Pages

Saturday, June 06, 2015

LAKSA JOHOR SPECIAL


Ini memang favourite saya, kalau udah makan memang tak toleh depan belakang. Renyah sedikit menyediakanya tetapi memang berbaloi...ha..ha..siap berulang-ulang lagi. Untuk resipi ini saya masukkan isi udang yang direbus dan juga kurau masin yang dikisar. Rasanya resipi original laksa johor memang menggunakan dua bahan ini.

Kuahnya biasanya pekat so kena pandai adjust air rebusan ikan. Ulam-ulamanya lebih kurang sama dengan laksa lain cuma agak unik sedikit cara timun dipotong agak berlainan, taugeh pula sesuai dibiarkan mentah manakala aroma menarik laksa johor ini ialah daun selasih. 

Untuk tambah mantop sambal belacan dan perahan limau kasturi...perghhh

5.0 from 2 reviews
Laksa Johor Special
Print
1 paket spaghetti 
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
100 g ikan kurau kering digoreng dan dikisar

200 g udang hidup direbus dan dikisar (kulit udang dikisar asing)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar


Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Bawang besar 
Cara cara:
  1. Ikan dibersihkan pastu rebus. Air rebusan simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan tumis pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi kira-kira lima minit.
  3. Pastu masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan dan isi udang yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air rebusan ikan dan udang, masukkan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan ikan kering dan kerisik.
  4. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:
Cili kering / cili hidup
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


No comments:

Post a Comment