Pages

Saturday, December 20, 2014

ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN TENGGIRI / MACKEREL IN HOT SOUR TAMARIND SOUP


Jujur saya cakap seminggu kalau tiada asam pedas memang nyata "life is incomplete"..ha..ha..macam mana sekali pun menu ini memang tidak pernah miss dan tidak pernah jemu, baik ikan, ayam mahupun daging tetel. Kalau kena gayanya mahu dihirup macam sup.

Resipi kali ini saya masukkan sedikit lada hitam untuk menamahkan umpphhnya, endi menjadi favourite dan yang pasti daun kesom tetapi jika yang berminat dengan sayur jeruk bolehlah dimasukkan sekali..amin alhamdullilah






5.0 from 1 reviews
Asam Pedas Ikan Tenggiri / Mackerel in Hot Sour Soup
Prep time
Cook time
Total time

This dish hits all the right exotic notes and favourite among Malaysian.

Recipe type: Curry/Lauk Pauk/Seafood
Cuisine: Malaysian
Serves: 2-4
Ingredients
  • 3-4 ketul ikan - saya guna ikan tenggiri
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 5 -6 biji bendi
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 senduk minyak masak
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan Untuk diblend

  • 25 tangkai cili kering direndam terleih dahulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" belacan
  • 2" kunyit hidup
  • 1 sdb lada hitam

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah
Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
  2. Masukkan 1 cawan air
  3. Renehkan seketika, masukkan ikan dan daun kesom
  4. Biar seketika dan masukkan air asam jawa, garam, gula dan seruk perisa
  5. Tamah air jika perlu berkuah lagi
  6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
  7. Biar sehingga naik minyak , padamkan api
Notes
Boleh letak sawi jeruk atau bunga kantan jika suka, terung pun menarik jika hendak digantikan dengan bendi
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


MEATBALLS SUB SANDWICH


Sub sandwich asal nama dari submarine  - kapal selam..ha..ha..mungkin menggunakan roti baguette yang berbentuk kapal selam. Biasanya roti ini dijual di SUBWAY  outlet dan meatballs with tomato sauce ini memang one of the favourite. Saya menyediakannya kebetulan ada lebihan meatballs dari spaghetti jadi saya beli baguette dan buat subb sandwich ini. Kalau yang tiada lebihan meatballs di bawah saya sediakan juga resipi dan cara membuat meatballs

Sandwich ini sungguh mengenyangkan dan pastinya sedap.




5.0 from 4 reviews
MEATBALLS SUB SANDWICH

Ingredients
  • 500 g daging kisar
  • 1/4 cawan susu
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 1 sbd minyak zaiton
  • daun pasley yang dicincang

Cara Menyediakannya
  1. Rendam serbuk roti dalam susu,biar seketika
  2. Daging dimasukkan garam. lada sulah, bawang putih cincang dan digaul rata
  3. Curahkan bahagian susu dan serbuk roti ke dalam bahagian daging, gaul rata,masukkan daun pasley, bulat-bulatkan dan goreng sehingga masak.
  4. Angkat dan sejukkan
Untuk Sosnya

  • 5 biji tomato segar dicincang
  • 2 biji bawang besar dicincang dadu
  • 1/2 cawan paste tomato saya guna Heinz
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 helai daun bay
  • segenggan daun basil segar
  • 1/2 sdt serbuk oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sdb minyak zaiton
  • 1 biji cili agla dipotong dadu

Cara Menyediakanya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan bawang putih, kacau rata
  3. Masukkan tomato segar...biar seketika dan masukkan sos tomato, daun bay, daun basil, oregano, garam dan gula secukup rasa
  4. Renehkan atas api dan akhir sekali masukkan cili bangla
  5. Reneh selama 30 minit dan angkat
Cara Menyediakan Sub Sandwich
  • Roti baguette di potong 3 dan dibelah dua
  • Sapukan roti dengan mentega
  • Masukkan bebola daging dan curahkan kuahnya.
  • Jika suka cheese boleh masukkan cheese

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You





Friday, December 19, 2014

SHRIMPS OPEN FACE SANDWICH


Open-Faced Sandwich ini cukup terkenal di Scandinavia dan Norway, sandwich yang hanya menggunakan sekeping roti dan diletakkan topping seperti bahan-bahan laut seperti udang, ikan kod atau ikan herring. Keunikan sandwich terletak kepada kreativiti melapiskan berbagai bahan atas sekeping roti.

