Pages

Saturday, August 24, 2013

ASAM KEUNG ACHEH


Asam Keung ini sama dengan macam Asam Pedas Malaysia. Masakkan Acheh yang cukup popular. Biasanya ikan tongkol atau udeng yang digunakan. Menarik tentang resipi ini ia menggunakan asam sunti iaitu belimbing buluhyang dikeringkan diblend besama-sama dengan bahan lain. Sedap lauk ini masam-masam pedas.


Asam Keung Ikan Tenggiri

INGREDIENTS

4 potong ikan tenggiri atau ikan tongkol
2 tangkai daun kari
1 biji timun dipotong memanjang  atau belimbing buluh dibelah dua
1 biji bawang besar dihiris halus
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk di blend
5 tangkai cili kering
Asam Sunti
9 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1" halia
1" kunyit hidup
1 sdb serbuk ketumbar
11 biji asam sunti - belimbing buluh yang dikeringkan

METHOD


Bersihan ikan danletak sebelah
Beland semua bahan blend
Panaskan minyak dan tumis bawangbesar hiris.
Masukkan bahan blend dan tumis sehingga garing
Masukkan daun kari atau daun salam
Terus tumis..kemudian masukkan air..ikut kepekatan yang diinginkan
Biar didih sebentar dan masukkan ikan...
Masukan garam secukup rasa.masukkan timun atau belimbing muda. Biarkan atas api sehingga ikan masak.
Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment