Thursday, June 30, 2016

TAUGEH GORENG KICAP / STIR FRY BEAN SPROUT



Taugeh kicap ini paling sedap makan di Chicken Rice Shop, taugehnya dicelur dan kemudiannya dicurah kicap dan minyak bijan. Sayurnya jadi ranggup tapi versi saya ini saya tumis dan hendak meriah saya masukkan sedikit udang dan hiris carrot.


Taugeh Kicap

Bahan bahan:
  • 2 genggam Taugeh
  • 7 pokok kucai dihiris memanjang
  • 1/2 biji carrt dihiris memanjanga
  • 100 g isi udang kecil
  • 1 biji cili merah dihiris menyerong
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • Kicap
  • Garam
  • Serbuk perasa, jika suka


Cara cara:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang. Biar seketika

Masukkan, kicap dan sedikit garam. Kacau rata.

Masukkan pula cili merah. Akhir sekali, masukkan taugeh. 

Balik-balikan dan angkat, jangan lama

Notes



RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

AYAM SAMBAL DAUN KARI


Lebih kurang ayam masak Bali tapi resipi ini aromanya datang dari daun kari. Sambal dimasak kering dan manis sambal datang dari kicap manis. Jujur lauk ini can be addictive....dah makan susah nak stop.



Ayam Sambal Daun Kari

Bahan:-
  • 1  ekor ayam - potong sederhana besar groreng garam kunyit
  • 25 tangkai cili kering - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia  - kisar
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sdb kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menumis



Cara Memasak:-

  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. 

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Wednesday, June 29, 2016

    DURIAN PANNA COTTA


    Cubaan menggunakan durian dalam panna cotta Saya menggunakan basic panna cotta recipe dan divariasikan dengan memasukkan sedikit isi durian Untuk menyesuaikan rasa durian saya masukkan sedikit santan.

    Dessert ini cukup hebat bagi mereka yang menggemari durian,


    Panna Cotta Durian
    Ingredients:

    • 100 g isi durian
    • 300 ml double cream
    • 160 ml santan
    • 140 g gula caster 
    • 12 g  gelatine
    • 2 sdb gula icing
    • pewarna kuning lemn sedikit 

    Method


    1. Satukan isi durian, krim, santan, dan gula sehingga gula hancur 
    2. Ambil lebih kurang 100 ml adunan dan satukan dengan geatine dalam mangkok yang berasingan
    3. Kacau ehingga geatine larut dan masukkan semula kedalam periuk.
    4. Panas semula dan kacau sehingga semua larut.
    5. Tapis dan masukkan kedalam acuan kecil.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    CHICKEN TOM YAM / TOM YAM AYAM



    Sajian asal dari Thailand tapi cukup top di Malaysia, rata-rata kita boleh dapati tom yam, antara sedap dan tidak aje. Tom Yam kalau hendak sedap banyak bergantung kepada pesnya. Tapi kini kita tak perlu renyah, kita punya pilihan untuk memilih untuk buat sendiri pesnya atau guna pes yang sedia ada...ha...ha pilihan saya ialah gunakan yang sedia ada....jalan pintas....janji sedap

    Kali ini saya hanya menggunakan ayam, dan sayurannya pula saya masukkan carrot, baby corn, cendawan dan sedikit bunga kobis. Tom Yam yang sudah siap ditaburkan sedikit daun ketumbar segar...pergghhh.....



    Tom Yam Ayam
    • 4 cawan air biasa
    • Sebatang serai Dihiris halus2
    • 4-5 hiris lengkuas. 

    • 4 sudu minyak cili atau tom yam paste
    • 5 biji cili padi
    • Daun ketumbar - sekali dengan akarnya
    • 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
    • Sayur terpulang nak ape (saya guna carrot, baby corn, cendawan dan kobis bunga)
    • 6 sudu sos ikan
    • 3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak)
    • 1/2 biji lemon dan sebiji limau nipis

    Cara-cara

    Isi air biasa kedalam periuk. Masukkan sekali akar daun ketumbar. Biarkan air mendidih.

    Bila air dah mendidih dan bau ketumbar dh naik, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. Biarkan seketika.

    Bila dah agak 1 minit, masukkan daun ketumbar yg dihiris serta minyak cili dalam 3 sudu. Klau xde minyak cili, masukkan Tom yam paste je. Sos ikan masukkan juga. Biarkan mendidih.

    Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih.

    Bila dah biar dlm seminit, masukkan sayur . Biarkan dlm 1-2 minit. 

    Dalam bekas utk hidang, masukkan air jus lemon dan limau tadi, juga cili oil or Tom yam paste (seeloknya minyaknya shj- 1/2 sudu kecil). Daun ketumbar dan cili padi


    Bila Tom yam tadi dah menggelegak, tutup api. 
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      TALAM TOKYO PANDAN


      Talam Tokyo Pandan ini sesuai buat berbuka. Kue ini persis serimuka, yang bahagian pulutnya digantikan dengan sagu. Aroma pati pandan mengharumkan kuih ini. Bahagian bawah kue kurang manis tapi diimbangi dengan lemak manis bahagian atasnya.

      Kue ini juga dipebagaikan jika kita kreatif dan cukup sesuai dijadikan hidangan majlis.





      Talam Tokyo Pandan

      Bahan Untuk Lapisan Bawah:
      • 300gm sagu kecil warna putih
      • 60gm sohoon
      • 100gm kelapa parut putih
      • 100ml santan pekat
      • 300ml air
      • 1 sudu kecil garam


      2 sd tepung gandum (nk letak boleh xnk letak pun boleh (terpulang ) tujuannya nk keras sedikit sagu tu)

      Cara-cara:

      1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
      2. Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
      3. Satukan bahan-bahan diatas sohoon, sagu biji, kelapa parut, santan dan gara dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak.
      4. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.


      Bahan Untuk Lapisan Atas:
      • 4 biji telur
      • 300gm gula pasir
      • 400m santan pekat
      • 300ml air + 3 helai daun pandan
      • (blender dan tapiskan)
      • 120gm tepung kastard
      • Sedikit pewarna hijau
      • 1 sudu tea kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
      • 1/2 sudu kecil garam


      Cara-cara:
      1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
      2. Kacau sebati dan tapiskan.
      3. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
      4. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
      5. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

       Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


      SOTONG MASAK SAMBAL HITAM



      Kalau malas hendsk buang pundi dakwat sotong, makanya ini lah resipinya. Sotong dibersihkan tanpa membuang pundi dakwat. 

      Resipi ini sedap.....,pedas-pedas sambal dan manis hirisan bawang besar. Sesuai dijadikan lauk bersama nasi panas


      Sotong Masak Sambal Hitam

      • 1kg sotong ~ dibersihkan, jgn dibuang pundi dakwat
      • 5 ulas  bawang putih ~ kisar
      • 1 biji  bawang besar ~ kisar
      • 11 biji cili kering - kisar
      • 7 biji cili padi ~ kisar
      • 1"  halia ~ kisar
      • 1 sdb air asam jawa
      • minyak, garam & gula
      • 2 batang serai dititik
      • 2 sdb kicap pekat
      • 1 biji bawang besar dihiris bulata


      1. Panaskan minyak. Masukkan serai 
      2. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak & naik bau.
      3. Masukkan air asam jawa & kacau mesra.
      4. Masukkan sotong & kacau. Masuk gula & garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar Kacau sebati sehingga masak. 
      5. Hidangkan.


        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Tuesday, June 28, 2016

        RAMADAN BREAD BUTTER PUDDING / PUDDING ROTI RAMADAN


        Dessert ringkas ini selalu menjadi favourite masa Ramadan. Bukan sahaja sedap tapi mudah menyediakannya. When come to bread butter pudding saya gemar membuatnya bersos. Biasanya sos kastad menjadi pilihan Untuk bread puddingnya saya lebih gemar ianya simple. Taburan ising dah cukup memadai, tapi kalau yang suka meriah, bolehla ditabur dengan kekacang atau dried mixed fruits.



