Pages

Wednesday, January 14, 2015

THAI CHICKEN PAPRIK / PAPRIK AYAM THAI


Perghhhh dari semalam cuba hendak upload tetapi sabo aje lah line internet too slow..hari ini baru gagah sedikit....alhamdulillah....resipi favourite rasanya dan salah satu top menu di mana-mana restoran Thai, Paprik Ayam.

Untuk menu hari ini tidak had pemilihan bahan boleh gunakan apa jenis sayur sekali pun, tetapi biasanya yang favourite ialah jagung muda, bunga kobis, carrot dan kacang panjang, Begitu juga dengan kepekatan kuah..boleh berkuah dan juga boleh kering semua terpulang dengan selera masing-masing.

Sedap makan dengan nasi panas.



THAI CHICKEN PAPRIK / PAPRIK AYAM THAI



PREP TIME
COOK TIME
TOTAL TIME

Chicken paprik is a popular dish found frequently in tom yam shops across Malaysia. The addition of vegetables gives this a fresh twist and plenty of texture. Chilli paste is mixed with oyster sauce to give it a nice balance of spicy and salty flavours. 

Serves: 4
INGREDIENTS
  • 1 keping dada ayam dipotong dadu
  • 1/2  biji carrot dipotong menyerong
  • 1 celery atau kacang panjang
  • 1 buku kecil bunga kobis
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 biji jagong muda dihiris menyerong
  • 5 biji cili padi dititik
  • 3 helai daun limau
  • 1 batang serai dititik
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 sdb pes cili
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos tomato
  • 1 sdb sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 - 1 1/2 cawan air


INSTRUCTIONS
  1. Panaskan Minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunnya
  2. Masukkan pes cili tumis selama 5 minit, masukkan serai dan daun limau serta ayam.
  3. Masukkan sos cili, so tiram dan sos tomato
  4. Masukkan 1 cawan air dan biar sehingga ayam agak empuk.
  5. Masukkan cili padi yang dititik
  6. Masukkan sayuran dengan mulakan sayuran yang agak keras dahulu seperti carrot dan bunga kobis
  7. Kemudian diikuti dengan jagong muda, bawang besar dan celery
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa, tambah air jika perlu
  9. Biar mesra dan angkat

NOTES


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment