Pages

Wednesday, October 22, 2014

APAM BERAS ENO


Apam beras ini resipinya mudah dan ringkas. Saya suke resipi ini kerana ia merupakan penyelamat nasi semalam yang sayang hendak dibuang...ha..ha..nasi yang hendak dibuat nasi goreng terlalu sedikit, hendak dibuang sayang..so maka jadilah apam beras ini.

Tekturnya cukup lembut dan gebu..memang sedap...tambh sedap dengan kelapa parut putih.


Apam Beras Eno

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Cara Menyediakanya

1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam 

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka



all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

Post a Comment