Pages

Sunday, January 11, 2015

MUFFIN PAN POPOVER


As Salam,..kalau anda peminat krim puff atau Yorkshire Pudding, resipi hari ini lebih kurang sama. Cukup terkenal di luar sehingga ada yang anggup queue kerananya. Popover ini mudah aje resipinya tapi yang penting kena tahu tekniknya upaya popover ini menjadi ranggup di luar dan lembut di dalam. Oven memainkan peranan penting..sebab itu popover ini dibakar pada suhu yang tinggi pada 20 minit pertama kemudian diperlahankan api pada 15 minit kemudian.

Pantang popover ini ialah membuka oven ketika ia sedang dibakar..so kita kena mempercayai oven kita dan biarkan popover ini di dalamnya selama 35 minit....lupa saya satu lagi petua penting ialah loyang pembakar mesti dipanaskan dahulu macam kita buat kuih bakar.

Asalnya popover ini memerlukan loyang khas yang agar tinggi..macam topi taxedo yang tinggi..usah hendak dapta loyang tu....tapi jika ingin boleh dapatkan di IKEA..tetapi jika tak ada.muffin pan pun boleh digunakan.

Sedap dimakan bersama jem dan butter.




Prep time
Cook time
Total time
Serves: 4
Ingredients
  • 3 sdb mentega dicairkan
  • 2 biji telur segar
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan tepung
  • 1 sdb gula
  • secubit garam

Instructions
  1. Blend semua bahan sehingga lincin,
  2. Panaskan oven pada 220 C,
  3. Sapu mentega pada muffin pan
  4. Panaskan dulu muffin pan sehingga mentega nampak mengelegak baru curah adunan
  5. Bakar selama 20 minit kemudian perlahankan api oven ke 190 c dan terus bakar lagi 15 minit
  6. Jangan sekali-kali buka pintu oven sehingga popover benar=benar maak dan kekuningan.
  7. Biar seketika dalam  oven baru dikeluarkan
  8. Hidang bersama jem dan butter

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You



No comments:

Post a Comment