Pages

Sunday, February 06, 2011

SCRAMBLED EGGS PITA BREAD /ROTI PITA BERINTI TELUR PECAH


Popular in Greece and Middle Eastern countries,I bought these ready made pita bread from the supermarket and stuffed it with scrambled eggs , lettuce, cucumber and tomato. As for the dressing you can use chili sauce, thousand island, mayo or even tartar sauce. Very filling and suitable for breakfast and picnic. The Middle East people used to grind chickpeas and made into balls like croquette form as the main fillings. Try this it is simple and a substitute of the ordinary bread. Microwave it first before you insert the fillings. - Have a nice weekend and for those who is driving back home, have a nice trip home and HATI-HATI DI JALAN RAYA. - Drive safe and think of your love one.

__________________________________________________________________

Berkalan untuk anak-anak dalam perjalanan pulang ke kolej/U, masing-masing, jalan hari ini terutama lebuh raya Utara-Selatan akan menjadi sesak dengan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing. Esok ramai akan mula bekerja dan persekolahan akan bermula kembali.  Saya menyediakan juadah ini supaya anak-anak tidak perlu singgah di mana-mana untuk makan kerana saya  rasa RRR di mana-mana sepanjang lebuh raya akan penuh sesak.

Roti Pita ini adalah sajian masyarakat Timur Tengah, biasanya dimakan bersama "kofta" atau bebola kacang kuda. Saya menggunakan roti pita yang telah siap dibeli di TESCO dan menggunakan telur pecah sebagai inti disertakan dengan timun, salad dan buah tomato. Untuk sosnya, anda boleh menggunakan apa jenis sos kegemaran, biasanya kita masyarakat timur ni, cili sos atau tomato sos adalah favorite.  Untuk inti boleh juga digunakan daging burger. Memang mudah dibuat, mengenyangkan dan makanan yang sihat. Selamat mencuba dan bagi yang akan mengorak langkah untuk pulang ke destinasi masing-masing, selamat jalan, HATI-HATI DIJALAN RAYA, pandu cermat jiwa selamat dan selalu ingat orang yang disayang.

________________________________________________________________
Next Post - Creamy Celery And Potato Soup

________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment