Pages

Sunday, February 08, 2015

MEATBALL TOMATO SPAGHETTI


Resipi kegemaran keluarga yang tidak pernah jemu. Kalau diajukan kepada anak-anak cadangan menu untuk dimasak pasti spaghetti bolognese ini yang disarankan. Untuk resipi ini saya guna meatballs dan juga daging kisar. Sebenarnya jika sudah menggunakan meatballs daging kisar tidak perlu dimasukkan lagi..cukup dengan sos tomatonya sahaja..tetapi alahai saya memenuhi permintaan anak jadi saya masukkan daging kisar.

Rahsia sosnya sedap dan harum terletak pada herbanya..dan yang pasti jika kita meletakkan fresh basil..memang hasilnya cukup memuaskaan.



Meatball Tomato Spaghetti

YIELD: 4   PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 25

Untuk Meatballs

Sila klik di sini :- http://patyskitchen.blogspot.com/2014/12/swedish-meatballs-ikea-copycat-recipe.html

Untuk Spaghetii
Masak spaghetti seperti yang tercatit dalam bungkusan spaghetti

Untuk Sosnya

  • 1 paket daging kisar
  • 5 biji tomato segar dipotong dadu kecil
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 tin tomato saya guna Kimball atau Prego
  • 1 kube pati daging
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sdb serbuk cilir
  • 3 sdb parmesan cheese
  • 1 genggam freh basil
  • 2 tangkai rosemary
  • 1 sdt oregano
  • 3 helai daun bay
  • 2 cawan air
  • 3 sdb minyak zaiton
  • garam dan lada secukupnya

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan bawang putih, bay leaf, rosemary, oregano, fresh basil
  3. Kacau rata, masukkan tomato buah , erbuk cili dan daging kisar
  4. Kacau rata dan masukkan tomato tin. Biar atas api dan masukkan air.
  5. Renehkan sehingg kuah agak pekat dan daging sudah masak
  6. Perlahan api masukkan bebola daging yang telah dimasak terdahulu mdan biar mesra
  7. Akhir sekali masukkan parutan parmesan cheese dan angkat.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment