Pages

Saturday, September 13, 2014

KALAU AKU KAYA HARI-HARI, HARI RAYA - RENDANG IJO


Entah apa terbiat hari ini sambil masak rendang ni sambil nyayi lagu Awie Rafael..kalau aku kaya...ha..ha....nak kaya kut?...Bukan apa sahaja nak ajak kekawan makan rendang dan nasi impit..messagenya simple..kalau sudah berhajat tu..tak payah lah nak tunggu sampai raya baru nak boleh makan nasi impit dan rendang...kata orang utara jenuh nak tunggu...benda simple boleh buat sekejap aje.

Resipi rendang ini sama dengan resipi rendang-rendang yang lain cuma saya tidak letak cili kering..100% cili maka ijo ler jadinya..yang lain semua bahanya sama...yang giler pedas memanglah sesuai rendang ni.





Rendang Ijo


  • 1 ekor ayam dipotong rendang
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 kilo santan
  • 2 sdb kerisik


Bahan Rendangnya

  • 35 biji cili padi
  • 5 batang serai
  • 1" lengkuas
  • 1" halia
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 daun limau purut siat2 dulu


Blend semua sehingga hancur

Cara Menyediakannya


  1. Masukkan santan bahan blend, daun limau purut, garam. gula dan asam keping kedalam kuali dan masak sehingga santan bergentel sedikit.
  2. Masukkan ayam dan kerisik...biarkan sehingga ayam kering dan masak
  3. Hiris daun kunyit dan gaul rata.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment