Pages

Friday, September 29, 2017

TARTS BROWNIES


Dunia masakkan menjadi semakin kreatif sekarang ini 2 resipi dalam satu dessert menjadikan tart ini begitu menarik dihidang. Bagi yang meminati tarts,chocolate ataupun brownies resipi ini khas untuk anda...putting everything together. Jika mala hendak buat tart shell boleh aje guna yang siap

Resipi ini menghasilkan 15 biji tart bersize besar




Tart Brownies

Yield: - lebih kurang 15 biji
Kombinasi Tarts dan Brownies dalam 1 dessert. Menarik dan sesuai sebagai pencuci mulut untuk majlis
Shell tart :-
  • 200g butter
  • 200g gula aising
  • 1 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 420g tpg gandum
  • 1 sudu susu tepung


Brownies :-
  • 130g dark choc beryls
  • 100g butter
  • 100g gula
  • 90g gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 40g serbuk koko
  • 100g tepung naik sendiri


Cara Kulit Tart membuatnya:
  1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi tekstur serbuk roti.
  2. Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sebentar.
  3. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi dan tekan di dalam acuan tart. Bentukkan mengikut acuan dan kemaskan.
  4. Buat hingga siap, cucuk sikit bahagian dasar doh dengan garfu. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit.
  5. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan di atas jaringan.
Untuk Membuat Brownies

    1. Satukan serbuk koko, tepung gandum, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul rata dan ketepikan.
    2. Dalam bekas yang lain cairkan mentega dan chocolate Matikan api.
    3. Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk atau senduk sehingga rata.
    4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
    5. Masukkan pula esen vanila dan coklat nutella.
    6. Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan sehingga rata.
    7. Masukkan adunan brownies ke dalam piping beg.
    8. Kemudian paipkan adunan brownies ke dalam kulit tart yang telah siap dibakar tadi.
    9. Paipkan sehingga penuh permukaan kulit tart tersebut.
    10. Bakar selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.





    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    AYAM MASAK BAWANG ALA MAMAK


    Balik Penang baru ini singgah makan di restoran Yusof di Relau, try ayam ini fikirkan ayam madu rupanya kata mamak tu ayam bawang. Katanya sedap dan hot selling di tempatnya. Udah gitu katanya maka saya kena try perrghhh memang sedap can be addictive too.

    Balik saya google cari resipinya dan pastinya yang dapat membantu saya ialah rujukan dari Mamak Haji nyata betul memang ada dan saya adapt resipinya100%. Banyak menggunakan bawang dan pasti kalau berminat kenalah beli1 guni bawang besar dijadikan bawang goreng...ha..ha...bab ini memang agak leceh sikit tapi rasa masakan ini memang berbaloi walaupunm air mara menitis mengopek bawang.

    Lauk ini sesuai dengan apa jenis nasi saya hidangnya dengan nasi serai




    Ayam Bawang Ala Mamak

    Yield: - lebih kurang  10 orang makan
    Ayam Goreng Berempah yang kaya dengan bawang goreng Bawang Goreng menaikkan aroma masakkan ini juga memberi satu rasa yang unik
    • 1 ekor ayam , potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan.
    • 3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
    • 1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka.
    • 1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis.
    • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
    • 2-3 sudu besar Rempah Kari (daging).
    • 1 sudu besar Sos Tiram.
    • 1 sudu besar Sos Cili.
    • 1 sudu besar Sos Tomato.
    • 2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
    • 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
    • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala,
    • 2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang.
    • 1 helai daun pandan dipotong 2 inci.
    • 2 sudu besar gula pasir.
    • Garam secukup rasa.
    • Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
    • Daun Kari (hiasan).


    CARA-CARA:

    1. Kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng. 
    2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.
    3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
    4. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.


    RECIPE SOURCE:  Mamak Haji
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Thursday, September 28, 2017

    NASI SERAI


    Masyallah hebat nasi ini patutlah ramai yang mencubanya, nampak simple dan bahannya pun simple tapi bila masak satu rumah semerbak harum, bukan aje satu rumah satu taman perumahan boleh tergoda dengan keharumannya....serious !!!

