Monday, February 27, 2017

SINFUL CHOCOLATE CAKE


This is another good chocolate cake recipe. Tektur kekny. cukup lembut, lembap dan terasa chocolatenya walaupun hanya mengunakan serbuk koko. Untuk lapisan dan frosting kek saya gunakan chocolate butter cream. Untuk mendapatkan kek yang tinggi saya buat 2 adunan dan bahagikan kepada 5 year. Obviously kek ini adalah keeper dan pasti menjadi favourite







Sinful Chocolate Cake

    Bahan A

    • 125 g butter
    • 1 cawan gula castor
    • 1 cawan gula perang
    • 1/2 sdt vanilla
    • 2 biji telur
    Bahan B

    • 2 cawan tepung superfine
    • 1/2 cawan serbuk koko
    • 1 1/2 sdt baking soda

    Bahagian C

    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan yogurt
    Satukan kedua bahan ini

    Cara Menyediakannya

    Pukul mentega dengan kedua2 gula sehingga gebu
    Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
    Masukkan bahan  B dan C berselang seli sehingga habis bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung
    Bahagi adunan kepada 3 dan bakar pada suhu 180 setiap satu
    Sejukkan sebelum dihias

    Chocolate Frosting


    • 200 g butter
    • 3/4 cawan serbuk koko
    • 1 1/2 cawan gula ising
    • 3/4 cawan dairy whipping cream (anchor)



    1. Pukul butter koko dan gula ising sehingga lembut
    2. Masukkan diary whipping krim sedikit demi sedikit sehingga habis
    3. Lapi dan hiaskan kek
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    ROTI GORENG SARDINE


    Roti Goreng Sardine ini memang enak  Juadah yang sesuai buat sarapan pagi atau minum petang. Resipi ini agak berlainan sedikit dari cara kebiasaan saya membuat roti kerana ini la kali pertama saya membuat roti menjadikan bancuhan yeast sebagai starter Menarik juga rotinya lembut dan gebu

    Untuk inti sardinnya saya buat yang simple tetapi memenuhi tekak yang sukakan pedas. Untuk resipi yang sama juga kita boleh buat inti daging atau ayam


    Roti Goreng Inti Sardine

    Bahan roti + starter


    • 200 gram tepung Protein tinggi 
    • 2 gram (1/2 sdt) garam halus
    • 20 gram gula pasir halus
    • 4 gram (1 1/4 sdt) yeast)
    • 100 gram air suam
    • 20 gram telur ayam (1/2 biji), dipukul
    • 20 gram mentega, potong-potong 

    Pertama kita buat starter-nya terlebih dahulu. Masukkan 100 gram tepung protein tinggi, ragi instant dan 60 ml air hangat ke dalam mangkuk, kadau rata hingga menjadi adonan kasar yang basah. Tutup dengan plastic wrap atau kain dan biarkan hingga adonan mengembang menjadi lebih dari dua kali 

    Siapkan mangkuk besar, masukkan baki tepung, gula, garam, air, telur dan starter, uli adonan hingga tidak lengket + 10 menit.

    Tabur permukaan meja dengan tepung, tuangkan adonan ke atasnya dan mulailah anda menguli adonan hingga menjadi adonan yang kalis, tandanya adonan tidak lengket, terasa kenyal, elastis dan lembut. Tambahkan potongan mentega ke adonan, dan ulni adonan hingga mentega tercampur rata dan adonan menjadi lembut dan lentur. 

    Letakkan adonan ke dalam mangkuk yang telah diolesi dengan minyak goreng, tutupi permukaan mangkuk dengan plastik atau kain dan istirahatkan adonan selama + 1 jam atau hingga mengembang 2 kali lipat. Kempiskan adonan, letakkan di meja yang telah ditabui tepung. Bagi adonan menjadi 5 buah dengan  berat yang sama. Bulatkan masing-masing bagian menjadi bola adonan yang smooth dengan cara menggelindingkannya di meja menggunakan telapak tangan. Istirahatkan hingga mengembang 2 x 


    Jika bola adonan telah mengembang, ambil satu buah bagian adonan, letakkan di atas meja yang telah ditabur dengan tepungu, tekan adonan menjadi pipih  dengan telapak tangan. Isikan inti 

    Gulingkan adonan ke telur dan tabur dengan serbuk roti hingga semua bagian roti tertutup dengan tepung tutup adonan dengan kain dan istirahatkan selama 30 menit atau hingga  mengembang 2 kali 



    Panaskan minyak agak banyak, goreng roti dengan api kecil hingga permukaannya kuning keemasan, angkat dan toskan.  

    Inti Sardin
    • 1 tin sardine
    • 2 biji bawang besar dicincang halus
    • 3 sdb cili pes
    • garam dan gula secukup rasa
    • 1/4 cawan minyak masak

    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
    2. Masukkan cili pes dan biar sehingga agak garing
    3. Masukkan sardin dan pecah-pecahkan
    4. Masukkan garam dan gula ikut rasa
    5. Biar seketika sehingga sebati dan tidak terlalu kering
    6. Angkat dan sejukkan
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    SACHER TORTE



    Sachertorte is a specific type of chocolate cake, or torte, invented by Austrian Franz Sacher in 1832 for Prince Wenzel von Metternich in Vienna, Austria. It is one of the most famous Viennese culinary specialties. 

    Itulah ceritanya, kek ini rendah aje dan cara membuatnya lebih kurang membuat brownies tapi putih telur diasingkan dan dipukul kental sebelum dicampur dengan bahan lain Tektur kek cukup lembut dan kek ini bertambah enak jika menggunakan chocolate yang tinggi kualitinya

    Resipi ini adalah adaptasi dari :-http://www.bbc.co.uk/food/recipes/sachertorte_59630



    Sacher Torte

      • 140g/5oz plain chocolate
      • 140g/5oz unsalted butter, softened
      • 115g/4oz caster sugar
      • ½ tsp vanilla extract
      • 5 free-range eggs, separated
      • 85g/3oz ground almonds
      • 55g/2oz plain flour, sieved


      For the topping and the icing

      • 6 tbsp apricot jam, sieved
      • 140g/5oz plain chocolate
      • 200ml/7fl oz double cream
      • 25g/1oz milk chocolate
      Method

      1. Preheat the oven to 180C/350F Grease a deep 23cm/9in round cake tin then line the base with greaseproof paper.
      2. Break the chocolate into pieces, melt gently in a bowl set over a pan of hot water, stirring occasionally, then cool slightly. Beat the butter in a bowl until really soft, then gradually beat in the sugar until the mixture is light and fluffy. Add the cooled chocolate and the vanilla extract and beat again. Add the egg yolks, then fold in the ground almonds and sieved flour. The mixture will be quite thick at this stage.
      3. In a separate bowl, whisk the egg whites until they are stiff but not dry. Add about one-third to the chocolate mixture and stir in vigorously. Gently fold in the remaining egg whites. Pour the mixture into the prepared tin and level the surface.
      4. Bake in the oven for about 45-50 minutes, or until well risen at the top and the cake springs back when lightly pressed with a finger. Leave to cool in the tin for a few minutes then turn out, peel off the paper and finish cooling on a wire rack.
      5. To make the topping, heat the apricot jam in a small pan and then brush evenly over the top and sides of the cold cake. Allow to set.
      6. Make the icing by breaking the plain chocolate into pieces. Heat the cream until piping hot, remove from the heat and add the chocolate. Stir until the chocolate has melted, then cool till a coating consistency. Then pour the icing on to the centre of the cake. Spread it gently over the top and down the sides, and leave to set.
      7. For the ‘icing’ writing, break the milk chocolate into pieces then melt gently in a bowl set over a pan of hot water. Spoon into a small paper icing bag or polythene bag and snip off the corner. Pipe ‘Sacher’ across the top and leave to set.
        Notes


        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Saturday, February 25, 2017

        BOX OF LOVE



        I have no recipe for this entry, cuma nak share apa yang saya buat sempena Vaentine's Day. Jelas-jelas kita memang tidak menyambut Valentine tetapi dah namanya homebaker makanya kita tidak dapat lari daripada menyediakan sweet treats yang diminta oleh customer, rezeki namanya selagi ia halal kita buat.

        Box of love ini saya buat untuk sebuah boutique, my job was to pack as per request. Merah warna tema makanya paling sweet kita pack meringue kisses, macaron dan cupcakes, selebihnya bunga and ballons boutique owner sediakan. Anyway saya ingin abadikan hasil kerja ini dalam blog ini.


        RED VELVET



        Saya ada banyak versi kek red velvet resipi ini adalah yang terbaru saya cuba. Resipi dari kawan katanya sedap dan menjadi kesukaan keluarganya, jadi saya terpanggil untuk mencubanya. Resipinya agak kecil jadi saya membuat dua adunan untuk acuan 8" dan tinggi sedikit. 

        Sedap seperti yang dikatakan, cantik tekturnya lembut dan agak moist sedikit, cantik bila dipotong dan resipi ini juga sesuai untuk cupcakes.


        Red Velvet

          Bahan-Bahan
          • 2 biji telur gred A
          • 125 gram mentega beku tanpa garam
          • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
          • 1 1/2 sudu makan koko Vochelle*
          • 2/3 cawan gula kastor
          • 2 sudu makan pewarna Red Bright
          • 1/2 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
          • 1 sudu teh garam
          • 1/2 sudu makan bicarbonate of soda
          • -/2 sudu makan cuka makan



          Cara-Cara

          1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
          2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
          3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
          4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
          5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
          6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
          7. Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

            Notes


            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Friday, February 24, 2017

            ACAR IKAN TENGGIRI




            Resipi acar ikan ini adalah resipi short cut....saya  malas hendak sangrai ketumbar dan rempah-rempahnya, sebaliknya saya gunakan rempah kari siap cukup senang cara ini lagipun rasanya ebih kurang sama. Ikan tenggiri merupakan ikan yang cukup sesuai membuat acar ini. Untuk resipi yang sama juga kita boleh membuar acar ikan masin Jika kena dengan cara masakan kita acar ini boleh bertahan lama.

            Sedap makan bersama nasi panas



            Acar Ikan

              • 3 -4 potong ikan tenggiri
              • 7 biji  cili padi
              • 5 ulas bawang putih
              • 7 ulas bawang merah
              • 1 paket rempah kari ikan
              • 6 sudu besar cuka
              • 2 sdb gula
              • 1/2 sudu teh garam
              • 1/3 cawan minyak masak
              Bahan kisar 
              3 ulas bawang putih
              1" halia
              5 ulas bawang merah

              Kisar halus dan gaul bersama rempah kari


              Cara Menyediakannya

              1. Goreng ikan kering hingga garing dan angkat
              2. Panaskan minyak dalam kuali  (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus dan rempah kari. Kacau rata dan masak sekejap sehingga pecah minyak
              3. Masukkan gula dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan greng tadi, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              CUCUR LABU MANIS



              Asalnya beli labu hendak buat kue koci, alih-alih daun pisang dibeli sampai naik kecut makanya terpaksa tukat plan kita buat jemput-jemput labu. Saya suka cucurnya lemak dan pumpkin spice yang saya masukkan sedikit menaikkan aroma cucur ini. Cucur mudah dan ringkas ini sesuai buat sarapan pagi atau minum petang


              Cucur Labu Manis



                • 1 cawan labu lecek
                • 1 cawan + 1 sb tepung gandum
                • 1/4 cawan gula kastor
                • 1/2 sk pumpkin spice
                • 1  sk yis
                • 1/2 sk garam halus
                • 1/4- 1/3 cawan air suam

                Caranya:


                1. Satu kan tepung, yis, gula kastor, garam ke dalam mangkuk yang besar.
                2. Gaul2 rata.
                3. Kemudian masukkan labu lecek bersama air ke dlm mangkuk tadi.
                4. Gaul2 rata dan sebati. 
                5. Pastikan adunan tidak terlalu cair untuk mengelakkan cucur menyerap minyak.
                6. Biarkan 30 minit atau biarkan adunan nampak kembang.
                7. Goreng dengan api kecil dan minyak penuh hingga kekuningan.
                8. Toskan minyak dan hidang.


                RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                KARIPAP AYAM JERUK BAWANG


                Bila angin malas datang maka pos ini terbengkalai seketika, kue favourite masyarakat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun. Karipap sedap banyak bergantung kepada kulitnya dan intinya. Kulit karipap yang sedap perlu ranggup, resipi ini insyallah banyak telah dicuba oleh rakan blogger. Keeper dan setiap kali kalau berhajat membuat karipap resipi inilah yang akan saya guna

                Intinya pula saya buat inti ayam dan istimewa sedikit saya masukkan telur burung puyuh rebus bersama intinya dan double sedap karipap ini dimakan bersama jeruk bawang ala  murtabak, ha..ha bukan perkara baru tapi inilah mamak Penang jual karipap, karipap giant dengan jeruk bawang sedap
                Karipap Ayam

                  Cara Membuat Kulit Karipap
                  • 500 gm tepung gandum
                  • 1/2 cawan minyak masak
                  • 1/4 cawan marjerin - saya pakai butter
                  • 220ml air - dicampur 1/2 sudu kecil garam

                  Cara :
                  Campur minyak dan butter dalam periuk kecil, panaskan keduanya dan biarkan butter cair dan minyak panas.

                  Angkat larutan butter dan minyak panas terus tuang ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu. Ratakan minyak dan tepung sehingga tepung menjadi seakan-akan serbuk roti.

                  Masukkan larutan air bergaram ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit sambil putar tepung dengan belakang senduk.. Jangan sesekali uli dengan tangan. Kita bukan nak buat roti, kita nak buat pastry jenis rapuh. Putar sehingga bercantum tepungnya. Tambah air sedikit demi sedikit...

                  Cuba ambil sedikit adunan dan kepalkan. kalau boleh kepal tu stop masuk air.

                  Bentukkan doh menjadi satu dan jadi bola besar . Diulang jangan uli ok. Cukuplah sekadar kepal sehingga menajdi bola. Kalau rasa tak cukup air boleh tambah sedikit lagi. Biarkan selama 15- 20 minit. Sementara tu boleh sediakan inti karipap.

                  Inti Karipap 
                  • 3 biji kentang - dipotong dadu
                  • 1 ketul dad ayam - dipotong kecil.
                  • 1 paket kecil rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
                  • 1 biji bawang besar - potong dadu
                  • 7 biji bawang merah - tumbuk
                  • 5 biji bawang putih  - tumbuk
                  • 2 cm halia - tumbuk
                  • 3 sudu makan gula atau secukup rasa
                  • Garam secukup rasa
                  • Daun bawang daun sup - hiris
                  • 1/2  senduk minyak masak
                  • 20 biji telur puyuh direbus dimasukkan semasa klim kripap nanti


                  Cara-cara
                  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

                  Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk. 

                  Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.

                  Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biar inti sejuk baru diklim

                  Jeruk Bawang

                  • 2 biji bawang besar dihiris halus
                  • 1/2 cawan cuka
                  • 2 sdb besar gula
                  • setitik warna merah

                  Gaulkan semua bahan dan biarkan seketika

                    Notes


                    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                    Wednesday, February 22, 2017

                    FISH PIE/ PIE IKAN SEDAP


                    Setiap kali menemani adik buat rawatan susulan di PPUM di Petaling Jaya saya akan singgah ke foodcourtnya menikmati pie ikan di sana. Grub nama cafenya dan katanya milik seorang peserta Master Chef Malaysia season 1, menunya simple western and pasta food, sedap dan menepati selera saya. Jadi inspirasi dari situ dan google resipi saya mencuba pie ikan ini 

                    Agak susah mencari ikannya jadi saya guna isi ikan merah sahaja, tidak boleh buat banyak dan tidak boleh buat selalu kerana ikan agak mahal sekarang ini, considering that it's better to buy than make one, apa pun resipi ini memang sedap lemak dan berkrim kerana saya taburkan sedikit cheddar cheese diatasnya


                    Pie Ikan Sedap

                    Toping Kentang
                    • 1 kg kentang, dikupas
                    • 50 gram mentega
                    • 100 g creme fraiche
                    •  3 sdb susu segar panas
                    • garam dan lada sulah

                    Potong kentang dengan dan rebus hingga lembut. Angkat dan lembutkan dengan campuran mentega, creme fraiche, dan susu hangat. Tambahkan garam dan lada putih. Simpan dulu 

                    Untuk Isian
                    • 500 ml atau 1 liter susu segar
                    • 250 g smoked haddock (ikan asap)
                    • 200 g ikan (bagian daging), dipotong-potong
                    • 1 ulas bawang putih
                    • 1 lembar daun salam
                    • 2 batang daun bawang, cincang
                    • 50 g cheddar cheese


                    Untuk Sosnya
                    • 100 g mentega,
                    • 50 g tepung
                    • Garam dan bubuk lada putih, secukupnya


                    1. Cairkan mentega di dalam kuali masukkan tepung dan biar seketika sambil dikacau2
                    2. Angkat dan masukkan susu yang ditapis tadi kacau dan letak semula atas api
                    3. Masukkan garam dan lada secukupnya pada saus daun bawang dan kacang peas Beri perasa lemon secukupnya. 
                    4. Siapkan oven dengan suhu panas 190 derajat Celcius; 
                    5. Ikan dietakkan dalam mangkok caserole, carik2kan isi ikan dengan garfu  
                    6. Tuangkan sos lalu tutup dengan topping kentang taburkan cheese
                    7. Masukkan ke oven selama kurang lebih 30 menit
                    8. Pie ikan siap dihidangkan.

                    Notes


                    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                    You Might Also Like These

                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...