Pages

Monday, April 07, 2014

MASALA CHICKEN - AYAM MASAK MASALA


Lauk yang enak dimakan bersama pelbagai jenis nasi...sedap dengan nasi tomato. nasi minyak..briyani mahupun nasi putih. Diinspirasikan dengan masakan Arab yang banyak menggunakan "cumin" jintan putih saya olahkan sedikit dengan memasukkan sedikit ketumbar dan serbuk cili supaya ia kelihatan lebih pedas dan merah sedikit.

Untuk menambahkan aroma masakan boleh dihiris-hiriskan daun ketumbar dan masukkan apabila kuah sudah agak kepekatan sedikit.



Masala Chicken
Prep time

Cook time

Total time

1 ekor ayam dibelah 12 atau 16 (bersihkan dan tos)
3 biji ubi kentang dibelah 4
2 tangkai daun ketumbar
2 biji tomato dibelah 4
1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar dihirs halus
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
1 tin kecil tomato puri - paling kecil
1 senduk makan minyak masak (1/2 pun boleh)

Bahan-bahan tumis
1 packet kecil serbuk jintan putih
3 sdb serbuk ketumbur
2 sdb serbuk cili
1" halia *
5 ulas bawang putih *
7 ulas bawang merah *

Blend bahan * dan gaul dengan bahan tumis sehingga menjadi pes basah.


Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang dihiris
Masukkan rempah kering dan tumis sehingga kekuningan
masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik baunya dan agak garing sedikit.
Masukkan tomato pes..dan air anggaran 3 cawan.
Renehkan seketika baru masukkan ayam dan ubi kentang
Biar di atas dapur sehingga ayam dan ubi agak empuk.
Masukkan garam dan susu cair.
Masukkan daun ketumbar dan biarkan sehingga naik minyak.
Akhir sekali masukkan tomato buah...


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

Post a Comment