Pages

Friday, March 06, 2015

TIRAMISU IN CUP


Jika berhajat tiramisu, cara inilah yang paling saya gemar..mudah...tak perlu potong ia mudah dan kemas. Versi tiramisu ini adalah versi yang dimasukkan telur. Biasanya tiramisu yang dikedai diletak kahlua sejenis alchohol yang kita tidak boleh guna, jadi saya skip bab itu...memadai dengan strong espresso.



Tiramisu In Cup

  • 1 cup kopi espresso
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur asingkan
  • 8 ounces (1/2 pound) mascarpone cheese
  • 1/2 cawan krim putar
  • 26 biskut Savoiardi
  • 1/2 oz chocolate diparut halus
  • 1sdt serbuk koko

Satukan kuning telur dan gula, letak atas double boiler sambil dipukul sehingga gula larut dan warna bertukar keputihan

Angkat dari api dan terus pukul, masukkan mascarpone dan terus kacau sehingga sebati dan lincin

Dengan menggunakan mixer pukul putih telur dengan   2 sdb gula sehingga peak. Ketepikan

Dalam mangkok lain pukul pula krim putar sehingga peak letak sebelah.

Masukkan adunan  putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur dan kaup-kaup rata.

Kemudian masukkan pula adunan krim putar, kaup sehingga well blend

Siapkan bekas, celup bikut ke dalam bancuhan kopi dan susun dalam cawan,  pipekan adunan cheese, parut chocolate dan tabur serbuk koko.

Ulangi proses sehingga dua lapis dan akhir sekali tabur serbuk koko sehingga rata

Sejukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment