Pages

Sunday, September 02, 2012

NUTELLA MARBLE CAKE / KEK NUTELLA MARBLE


A simple and moist marble cake that used nutella to sandwich the cake but I used the nutella to frost the cake instead...I just love the marble design and leave the cake intact. Honestly it's awesome and perfect for tea. I did this for Eid recently...well it's a hit and thanks to Ika from Arah - http://kurniaanmu.blogspot.com/2010/11/marble-nutella.html for sharing the recipe. It's simply the best marble cake



Nutella Marble Cake
270 gram mentega
250 gram tepung Hong Kong
230 gram gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air (paip)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla/vanilli
secukup Nutella utk disapu


Cara:
Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan A
Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan B
Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.

Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.
Jalan-jalan ziarah kekawan sempena Idil Fitri terserempak kek ini di dapur Ika - Arah. Alahai cantik sangat...tenguk bahan semua ada cuma tepung Hong Kong sahaja tak ada dalam gobok dapur jadi saya terus cari tepung Hong Kong dan buat kek ini untuk Raya baru ini. Wah saya suka tektur kek ini lembap dan lembut. Kek ini sebenar selepas dibakar disejukkan kemudian dibelah dua dan disapukan nutella. Nutell hanya digunakan sebagai sapuan sahaja. Tetapi saya tidak buat cara tu kerana sayangkan marble yang cantik pada kek...saya cuma gunakan nutella sebagai sapuan atas. Memang kombinasi menarik kerana kek ada rasa butter, chocolate dan nutella. Hem memang sesuai buat minum petang.

Next Post - Lasak Lemak Singapore

8 comments:

  1. Aslmkm KakPAty. How are you. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin to you & family. Wow, I can see the texture... indeed looks moist!

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Paty..

    Kak, nampak sedap kek akak ni.. Best ye kak.. Boleh try la bila2 nanti.
    Laksa lemak singapura akak tu pun cam menggoda jer.. Naz tunggu entry nya..

    ReplyDelete
  3. salam kak paty, Liza pun mmg tgh semangat nk buat kek ni..sedap ke kak? rasa dia ada macm kek lapis ke sbb dia guna tpg hong kong kan...

    ReplyDelete
  4. Hem Nadz akak ambil kat Ika - Arah memang sedap lembap dan lembut..Laksa Lemak Singapore ni akak buat raya ketiga jap tengah malam nanti akak upload

    ReplyDelete
  5. Salam Liza memang rasa macam kek lapis lembap dan basah..kita marblekan yak yah nak melapis

    ReplyDelete
  6. Salam kak paty...
    Cantek kek ni...mesti sedap banget...nak sepotong jer...

    ReplyDelete
  7. Salam Rahel morning...mana boleh lawan kek Rahel..geram akak tenguk sentuhan rahel...

    ReplyDelete