Inspirasi dari open-faced sandwich dari Scandinavia ini saya membuatnya cara saya. Udang saya tidak rebus begitu aje tetapi saya lebih gemar grillnya dengan butter dan sedikit bawang. Bahan-bahan lain saya kekalkan seperti mentega, djon mustard dan sayur-sayuran


Shrimps Open-Face Sandwich



Recipe type: Sandwich, Breakfast
Prep time:  
Cook time:   
Total time:  22








Ingredients
  • Roti Peranchis dihiris nipis disapu mentega
  • 200 g udang saiz sederhana
  • daun salad
  • telur rebus dihiris nipis bulat
  • sedikit mayo
  • sedikit djon mustard
  • 1 biji bawang besar

Cara menyediakanya
  1. Udang dibersihkan dan disapukan dengan garam dan lada sulah
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1sdb mentega
  3. Layukan bawang besar dan masukkan udang
  4. Goreng sehingga udang berubah warna dan masak
  5. Roti yang disapukan dengan mentega disusun daun salad, telur, udang
  6. Akhir sekali letakkan mayo dan djon mustard

Recipe Source :- PATYSKITCHEN


@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

EAT BREAKFAST LIKE A KING, LUNCH LIKE A PRICE AND DINE LIKE A PAUPER - MAKE A PERFECT SUNNY-SIDE-UP EGGS


Eat breakfast like a KING, lunch like a PRINCE and dine like a PAUPER...ha..ha this is what I learned from my dietitian. This common and simple quote is a great way to remember how to eat throughout the day. You should start the morning by eating a full, balanced and healthy diet with no real exemptions....

Well I entirely agree and I know that breakfast is the most important meal of the day and I never skip breakfast no matter how busy I am.

A healthy breakfast is essential for a good day start and should ideally include a proper balance of protein, nutritious, carbohydrates and healthy fats. I'm learning from my dietitian on good and healthy breakfast and here's what my dietitian suggested for my new Meal Plan...and  for the Perfect Sunny-Side-Up Eggs, I found one very informative blog that good to share of making a perfect eggs either sunny side or omelette..click the link here http://lifehacker.com/5948877/make-the-perfect-sunny-side-up-egg

For better health am practicing the quote..and I believe its never too late to reform the way we eat...







CREAMY EGG SALAD


Salad yang mudah disediakan dan sesuai juga kalau hendak dijadikan sajian dalam sandwich. Untuk resipi kali ini saya gantikan djon mustard dengan krim cheese...menjadikanya lebih creamy dan cukup sedap.

Bahan-bahan lain bergantung pada selera masing-masing, saya masukkan di sini butterhead salad, celery dan epal hijau..kombinasi yang cukup sesuai.


Creamy Egg Salad



  • 7 - 8 biji telur direbus dan dihiris
  • 2 batang celery dihiris nipis
  • 2 biji epal hijau dihiris dadu
  • 2 butterhead salad disiat-siatkan
  • 1/2 cawan mayo
  • 2 sdb krim cheese
  • sedikit garam dan lada sulah
  • 1 sdb jus lemon


Ingredients
  1. Masukkan semua bahan salad dalam satu mangkok besar
  2. Dalam mangkok yang lain satukan krim cheese, mayo dan jus lemon.
  3. Gaul rata dan akhir sekali masukkan garam dan lada sulah
  4. Gaulkan ahan dressing pada ahan salad tadi.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN


@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...