Pages

Sunday, August 24, 2014

ASAM PEDAS DAGING TETEL


Ini lauk kesukaan saya...bila memasak asam pedas daging saya lebih gemar meletakkan daun limau purut dan dititkkan serai. Aroma dan rasanyas nyata hebat. Biasanya kalu kita masak asam pedas..kita selalu letak daun kesum..tetapi percayalah resipi ini sesuai dengan daun limau purut sahaja..memang montop...


Asam Pedas Daging Tetel


  • 1 kg daging lembu tetel
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 biji kentang dibelah 4
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • segempal asam jawa jadikan semangkok
  • air ikut kepekatan kuah yang diingini
  • garam, gula dan perasa secukup rasa

Bahan giling/ blend:
  • 35 tangkai lada kering *lebih kurang segenggam
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1" inci belacan

Cara Memasak:
1. Bersihkan daging, toskan.
2. Panaskan minyak,  tumis bahan blend. Kacau hingga garing
3. Masukkan serai yang dititk biar seketika. Masukkan daging dan kentang.  Masak sehingga daging empuk. Jika perlu, tambah sedikit air. Tutup periuk.
4. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, garam dan daun limau purut. Biarkan hingga kuah mendidih.
5. Masukkan tomato buah dan biarkan sehingga naik minyak baru angkat.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

  1. assalam kak paty, sedapnya nampak asam pedas tu, dah keluar daging hari ni tpi tkdak daun limau lah tak wangi lah kan

    ReplyDelete