Pages

Saturday, December 13, 2014

GULAI AYAM PADANG


Walaupun disusun  dari depan meja hingga kehujung meja,....lauk ini tetap menjadi favourite malah merupakan lauk utama dalam banyak-banyak masakan Padang selain dari rendang daging. Biasanya dimasak macam memasak rendang, bumbunya dimasak bersama santan..tetapi saya leih gemar untuk menumisnya dahulu sehingga naik bau baru dimasukkan santan. 

Apa pun caranya daun limau purut, daun salam menaikkan aroma masakan ini. Untuk resipi yang sama...kita oleh gantikan ayam dengan babat (perut lembu)




Gulai Ayam Padang

Ingredients
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 2 batang serai ditik
  • 1" lengkuas dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 helai daun salam
  • 2 keping asam keping
  • 3 sdb minyak
  • 3 cawan santan pekat
  • garam dan seruk perasa secukupnya
Bahan-bahan diblend
  • 7 biji cili merah
  • 15 biji cili kering direndam dahulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulasbawang putih
  • 2" halia
  • 2" kunyit hidup
  • 7 biji buah keras

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak, tumis bahan lend sehingga naik baunya
  2. Masukkan ayam, serai,lengkuas, daun limau purut, daun salam dan secawan air
  3. Biar seketika, kemudian masukkan santan pekat, asam keping, garam dan seruk perasa
  4. Masak atas api samil dikacau sehingga ayam benar-benar empuk dan masak.
  5. Angkat dan hidang
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment