Pages

Monday, April 06, 2015

MOROCCON KEFTA BRIOUATS


Birouats adalah sejenis pastry yang berinti manis atau pun pedas.  Kulit pastry untuk birouats ini dinamakan warqa dan biasanya dijual di kedai runcit atau supermarket Arab, namun jika warqa tidak ada pastry phyllo atau kulit popiah boleh digunakan. Cara menyediakan juga sama seperti popiah boleh dibalut tiga segi seperti samosa atau digolong seperti popiah

Paling popular di Moroccon ialah birouats berinti daging yang dipanggil kefta. Daging lembu atau kambing merupakan favourite. Manakala rempah yang diguna adalah campuran jintan putih dan ketumbar. Memandang di Malaysia ini kita mempunyai banyak serbuk rempah siap,..jadi saya gunakan serbuk nai bukhari jenama Faezah. Birouats ini selalu menjadi favourite semasa Ramadan.



Moroccon Kefta Birouats

1 paket kulit popia/phyllo/warqa
1 paket daging kisar
2 sdb rempah bukhari faezah
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
1" halia ditumbuk halus
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji cili hijau dihiris nipis
8 helai daun pudina dicincang halus
garam dan gula secukup rasa
2 sdb minyak masak

  1. Satukan pes bawang putih, halia dan rempah bukhari campur sedikit air dan gaul pada daging kisar dan perap seketika
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan daging perap tadi.
  4. Masukkan garam dan secukup rasa dan masak sehingga daging agak kering dan masukkan hirisan cili hijau dan daun pudina
  5. Biar seketika atas api, angkat dan sejukkan.


Cara Menyiapkannya
  1. Terdapat dua cara menyiapkannya, satu cara gulung seperti popiah dan satu lagi cara seperti samosa.
  2. Masukkan inti kemudian goreng kekuningan dan toskan minyak.



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment