Pages

Sunday, September 22, 2013

CHICKEN KABSAH RICE


Entah kena apa sejak dua menjak ini saya semacam ketagih dengan masakan arab....ha..ha..kebetulan duduk di area Ampang ni banyak restuarant Arab..memberi kesempatan pada saya merasa dan balik membuatnya. Berpandukan dengan deria rasa dan you tube saya sudah dapat menghasilkan masakan ini. Sebenarya Nasi Ayam kahsah ini mudah membuatnya..berbanding dengan briyani..bahanya mudah dan bajetnya pun tidak mahal. resipi menggunakan rempah yang sentiasa ada dirumah..banyak menggunakan jintan.

Saya banyak membuat olahan sendiri bagi menyesuaikan dengan tekak kita. menu Arab ni tidak seperti menu kita yang banyak berkuah. nasi ini dimakan dengan salad timun dan sambal tomato diblend dengan cili ijo...cukup mudah..semudah kita membuat nasi ayam kita.





4.7 from 207 reviews
KABSAH CHICKEN RICE/NASI AYAM KABSAH
Prep time
Cook time
Total time
Bahan
1 ekor ayam belah 8
4 cawan beras basmathi
4 cawan air stok ayam

Bahan Tumis Nasi
Minyak sapi 1/2 cawan
2 biji bawang besar didadu
2 sdb serbuk jintan putih
1 sdb serbuk ketumbar
5 biji cili hijau dipatah-patahkan
2 biji tomato buah dicincang atau didau halus
2 sdb tomato pes
1 stok pati ayam
3 helai bay leaf..

Bahan kering
1 tangkai kayu manis
1 sdt  ladi hitam biji dipecah2kan sedikit
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih

Untuk Ayamnya
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb serbuk jintan putih

Untuk tabur atas nasi semasa nasi kering
1 sdb serbuk jintan putih
1 biji bawang besar dihiris halus

Cara Membuatnya

  1. Bersihkan ayam dan rebus bersama bahan kering dan daun bay.
  2. Biar ayam agak emput sedikit angkat dan tos ayam.
  3. Lumurkan ayam dengan sedikit kunyit dan jintan putih...dan goreng sehingga kekuningan angkat dan toskan
  4. Panaskan minyak sapi atau minyak zaiton atau pun butter pun boleh
  5. Tumis bawang besar sehingga layu.
  6. Masukan gabungan serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar..cili hijau yang dipatah-patahkan.
  7. Tumis sehingga naik baunya..masukkan tomato buat yang dicincang
  8. biar seketika kemudian masukkan air rebusan ayam tadi sebanyak  cawan..
  9. Biar didh seketika kemudian masukan pes tomato..masukkan garam dan stok pati ayam.
  10. Masukkan beras dan masukkan ayam yang digoreng tadi.
  11. Masak sehingga nasi kering.
  12. Bila nasi sudah agak kering taburkan lagi sserbuk jintan putih dan hirisan bawang beasar atas nasi dan biar sehingga nasi masak.

2 comments:

  1. Nampak menarik dan sedap juga nasi kabsah ni kak..

    ReplyDelete
  2. Feveret kami sekeluarga..bila nak cuba resepi ni yek...selalu beli aje :)

    ReplyDelete