Pages

Thursday, January 29, 2015

DARK CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKE


Kombinasi yang mantap antara chocolate dan karamel. Garam memberikan satu keunikan rasa pada kek ini. Manis dan sedikit masin membuat kek ini tidak mudah muak. Saya menggunakan resipi chocolate kek kegemaran saya..memang lembut dan moist.



Print

Dark Chocolate Salted Caramel Cake

YIELD:  3 layer cake  PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 45

INGREDIENTS


  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • 1 sdt baking soda
  • 1/2 sdt garam
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan kopi panas saya guna nescafe (1 cawan air mendidih dimasukkan 1 sdt serbuk nescafe
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 sdt vanilla

Untuk Karamelnya

  • 1 cawan gula pasir
  • 6 sdb mentega dipotong ketul
  • 1/2 cawan krim
  • 1 sdt garam

Untuk Ganachenya

  • 300 g krim
  • 250 g chocolate
  • 60 g mentega

DIRECTIONS:
1. Untuk Keknya : Satukan semua bahan kering. Masukkan minyak dan telur ke dalam mangkok dan pukul sehingga sebati. Masukkan buttermilk pukul lagi. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit, gaul rata. Akhir sekali masukkan air kopi panas dan vanilla. Masukkan kedalam acaun dan bakar pada suhu 180 C dan bakar selama 60 minit atau sehingga masak. Sejukkan.

2. Untuk Karamelnya :-Maak gula sehingga menjadi perang, jangan terlalu lama, angkat dan masukkan krim dan butter. Masukkan garam. Kacau sehingga menjadi lincin

3. Untuk Ganachenya :- Renehkan krim, jangan sampai mendidih..cukup untuk memanaskanya sahaja. Padamkan api dan curahkan krim ke dalam mangkok chocolate yang telah dihiris, masukkan mentega dan kacau sehingga lincin.

4. Untuk Menyiapkan Kek. Kek yang telah dimasak dipotong kepada 3 bahagian, sapukan setiap bahagian dengan karamel dan lapiskan. Akhir sekali curahkan ganache dan hiaskan kek.





Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment