Pages

Sunday, August 03, 2014

SAGO GULA MELAKA


Jika selalu bertawaf berbuka puasa buffet Ramadan, baik di mana-mana hotel sekali pun, Sago Gula Melaka ini pasti ada di setiap dessert buffet. Memang favourite dessert masa Ramadan..biasanya dibuat plain aje tetapi kali ini saya mewarnakanya dengan hijau dan pink. Dessert yang cukup senang disediakan dan sememangny sedap.



Sago Gula Melaka

  • 1 cawan sago direndam seketika
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sdb gula
  • daun pandan
  1. Toskan air sago dan masak semua bahan sehingga masak.
  2. Sejukkan dalam acuan
Untuk Santannya

  1. 2 cawan santan pekat
  2. secubit garam
Satukan semua bahan dan ketepikan


Untuk Sirap Gula Merah

100 g gula merah
1 buku gula melaka
1 helai daun pandan

Masak bersama 1/4 air sehingga gula hancur dan pekat sedikit

Cara Menyediakannya

Sago ini boleh disejukkan dalam kecil lebih mudah , tetapi saya memilih untuk disejukkan di dalam loyang dan saya menyediakan dengan dua warna merah dan hijau. Sayapotong kecil..masukkan sirap gula merah dan curahkan santan


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment