Pages

Friday, November 15, 2013

IKAN PARANG MASAK PINDANG


Saya masukkan masakan ini dalam FB saya..tadi selepas Iftar..tak sangka ramai pula yang bertanyakan resipinya jadi bagi memenuhi permintaan kekawan saya masukkan resipinya. Masakan Pidang ini memang kesukaan saya..biasa kalau buat memang suka menghirup macam hirup sup.Sedap..paling sedap guna ikan parang, terubuk dan ikan kembung. Terdapat dua cara membuatnya..samada menumis atau rebus biasa aje.
Ada yang blend cili padi tapi saya lebih gemar masukkan lada hitam Semua bergantung kepada citarasa masing-masing.


Ikan Parang Masak Pindang
  • 4 - 5 potong  ikan (boleh gunakan apa-apa ikan pun
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1 batang serai - dititik
  • 7 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 3 sdb minyak masak
  • sedikit asam jawa atau asam keping
  • garam secukup rasa
  • Bahan-Bahan Tumbuk

  • 9 biji bawang merah
    5 biji bawang putih
    1/2 " halia
    1/2 " belacan
    1 sdb jintan hitam
    1" kunyit hidup

    Tumbuk semua bahan sehingga lumat

    Cara Membuatnya

    Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis semua bahan yang telah di kisar sehingga wangi.
    Masukkan serai yang ditik.
    Selepas itu masukkan air, asam keping, dan ikan, biarkan mendidih.
    Akhir sekali, perasakan dengan garam secukupnya.
    Tambahkan asam jika perlua masukkan buah tomato, bawang besar dan cili padi


4 comments:

  1. Assalamualaikum..aduh sedapnya..klu dpt dhirup kuahnya...mesti sambil hirup sambil lelap matakan..saya dh follow yer...jika ada kesudian silalah intai2 ke dapur saya yer tkasih...
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sedapnya klu dpt hirup mesti hirup sambil lelap2 matakan...saya dah follow yer.Jika ada kesudian silakan intai2 dapur saya.tkasih...
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Tq. Jintam hitam tu yg yg mcm padi dan kecil2 kan

    ReplyDelete
  4. Jintan Hitam itu habbatus sauda ke?

    ReplyDelete