Pages

Thursday, February 27, 2014

TOM YAM POKTEK - SEAFOOD


Untuk mendapatkan tomyam yang sedap mesti kena cukup bahanya dan yang pasti tomyam pes yang authenic. Saya memang meminati tomyam lebih-lebih lagi kalau tom yam seafood...wah meriah dengan macam-macam bahan seafood seperti ketam, udang, sotong, lala...kalau ada isi ikan juga menjadikanya menarik. Tomyam poktek berbeza dengan tomyam lain keran tomyam poktek dimasukkan sedikit santan atau pun susu cair...memang awesome resipi ini sesuai buat sajian tengah hari mahupun malam.

Ingredients

4 ekor ketam dibelah  4
100 g lala
250 g udang besar
200 g sotong dipotong bulat

1 bunga kobis dipotong mengikut floretnya
1 biji lobak merah di potong ikut citarasa masing-masing
2 biji buah tomato di potong 4
1-2 2 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi dititik
5 biji cendawan butang dihiris 3 atau empat
1 biji bawang besar dipotong 4

1' halia dititik
2 batang serai dititik
1" lengkuas dititik
3 ulas bawang putih ditik
5 sdb pes tomyam
1/4 cawan susu cair atau santan pekat
1/4 cawan air limau
3 helai daun limau perut.

Cara Membuatnya
  1. Masukkan lebih kurang 1 1/2 liter air...rebus bersama semua bahan mentah asas..ketam, lala udang dan sotong.
  2. Masukkan halia, serai, lengkuas, bawang putih , cili padi dan daun limau perut
  3. Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak.
  4. Masukkan pes tom yam..garam secukup rasa dan air asam limau
  5. Masukkan bunga kobis, cendawan, daun ketumbar, dan lobak merah serta bawang besar
  6. Akhir sekali masukkan santan atau susu cair dan tomato buah.




8 comments: