Pages

Wednesday, April 23, 2014

CHICKEN TOMATO QUICHE


Mini Quiche ini terdapat dua cara membuatnya. Satu dengan membuat crust sendiri dan satu lagi dengan menggunakan pastry yang siap. Kedua-duanya sedap dan ranggup. Cukup sesuai penghias majlis..comel dan mudah. Untuk intinya boleh dipelbagaikan. Biasanya daging salmon dan ayam..atau pun bayam dan sausage. Semuanya bergantung kepada citarasa masing.

Resipi ini memerlukan krim putar sebagai kastardnya tetapi jika nak bajet boleh ditukarkan krim putar dengan susu...3 biji telur dan 1 cawan susu cukup untuk menjadi kastard yang cantik untuk resipi ini.


Chicken Tomato Mini Quiche
Prep time

Cook time

Total time


250 g isi ayam – chicken fillet
1 ulas bawang putih

1 biji bawang besar dihiris nipis
1 sdb mentaga
1 sdt sos tiram
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa

1.     Perap isi ayam dengan lada sulah, sos tiram dan garam seketika
2.     Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga layu.
3.     Masukkan bawang putih biar seketika
4.     Masukkan ayam perap tadi.
5.     Gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak.
6.     Angkat dan sejukkan

Untuk Crustnya
300 g tepung
250 g mentega sejuk
100 g air
Secubit garam

Satukan mentega dan tepung.
Gaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Jangan uli terlalu lama.
Balut dengan plastic dan sejukkan dalam fridge selama 30 min.
Canaikan doh 3mm tebal dan masukkan samada dalam muffin pan atau acuan tart.
Panaskan oven pada 190 C dan bakar selama 15 minit angkat dan letak sebelah.

Untuk Custardnya
300 g krim putar
4 biji telur
½ sdt serbuk buah pala
Garam secukup rasa
Cheese campuran cheddar dan mozarella

Pukul rata semua bahan.

1.     Untuk Menyediakannya
2.     Masukkan inti ayam kedalam semua mangkok tart.
3.     Tuangkan custard telur tadi dan taburkan dengan keju.

4.     Bakar pada suhu 220 C selama 18 minit atau sehingga masak

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.





DRIED SHRIMP FRIED RICE/ NASI GORENG UDANG KERING


Di rumah stock yang wajib ada, adalah udang kering dan ikan bilis. Saya akan pasti dua perkara ini jangan kehabisan..kerana kalau sebut nasi goreng di rumah..anak-anak pasti minta nasi goreng pedas yang menggunakan perencah ikan bilis atau pun nasi goreng udang kering. 

Resipi yang simple dan amat bersesuaian dengan tekak dan selera orang Melayu. Lain-lain bahan sampingan bolehlah disajikan bersama ayam goreng, keropok dan timun.


Nasi Goreng Udang Kering
Prep time

Cook time

Total time

4 cawan nasi
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji telur digoreng hancur angkat
2 tangkai kacang panjang dihiris nipis bulat
½ carrot dihiris nipis
3 sdb minnyak masak
Garam dan stok maggi secukup rasa - optional

Perencah
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 sdb udang kering direndam

Blend semua bahan sehingga halus

Cara Membuatnya

1.     Panaskan minyak dan tumis bahan perencah sehingga gareng.
2.     Masukkan hirisan bawang besar, kacang panjang dan carrot.
3.     Masukkan garam dan stok maggi.
4.     Gaul rata dan masukkan nasi dan telur goreng tadi.
5.     Gaul rata biar seketika diatas api sambil dikacau.

6.     Angkat dan hidang.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

BEEF TACOS RECIPE


Mexican Snack yang menjadi kegemaran ramai. Mudah menyediakannya provided kalau kita ada Tacos Shell. saya memang lama mencari taco's shell kebetulan jumpa di pasaraya Ampang...jadi saya terus buat.

Sos dagingnya sama seperti membuat sos spaghetti tapi biar ia direnehkan sehingga pekat. Lain-lain bahan sama aje salad, capsicum, tomato dan paling sedap kalau dicairkan sedikit cheese dan curah atas sos.


Beef Chili Tacos
Prep time

Cook time

Total time

Taco’s shell
Salad – dihiris nipis
1 bawang besar dihiris halus
1 biji capsicium dihiris nipis
1 biji tomato dihiris nipis
Parutan Cheese
Mayo...

Chili Beef
5 ulang bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar dicincang halus
300 g daging kisar
2 daun bay
½ sdt oregano
½ sdt thyme
1 botol kecil sos tomato spaghetti saya guna KIMBALL
Garam secukup rasa.
2 sdb minyak zaiton

1.     Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
2.     Masukkan daun bay.
3.     Masukkan bawang putih dan kacau sehingga naik baunya
4.     Masukkan daging kisar.
5.     Biar seketika sehingga daging berubah warnanya.
6.     Masukkan sos tomato garam dan air jika perlu.
7.     Masukkan oregano dan thyme…renehkan seketika sehingga kuah pekat dan angkat.
  
Cara menyediakanya.
Panaskan Taco...dahulu.
Letak salad . hirisan bawang besar, capsicum dan tomato dalam taco shell.
Curahkan sos daging tadi dan siap dihidang dan taburkan cheese dan mayo..

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

Thursday, April 17, 2014

FLANKY BUTTERMILK BISCUITS


Bagi yang meminati English Tea...scones atau biscuits ini adalah salah satu daripada menu utamanya. Bahan yang sentiasa ada digerobok dapur dan mudah disediakan. Dengan penggunaan teknik yang betul kita dapat menghasilkan scones yang berlapis dan nyata sedap.

Cukup sedap dihidang bersama mentega sejuk...jem dan juga krim.





Flaky Buttermilk Biscuits/Scones
Prep time

Cook time

Total time

8 oz. (1-3/4 cups) unbleached all-purpose flour; more as needed for shaping the dough
1 Tbs. granulated sugar
2-1/4 tsp. baking powder
3/4 tsp. kosher salt

1/4 tsp. baking soda
4 oz. (8 Tbs.) very cold unsalted butter
3/4 cup very cold buttermilk

Mix the dough:
Heat the oven to 500°F and position a rack in the middle of the oven. Line a rimmed baking sheet with parchment. Put the flour, sugar, baking powder, salt, and baking soda in a large mixing bowl and stir with a whisk to distribute the ingredients evenly.


Cut the butter into small bits and toss with the flour. With a sharp knife or a bench knife, cut the cold butter crosswise into 1/4-inch-thick slices. Stack 3 or 4 slices and cut them into three even strips. Rotate the stack a quarter turn and cut the strips in half. You should create 6 small bits of butter per slice. Toss the butter bits into the bowl with the flour mixture. Continue cutting all the butter in the same manner and adding it to the flour mixture.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

TENGGIRI SAMBAL JAWA


Resipi mudah dan ringkas tetapi cukup menyelerakan. Sesuai disajikan dengan sup dan nasi panas.



Tenggiri Sambal Jawa


Prep time

Cook time

Total time

2-3 potong ikan tenggiri (goreng garam kunyit)
11 biji cili hijau
7 biji cili padi1 biji bawang besar
1 biji tomato
4 sdb minyak masak
garam dan kiub maggi secukupnya

Cara Membuatnya

Panaskan minyak dan goreng semua bahan kecuali ikan goreng.
Angkat sejukkan dan tumbuk semua bahan.
Masukkan garam dan sedikit perasa maggi kiub.
Tumbuk kasar-kasar.
Angkat dan curahkan atas ikan.

* Banyaknya cili hijau dan cili padi bergantung kepada kepedasan yang diingini.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

IRISH STEW...MENU SESUAI UNTUK SAHUR


Irish Stew ini cukup sesuai jika kita berhajat untuk mengelak dari makan nasi. Stew dimakan bersama bagutte atau roti memang sedap. Biasanya beef dan lamb cukup sedap tetapi oleh kerana anak-anak lebih gemarkan ayam jadi saya buat stew ayam.

Cara memasaknya sama macam kita buat sup...cuma stew ni agak pekat dan dimasukkan sedikit tomato pes. Warnanya kemerahan. kentang, carrot dan celery menambahkan kelazatan pada stew ini.







Irish Chicken Stew


Prep time

Cook time

Total time

1/2 ekor ayam dipotong kecil (ikut suka)
2 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 halia ditumbuk halus
2 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot dipotong menyerong
2 batang celery dipotong menyeri
3 biji kentang dipotong empat
1/2 sdt thyme
1/2 sdt rosemary
2 helai daun bay
1/2 cawan tomato heinz (atau 2 sdb tomato pes)
stock ayam secukupnya
10 gm tepung gandum
4 sdb mentega

Cara Membuatnya

  1. Panaskan mentega
  2. Tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih dan halia tumbuk.
  4. Masukkan tepung gandum biar seketika
  5. Masukkan bay leaf dan pes tomato, dan tomato cincang.
  6. Masukkan ayam dan masak lebih kurang 10 minit
  7. Masukkan stock ayam, ubi kentang masukkan thyme dan rosemary.
  8. Renehkan dan biarkan sehingga ayam dan ubi empuk.
  9. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Bila ayam dan kentang agak empuk..masukkan carrot dan celery.
  11. Renehkan sehingga semua bahan sebati.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.


BREAKFAST MENU - TOMATO CHEESE STUFF OMELETTE AND TOAST


Satu tabiat saya jika ada job outstation yang memerlukan saya bermalam...saya akan membuat rutin ni..ha..ha..buffet breakfast dan yang pasti saya akan minta toast and omelette....sebabnya saya suka melihat chef menyediakan omelette.

Sebenarnya ada teknik dan caranya supaya omelette tu kelihatan kemas dan cantik. Masih belum lagi mendapatkan hasil yang 100% cantik tapi alhamdulillah..sudah memahami tekniknya. Untuk intinya kita boleh menggunakan apa-apa bahan kegemaran kita. Saya lebih senang menggunakan fresh tomato dan bawang. Perfect menu for breakfast



Stuff Tomato Cheese Omelette


Prep time

Cook time

Total time

2 biji telur
50 g keju parut
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
4 sdb mentega

Pukul telur dan masukkan garam dan lada sulah
Panaskan butter dan curahkan telur yang dipukul tadi
Biar seketika dan taburkan cheese, tomato dan bawang besar.
perlahan-lahan gulungkan. (sila lihat video)
Angkat dan hidang bersama roti bakar


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.