Pages

Wednesday, March 11, 2015

LEMON PUDDING CAKE


Kombinasi krim masam dan lemon memang menakjubkan. Kek ini rasanya macam kita makan cheesecake. Tektur kek ringan. lembut dan obviously sedap.

Untuk mendapatkan kek yang cantik kek dibakar cara water bath dan dilarang sekali membuka oven dikala kek sedang di dalam oven. Kek Lemon Pudding ini seakan souffle. Paling sesuai jika dibakar menggunakan ramekin kecil.



Lemon Pudding Cake
  • 4 sdb (57) g mentega
  • 1 cawan gula
  • 1 sdb kulit limau
  • 3 biji telur ayam aingkan kuning dan putih
  • 1/3 cawan lemon juice
  • 1/3 cawan tepung
  • 1 cawan krim masam
  • 1/4 sdt garam
  • Krim putar dan gula ising untuk hiasan



1. Panaskan oven pada 350 degrees F.  Sapukan menteaga pada loyang pembakar

2. Pukul mentega sehingga putih. Masukkan gula dan kulit lemon dan pukul sehingga sebati. Masukkan kuning taelur sebiji demi sebiji. Perlahankan speed masukkan jus lemon dan separuh krim masam. Pukul sehingga sebati dan masukkan baki krim masa,a 

3.Dalam bekas yang lain pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan garam dan pukul lagi sehingga betul-betul kembang. Masukkan kedalam adunan kuning telur tadi dan kaup-kaup sehingga rata.

4. Bakar dengan water bath selama 50-60 minit atau sehingga masak. Jangan sesekali buka oven ketika kek di dalam. Keluarkan sejukkan dan hias dengan gula ising dan krim putar



@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment