Pages

Sunday, May 17, 2015

LEMON CHICKEN CHINESE STYLE


Lemon Chicken ini merupakan salah satu menu favourite di kebanyakan restoran China. Ayam digoreng cara batter dan dicurahkan dengan sos lemon. Bersesuaian dengan namanya Lemon Chicken adalah masam-masam manis. Boleh dibuat berkuah dan boleh dibuat kering. Boleh digoreng cara batter atau pun digoreng cara ayam kentucky.

Menu ini semestinya sedap bersama nasi panas.




5.0 from 2 reviews
Lemon Chicken Chinese Style
Print



Prep time
Cook time
Total time

Ingredients
  • 8 dada ayam dipotong dadu besar atau memanjang
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sdt garam
  • 1/8  serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • 4 biji kuning telur
  • 2 cawan minyak masak

Lemon Sauce

  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air lemon juice
  • 3 1/2 sdb gula perang
  • 3 sdb tepung jagung
  • 3 sdb madu
  • 2 sdt serbuk stok maggi
directions


  1. Satukan semua bahan kering
  2. Pukul telur dengan air dan curah dalam bahan kering
  3. Gaul rata sehingga menjadi batter seperti membuat cucur udang
  4. Panaskan minyak, celup ayam pada bahan telur dan gaoreng sehingga kekuningan
  5. Angkat toskan dan susun diatas pinggan

Untuk sosnya

Satukan semua bahan dan masak atas api kecil sehingga sos pekat. Angkat dan curah keatas ayam goreng
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment