Tuesday, October 25, 2016

KUE BAKAR KELEDEK


Dalam situasi kita menghadapi lambakan keledek di rumah, makanya terpaksalah mencari idea untuk menghabiskannya...ha...ha so saya google dan terjumpa kue bakar keledek ini diblog yatimemories bahanya mudah makanya saya terus mencuba. 

Ternyata berbaloi kerana kue ini cukup sedap lemak dan manis. For presentation saya taburkan sedikit dengan bijan putih.


Kue Bakar Keledek

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur
  • 3 cwn santan
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keledek (rebus dan lecek)


CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.


    Notes


    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    EASY BEIGNETS


    Beignet ini adalah lebih kurang cream puff, ramuannya serta cara membuatnya sama, bezanya terletak pada cara membakarnya, kalau cream kita bakar menggunakan oven, beignet pula digoreng cara deep fry. 

    Beignet ini sedap dimakan begitu aje dengan gula ising ataupun dimakan bersama jem atau pun madu. Kue ini sesuai dibuat sebagai hidangan petang


    Easy Beignet

    • 1 Cawan Tepung Gandum
    • 1  Cawan Air Tapis
    • 1/2 Cawan Buttercup
    • 2 sdb  Gula
    • 4 Biji Telur 
    • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
    •  

    Cara-Cara;
    cara buat cream puff gebu sedap
    1. Buttercup dipotong dadu dan dimasukkan kedalam periuk bersama air.
    2. Masukkan minyak jagung / masak kedalamnya dan masak hingga didih sebati.
    3. Masukkan gula kacau hingga sebati kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
    4. Pastikan tepung menjadi doh lembut seperti gambar dan biarkan sejuk seketika.
    5. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bekas lain dan pukul hingga kembang.
    6. Masukkan doh yang telah sejuk dan pukul lagi guna mixer hingga sebati.
    7. Adunan akan menjadi seperti adunan kek, 
    8. Panaskan minyak dan jemput-jemputkan seperti membuat jemput2
    9. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
    10. Taburkan gula ising semasa menghidang

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Monday, October 17, 2016

    GRILL LAMB CUTLET WITH YOGURT MINT SAUCE



    Ha....ha banyak resipi tersadai. inilah akibatnya bila diserang penyakit malas Tak tahu kenapa mood menulis semakin kurang sejak akhir-akhir ini, tapi hari ini memaksa diri untuk membuat entry ini jika tak makin bertimbun dibuatnya Resipi ini paling mudah disediakan, semuanya main campak aje dengan menggunakan perapan BBQ yang sedia ada. Penting untuk mendapatkan keenakan daging harus diperap lama sebaik-baiknya semalaman,baru terasa ramuannya

    Untuk sosnya saya gabungkan yogurt dan pudina.


    Kambing Perap
    • 7 -8 keping daging kambing ( lamb) yg telah dipotong 
    • 3/4 cwn sos barbeque 
    • 1/4 cwn sos lada hitam 
    • 1 sudu besar serbuk rosemary
    • 1 sdb garlic powder
    • 1 sdb ginger powder
    • 2 sdb minyak zaiton


    Cara:

    1.  Perap daging kambing bersama semua bahan selama 4 jam.
    2.  Panaskan kuali leper.
    3.  Panggang kambing sehingga masak.Balik-balikan daging kambing.

    4.  Bila dah masak bolelah diangkat dan dihidangkan.


    Sos Yogurt Pudina

    • 2 cawan yogurt
    • 1 cawan daun pudina
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 sdb minyak zaiton
    • garam secukup rasa


    Blend semua bahan dan adjust rasa
      Notes




      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Tuesday, October 11, 2016

      LEMON BLACK PEPPER BAKED SALMON



      Bila mood malas menyerang, makanya 3 hari mengadap post ini tetapi tidak lepas Hari ini terpaksa cekalkan hati untuk siapkan entry ini kerana banyak lagi yang perlu selesaikan.Salmn grill atau bakar ini saya sediakan dengan lemon sos, rasanya paing sesuai untuk mengelakkan dari bau hayir ikan. Saya masukkan juga sedikit dill kerana merasakan ianya satu kombinasi yang cukup sesuai


      Lemon Black Pepper Salmon


      • 2 keping ikan Salmon
      • 1 sudu minyak zaitun/olive oil
      • Garam
      • Lada Hitam
      • Lada sulah
      • Serbuk Oregano

      Cara-caranya :

      1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
      2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang atau bakar
      3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
      4. Bila dah masak, ketepikan.



      Untuk Sos Lemon

      • 1/2 cawan butter potong kube
      • 3 ulas bawang putih
      • 6 sdb jus lemon
      • Satu sudu dill kering
      • Sedikit tepung gandum dicampur air
      • Garam


      Panaskan kuali dengan api sederhana.Masukkan butter, 3 ulas bawang butih cincang, goreng sebentar.Masukkan 1 cawan air satu sudu dill kering. Masukkan jus lemo


      Campurkan sedikit tepung dan air untuk memekatkan kuah.Masukkan dalam kuali dengan api kecil.Kacau sebati.Akhir sekali perasakan dengan garam .Kacau sehingga mendidih dan Hidangkan.


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Thursday, October 06, 2016

      BUBUR PULUT HITAM


      Ini adalah antara dessert kegemaran saya. Biasanya bulan Ramadan rajin membuatnya  tetapi dek kerana teringin sangat makanya saya buat sedikit untuk minum petang. Bubur ini selain dari makan biasa saya lebih gemar sejukkannya semalam perghhhh begitu nyaman jika dapat makan bila ia disejukkan.

      Titisan santan di atas bubur ini menambahkan kelemakan dan begitu sedap sekali.



