keseluruh badan ikan.Kemudian balut ikan dengan daun pisang dengan kemas dan kepilkan dengan lidi.
  3. Panggang atas api dan alih2 kan sehingga ikan masak.







RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

Post a Comment