    Nasi ini seperti nasi putih yang lain cuma ianya ditumis, saya guna beras basmathi untuk nasi ini makanya ia kelihatan cantik, Nasi ini sesuai disajikan dengan jenis lauk sekalipun. Saya gukannya dengan AYAM BAWANG ALA MAMAK, I LIKE dan pastinya akan saya cuba masaknya lagi




    Nasi Serai

    Yield: - lebih kurang 7-8 orang makan
    Nasi putih biasa yang dimasak secara tumis menggunakan serai. Aromanya cukup harum Nasi ini boleh disajikan dengan apa-apa jenis lauk
    • 4 cwn beras basmathi
    • 4 cawan air
    • 1 kiub pati ayam
    • 5 batang serai dititik
    • 2 helai daun pandan disimpul
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 1 biji bawang besar dihiris
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk
    • 1 camca kecil garam
    • 3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

    Cara memasak
    1. Panaskan minya masak / minyak sapi dalam periuk.
    2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
    3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
    4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
    5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
    6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
    7. Masak dalam rice cooker hingga masak.

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Wednesday, September 27, 2017

    MASALA CHAI TEA


    Masala Chai Tea biasanya saya buat cuma guna halia aje kali ini saya masukkan sedikit kayu manis dan buah pelaga. Sedap teh ini ha..ha sesuai buat buang angin badan. Paling cantik kalau dapat guna teh serbuk, saya tak ada teh sebuk saya gantikan dengan teh uncang.

    Nak lagi sedap kalau dapat susu lembu segar. Rempah ratus direbus dahulu kemudian masukkan teh dan susu. Saya gantikan gula dengan maple sirap. Kemanisan kena adjust mengikut citarasa masing-masing apa pun teh ini memang ommphh.....ha...ha mai secawan







    Masala Chai Tea

    Yield: - 4 serving
    Teh berempah yang semakin popular dewasa ini sedap dan memuaskan
      • 1 1½" halia diparut kasar
      • 1 3-i" kayu manis diketuk belakang pisau
      • 7 sdt serbuk teh hitam atau 6 uncang teh
      • 14 buah pelaga hijau diketuk sedikit
      • 2¾ cawan susu segar (boleh aje guna susu pekat jika suka agak2 kemanisannya)
      • ¼ cawan pure maple syrup (tidak perlu masuk kalau mengguna susu pekat
      • 3 1/2 cawan air

      Cara Menyediakannya

      1. Masak air bersama halia kayu manis bersama 3 1/2 cawan air sehingga mendidih lebih kurang 20 minit 
      2. Alihkan dari api dan masukkan serbuk teh dan buah pelaga dan biar seketika lebih kurang  2 minit.
      3. Letak semula periuk teh ke atas api sederhana dan masukkan susu dan maple sirap kacau selalu sehingga berbuih lebih kurang 5 minit. 
      4. Alihkan dari api dan tapis


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


        Thank  You.-

        DAGING GORENG JINTAN


        Arwah umi rajin masak daging ini cukup sedap dan very addictive. Saya tidak ada resipinya tapi alhamdulillah terpandang di wall Chef Joha Hassan from Singapore terus copy dan mencubanya ah memang sedap tak lari daripada apa yang arwah umi buat

        Daging Goreng ini juga sedap dimakan bersama roti boleh gantikan kebab sesuai untuk Nan Capati Pita Bread mahupun Flat Bread Wrap




        Daging Goreng Jintan

        Yield: - lebih kurang 5 orang makan
        Daging Goreng Jintan ini sedap dimakan bersama nasi dan roti. Jika sukakan roti biak apa jenis roti pun daging ini cukup sesuai

        • 750gm daging hiris (kambing atau lembu)
        • 3 sudu besar biji ketumbar
        • 1 sudu teh biji Jintan Manis (Jintan Kasar)
        • 1 sudu teh biji Jintan Putih (Jintan Halus)
        • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
        • Bahan2 di atas ditumbuk halus
        • 1 sudu besar serbuk kunyit
        • 1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar
        • Garam secukup rasa
        • Gula secukup rasa, lebihkan supaya manis sedikit
        • Kicap manis 2 sudu besar
        • 1 biji bawang besar (kunning) di hiris
        • 1/4 cawan air
        • 1/2 cawan Minyak masak
        • 3 biji ubi kentang di hiris wedges/bulat

        Cara2nya

        1. Sangai biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins atau bila bau nya bangkit. Kemudian tumbuk rempah2nya bersama bawang putih dan sedikit garam & gula sampai halus. 
        2. Kemudian gaulkan kepada daging yang dihiris tipis bersama rempah serbuk kunyit/ketumbar & jintan halus. Perapkan selama 2 jam di peti ais. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis. 
        3. Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi). Goreng daging yang berempah tadi, goreng hingga ia masak, letakan kicap manis sedikit, masukkan bawang besar yang di hiris bulat, gaulkan supaya sebati. Letakan garam & gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula supaya rempah daging merasa manis sedikit.
        4. Goreng ubi kentang di kuali lain. Sajikan dengan kentang goreng. Makan dengan nasi putih atau nasi mentega.




        RECIPE SOURCE:  Chef Joha Hassan
        All images & conten
        t are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


        Thank  You.-

        BITTERBALLEN DAGING/KROKET BELANDA


        Saya sekeluarga meminati bitterballen ini malah bitterballen adalah resipi yang kedua saya kongsikan sejak saya mula buka blog. Kerana terlalu minat sejarah dan asal usul bitterballen ini semua saya ceritakan. Jujur saya cakap kroket Belanda ini memang sedap dan saya selalu frozenkan dan goreng bila-bila masa teringin

        Bitterballen ini sedap dimakan  bersama mustard sos mayo atau cili sos





        Bitterbalen Daging

        Yield: - lebih kurang 20 - 25 biji
        Snak Belanda yang diminati dirantau ini terutama Indonesia. Rasanya lebih kurang seperti rasa kroket
        Sedap dimakan bersama mustard sos cili sos ataupun mayo
        • 200 gr daging ayam/lembu cincang
        • 100 gr cendawan butang, cincang
        • 150 gr tepung 
        • 1.5 cawan susu
        • 100 gr keju Gouda/Cheddar parut
        • 4 sdb mentega
        • 1 biji bawang bombay ukuran besar, cincang halus
        • 2 btg seledri, cincang
        • 1 sdb daun parsley cincang
        • 1/2 sdb stock ayam
        • Garam, merica, gula, bubuk pala secukupnya


        Bahan Salut

        • 150 gr tepung serbuk roti
        • 2 biji putih telur, kocok lepas



        Caranya

        1. Panaskan margarin sehingg cair. Tumis bawang bombay sampai wangi.
        2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau rata 
        3. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil dikcau supaya adonan nggak menggumpal.
        4. Masukkan daging, keju, cendawan dan seledri . Kacau rata sampai masak. Angkat.
        5. Setelah adonan agak dingin, ambil segumpal adonan. Bentuk bebola, padatkan. Kerjakan sampai adonan habis.
        6. Celup dengan telur dan gulingkan ke breadcrumbs
        7. Goreng dalam minyak banyak yang panas hingga kuning kecoklatan. Angkat, tiriskan.





        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


        Thank  You.-

        Tuesday, September 26, 2017

        TOM YAM PUTIH SEAFOOD


        Jalan-jalan di Kedah singgah di Pekan Rabu, adik manis di sana perkenalkan saya dengan pes tom yum putih di tulisnya Tom Kha saya fikirkan yang saya pernah masak Tom Kha Gai tetapi rupanya ia adalah pes tom yum biasa versi putih ha...ha sedap juga dan sesuai bagi yang tidak sukakan pedas




        Seafood Tom Yum Putih

        Yield: - lebih kurang 5 orang makan
        Lauk favourite di rantau ini biasanya merah tapi kali ini kita buat putih jernih Bahannya lebih kurang sama cuma ditukar pes tomyum merah ke taum yum putih
        • 2 ekor ketam dibelah dua dan cuci bersih kemudian toskan
        • 5 ekor udang sederhana besar
        • 5 ekor sotong putih dibersihkan dan potong bulat
        • 4 biji limau nipis - ambil jusnya 
        • 3 batang jagung muda dihiris menyerong
        • 1/2 batang carrot di hiris bulat
        • 1 genggam cendawan tiram
        • 3 helai daun limau purut
        • 2 ulas bawang putih - hiris halus
        • 2 sdb pes tom yum putih
        • 2 camca besar sos ikan
        • 10 biji chili padi thai merah - dititik
        • 1 batang serai - ditik
        • 1 biji bawang besar - belah 6
        • 1/2 inci lengkuas - dititik
        • 1/2 inci halia - dititik
        • 1/2 cawan santan
        •  gula dan garam secukup rasa
        •  air secukupnya
        •  1 biji tomato - belah 6

        Cara Membuat Tomyam Putih

        1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. 
        2. Masukkan semua bahan seafood ketam udang dan sotong
        3. Masukan air secukupnya kemudian masukan halia, pes tom yum , bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.
        4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.
        5. Akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, jagung muda, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


        Thank  You.-