Pages

Friday, October 10, 2014

SWEET SOUR CHICKEN FILLETS/ SWEET SOUR ISI AYAM


Resipi yang menarik yang boleh diguna pakai untuk ayam atau pun ikan. Kali ini saya menggunakan isi ayam yang digoreng secara salut tepung. Bahan-bahan sampingan lain bolehlah dimasukkan nenas, cili bangla, tomato dan bawang besar.

Untuk memenuhi tekak orang Melayu yang sukakan pedas sedikit saya masukkan sedikit cili pes. Sedap makan bersama nasi panas. Resipi yang sama juga boleh digunakan jika kita ada lebihan nugget atau sausage goreng.

Sweet Sour Chicken Fillet



  • 300 g isi ayam potong saiz kecil
  • 1 biji cili bengala hijau dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 nenas dipotong dadu - simpan airnya
  • 1 biji tomato potong dadu
  • 2 sdb besar minyak
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa


Untuk sosnya
  • 2 sdb pes cili
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb air nenas
  • 1 sdb tepung jagung bancuh bersama 2 sdb air
  • 1/2 cawan air

Cara Menyediakannya
  1. Celup isi ayam dalam telur yang dipukul
  2. Salut dengan tepung..goreng sehingga masak atau kekuningan
  3. Angkat dan letak sebelah
  4. Panaskan 2 sdb minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya
  5. Masukkan cili pes dan biar seketika
  6. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan sos, garam dan gula secukup rasa
  7. Masukkan cili bengla, tomato, nenas dan bawang besar
  8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi..
  9. Biar seketika dan masukkan air tepung jagung sehingga agak pekat dan angkat


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


2 comments:

  1. Puan punya blog dan resipi ni memang selalu jadi inspirasi kita...
    saya Diyan la puan.... ehhehehehehehe

    ReplyDelete
  2. ha..ha...good and thanks for your support..
    saya suka masak kerana saya suka makan jangan jadi macam saya nanti gendut lo

    ReplyDelete