Pages

Thursday, July 24, 2014

SAGO PANDAN


Dalam bulan Ramadan ni, kalau kita bukan peminat Bazar Ramadan, biasannya kita akan mencari kuih yang simple sedap dan mudah menyediakkan. Rasanya kuih sago ini merupakan favourite Ramadan..bahanya simple, membuatnya mudah..dan rasanya pun enak.

Selalunya merah menjadi pilihan tetapi kali ini pilihan saya hiau dengan perasa pandan..hmmmm....yum..yum

Sago Pandan

  • 1 cawan sagu biji
  • 2 1/2 cawan air pandan
  • 3/4  cawan gula
  • 1/2 biji kelapa parut sedikit garam  gaulkan rata. Boleh dikukus kelapa ika mahu tahan lama.


Cara Memyediakkannya

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan air pandan hingga hancur dan mendidih. 
3. Masukkan sagu  kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment