Pages

Friday, October 03, 2014

BUBUR PULUT HITAM/ BLACK GLUTINOUS RICE DESSERT


Pemanis mulut yang cukup digemari. Bubur pulut hitam ini bukan sahaja disukai di Malaysia malah ianya merupakan pemanis mulut yang digemari di rantau Asia tenggara cuma cara penyediaan dan cara menghidangkannya agak berbeza...biasanya di Vietnam bubur pulut Hitam ini dimakan dengan mangga manis...di Malaysia kita lebih gemar memakannya dengan santan pekat.

Saya lebih gemar jika bubur ini disejukkan....perghhh...terasa nikamatya seperti memakan ais krim. Sajian petang yang pasti digemari




Bbur Pulut Hitam




  • 1 cawan pulut hitam rendam semalaman dan bersihkan tos
  • 1 cawan gula
  • 2 ketul gula abong
  • 2 cawan santan
  • 6 cawan air
  • daun pandan
  • 1/2 cawan santan untuk dititik di atas bubur


Cara menyediakannya
  1. Rebus pulut dengan 6 cawan air bersama daun pandan sehingga pulut hancur
  2. Masukkan santan pekat dan gula
  3. Masak seketika sehingga mendidih
  4. Angkat dan sejukkan
  5. Masak 1/2 cawan santan bersama secubit garam seketika (jangan sampai mendidih, titikkan santan ini di atas bubur semasa menghidang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment