Pages

Saturday, April 05, 2014

SWEET SOUR CHICKEN BITES


Masakan Cina yang menjadi kegemaran semua. Mudah menyediakanya. Dalam post yang terdahulu saya  share cara membuat chicken bites atau ayam goreng tepung. Ayam ini boleh juga dijadikan sajian makanan tengah hari atau malam dengan mencurahkan sweet sour sos ini. terdapat berbagai menyediakanya..saya lebih suka dimasukkan sedikit pes cili supaya tidak muak. Jika tidak masukkan pes cili pun tak apa semua bergantung kepada cita rasa masing-masing.


Sweet Sour Chicken Bites


Prep time

Cook time

Total time


Ingredients
Ayam Goreng Tepung - resipi di sini black pepper chicken bites
1/2 biji cili bangla merah potong dadu
1/2 biji cili bangla hijau potong dadu
1/2 biji cili bagla kuning potong dadu
1/2 cawan nenas masak dicincang halus
1 biji bawang besar dibelah empat kupek satu-satu

Bahan sos
2 sdb pes cili
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb gula merah
5 ulas bawang putih dicincang halus
1" halia dicincang halus
1 1/2 cawan stock ayam,
2 sdb cuka masakan
4 sdt tepung jagungdicampur bersama 4 sdb air
2 sdb minyak masak
garam secukup rasa


  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan halia dan bawang putih sehingga naik baunya
  3. Masukkan pes cili dan tumis sehingga agak gareng sedikit.
  4. Masukkan sos tomato dan sos cili
  5. Masukkan stok ayam
  6. Renehkan seketika..masukkan gula merah, nenas cincang, garam dan cuka
  7. Masukkan bawang besar dan semua cili bangla
  8. Tambah air jika perlu berkuah lagi.
  9. Masukkan campuran tepung jagung dan air
  10. Biar seketika sehingga pekat
  11. Angkat dan curahkan atas chicken bites tadi.
  12. Hidang bersama nasi

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

1 comment:

  1. Kalau menu begini anak-anak tentu paling suka kan Kak Paty.... sodaaap!

    ReplyDelete