Pages

Wednesday, November 13, 2013

FLAT BREAD WITH BEEF FASHAH


Kalau yang biasa makan briyani gam Johor terutama kuah briyani gam yang dibawa keesokkan harinya maka begitulah rasa fashah ini. Makanan Arab Yemen yang cukup popular. Biasanya dihidangkan besama roti leper. Saya amat mengemai Fashah ini dan kalau ada pressure cooker maka lebih senang meyediakanya.




Beef Fashah


Ingredients


500 g daging direbus dengan pressure cooker sehingga empuk dan boleh dicarik2kan
3 sdb rempah briyani daging
3 biji buah tomato dipotong dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 tin kecil tomato pes
5 biji buah pelaga
1 " kulit kayu manis
5 cengkih
3 bunga lawang
3 sdb minyak sapi
gaam dan gula secukup rasa

Bahan untuk diblend
1 " halia
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan semua bahan rempah termasuk rempah biyani yang digaulkan dengan bahan blend.
  3. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Masukkan tomato pes dan tomato yang didadu
  5. Biarkan seketika sehingga mesa dan naik baunya
  6. Masukkan daging dan air daging.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Biarkan pada api kecil sehinnga kuah pekat.
  9. Siap dihidangkan.


No comments:

Post a Comment