      Bubur Pulut Hitam
      • 1 cawan beras pulut hitam
      • ¾ cawan gula
      • 1 helai daun pandan
      • ½  cawan santan pekat
      • 1 cawan santan cair
      • Sedikit garam
       Cara memasaknya
      1. Pulut hitam di rendam lebihkurang 3-4 jam
      2. Rebus sehingga kembang, masukan sedikit garam, gula dan daun pandan kacau sehingga mendidih.
      3. Masukan santan cair dan masaklah sehingga mendidih.
      4. Bila menghidangkan curahkan pati santan di atas bubur.
        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


        SOTONG GORENG KUNYIT



        Sotong selain dari sambal dan kari sesuai dimasak goreng kunyit begini. Mudah ringkas dan sedap. Untuk memeriahkan masakkan ini saya masukkan sedikit kacang buncis dan baby corn.


        Sotong Goreng Kunyit

        • 5 ekor sotong bersaiz besar dibersihkan dan dipotong ikut suka
        • 3/4 camca besar kunyit serbuk
        • 7 biji baby jagung
        • 5 batang kacang buncis potong
        • 3 ulas bawang putih, hiris halus
        • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
        • 1 biji cili merah, hiris
        • 1 biji cili hijau, hiris
        • Garam secukup rasa


        CARA MEMBUATNYA :-)
        1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap seketika.
        2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan sotong ke dalam kuali, besarkan api dan gaul rata. 
        3. Masukkan kacang panjang, baby jagung bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata.
        4. Tambah garam secukup rasa, kacau dan masak sekejap lagi. 

          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA


          Jemput-jemput pisang atau kue kodok ini cukup famous masa zaman sekolah boleh dikata biasalah kalau dijadikan bekalan ke sekolah. Kue Kodok ini nampak simple tapi kalau tak kena gayanya boleh mengecewakan. Paling takut jika ia banyak serap minyak makanya sukatanya harus betul tidak terlalu lembik atau tidak terlalu keras. Untuk resipi kali ini saya masukkan sedikit kelapa parut untuk mendapatkan kelemakan pada cucur ini.

          Jemput-jemput pisang berkelapa

          BAHAN-BAHAN:

          •    10 biji pisang 
          •    180gm tepung gandum
          •    ½ sudu teh baking powder
          •    Garam secukup rasa
          •    120gm kelapa yang diparut
          •    1 sudu teh gula
          •    Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

          CARA MEMASAK:

          1. Lenyek pisang di dalam mangkuk adunan sehingga hancur.
          2. Masukkan tepung gandum, kelapa, baking powder, garam secukup rasa, gula dan sedikit air. Gaul sehingga sebati.
          3. Panaskan minyak masak di dalam kuali, jemput-jemputkan adunan dan goreng sehingga masak. Lakukan sehingga adunan habis.

          4. Angkat dan sedia dihidangkan.



              Notes


              RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


              Tuesday, October 04, 2016

              FRIED CHICKEN WANTON / WANTON GORENG


              Chinese snack yang cukup popular se entero dunia. Intinya boleh dimasukkan apa saje yang kita suka. Untuk kali ini saya menggunakan ayam kisar yang diperap bersama bahan perapan. Saya masukkan daun bawang kerana daun bawang memang sinonim dengan masakan Cina. Snak ini sedap dihidangkan bersama cili sos


              Wanton Goreng
              Bahan2:
              • 1 paket kulit wantan
              • 200 g isi ayam- kisar   
              • 1/2 biji bawang besar cincang halus
              • 2 tsp tepung jagung
              • 1 tsp minyak bijan
              • 1 sudu makan maggi seasoning
              • 1/2 tsp lada sulah 
              • 3 pokok daun bawang dihiris halus
              • garam secukup rasa


              Cara2
              Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
              letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. 

              Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.




              Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.
              Notes


              RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              SAYUR GORENG KANGKONG BELACAN BERUDANG


              Sayur Kangkng Goreng Belacan ini boleh dikatakan top, ada di restoran Thai, ada di Restoran Cina dan ada juga di Restoran Melayu. Merupakan sayur favourite dan mungkin juga sayur ini sesuai digoreng cara begini. 

              Saya masukkan sedikit udang hidup sebab saya suka meratah, tapi sayur ini sesuai juga dimasukkan udang kering atau ikan bilis sebagai perencahnya.







              Kangkong Goreng Belacan
              • 1 ikat kangkung
              • 6 ulas bawang merah
              • 2 ulas bawang putih
              • 10 biji cili api
              • 5 biji cili merah
              • Sedikit belacan
              • 100 g udang hidup
              • Sedikit air
              • Garam dan gula


              Cara-cara

              Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, dan belacan 


              Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

              Masukkan udang hidup dan biar seketika

              Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.


              Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
                Notes


                RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                Sunday, October 02, 2016

                PEANUT BUTTER BROWNIES


                Brownies ini adalah brownies biasa yang di masukkan peanut butter. Boleh gunakan apa-apa resipi brownies yang anda suka. Anda cuma perlu mencairkan peanut butter dan lorekkan atas brownies sebelum ia dibakar

                Pada yang sukakan peanut butter, resipi ini menepati selera anda




                Peanut Butter Brownies
                • 180 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
                • 180 gm unsalted butter
                • 100 gm gula perang
                • 175 gm gula kastor
                • 3 biji telur ~ gred A
                • 1 sudu kecil esen vanilla
                • 115 gm tepung naik sendiri
                • 30 gm serbuk koko
                • 1 cawan peanut butter
                • 1 sdb shortening


                1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan brownies yang 
                2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
                3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
                4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 
                5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
                6. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Kemudian gaul rata.
                7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
                8. Cairkan peanut butter dengan shortening cara double boiler dan lorekkan atas brownies yang siap tadi
                9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com

                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  You Might Also Like These

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...