Resipi dari Mamaak Haji yang tidak mengecewakan. Rasanya ramai yang sudah mencubanya. memang sedap dan memang tidak jemu. Bawang goreng yang dimasukkan dalam masakkan bukan sahaja menaambahkan kelazatan teatapi juga menaikkan aroma masak. Sedap dengan Nsi putih tapi lebih sedap dengan nasi minyak
Ayam Masak Bawang Berempah
- 1 ekor ayam potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan.
- 3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
- 1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka.
- 1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis.
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
- 2-3 sudu besar Rempah Kari (daging).
- 1 sudu besar Sos Tiram.
- 1 sudu besar Sos Cili.
- 1 sudu besar Sos Tomato.
- 2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
- 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
- 1/2 sudu kecil serbuk garam masala,
- 2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang.
- 1 helai daun pandan dipotong 2 inci.
- 2 sudu besar gula pasir.
- Garam secukup rasa.
- Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
- Daun Kari (hiasan).
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila
warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan.
Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas
gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan,
sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan
mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk
kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing.
Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan
campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak
gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan
daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik
kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes
dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula
mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air
bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup
rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah
rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk
bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi.
Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap
mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari yg
telah goreng di atas hidangan anda.
RECIPE SOURCE: MAMAK HAJI
ASSALAMUALAIKUM!
ReplyDeleteBOLEH SAYA GUNA RESEPI PUAN UTK CUBA RASA SENDIRI JE