        Bread Butter Pudding

        BAHAN-BAHAN:
        • 6 keping roti sandwic | potong tiga segi
        • 500ml susu segar
        • 3 biji telur

        • 50gm gula
        • * susu segar. telur dan gula disatukan dan panaskan suam-suam

         
        BAHAN TABUR:
        • Gula perang secukupnya
        • Buah-buahan campuran secukupnya
        • Mentega secukupnya | dipotong kecil-kecil


        BAHAN SOS:
        • 250ml susu segar
        • 1 sudu teh vanila
        • 30gm gula kastor
        • 2 biji kuning telur


        CARA MEMASAK:
        1. Susun roti di dalam loyang secara bertindan.
        2. Selepas itu tuang susu atas roti hingga basah dan masukkan bahan tabur.
        3. Kemudian susunkan roti dan ulang lagi proses sama. Lakukan sebanyak empat lapis dan bakar hingga masak Sejuk dan ketepikan.
        4. Membuat sos, satukan kesemua bahan sos dan masak di atas api perlahan. Tapis.

        5. Tuangkan di atas puding roti tadi.
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          KASHMIRI LAMB ROGAN JOSH / KARI KAMBING KASHMIRI



          Kari Kambing ala Kashmiri ini menarik kerana ia tak perlu tumis, main rebus aje. Menarik tentang kari ini ialah penggunaan cili kashmiri yang cukup merah, Untuk kesesuaian dengan tekak kita saya masukkan sedikit kentang dan fresh tomato. Jika pandai memilih daging, menu ini sedap dicicah dengan apa-apa jenis roti sekali pun.



          Kashmiri Lamb Rogan Josh
          • 1 kg meat-cut into pieces
          • 5 cups water
          • 2 1/4 tsp salt
          • 1 Tbsp ground garlic
          • 1 cup pure ghee
          • 4 cloves
          • 8 green cardamoms
          • 5 tsp turmeric powder
          • 2 Tbsp onion paste-fried
          • 4 tsp Kashmiri red chilli powder-dissolved in a cup of water
          • 1/2 tsp saffron-ground and added to 2 tbsp warm water
          • 1 cup dry cockscomb (mawal) flowers-heated with a cup of water
          • 1/4 tsp black pepper powder


          Method

          Boil the meat in the water; remove the scum with a ladle until the water is clear.

          Add the salt and the garlic. Boil until the meat is half done.

          Remove from heat and take out the pieces of the meat. Wash them in a pan of cold water. Keep the meat aside. Then strain the water through a fine sieve and collect it in another pan.

          Return this pan to the heat and bring the water to a boil and add the meat. Meanwhile, heat the ghee in a pan; add the cloves, and saute until they crackle.

          Remove from heat and sprinkle a tbsp of water and cover.

          To the boiling water, add the green cardamoms, turmeric powder, clove-flavored ghee and the onion paste. Boil for another 10 minutes.

          Stir in the red chilli water. Reduce heat and cook covered until the meat is tender.

          Add the cockscomb flower extract, saffron water and black pepper powder.

          Notes
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




          UDANG LEMAK NENAS NYONYA



          Susah hendak dapat udang galah sekarang ini. Kalau ada pun kecil-kecil aje. Hari ini berbuka dengan Udang Lemak Nenas ala nyonya. Memang sesuai udang galah dimasak sebegini. Nenas menambahkan kemanisan pada kuah lemak ini, manakala daun limau purut menaikkan aroma lauk ini. 

          Kebetulan menantu belikan saya pekasam ikan gelama  perghh memang tersandar dibuatnya ...ha..ha kombinasi cukup mantop alhamdulillah



          Udang Lemak Nenas Nyonya
          • 1 Kilo udang galah dibersihkan
          • 1 biji nenas sarawak saiz sederhana, kupas kulit, belah dan hiris sederhana tebal
          • 2 batang serai, dititik
          • 3 helai daun limau purut
          • 1 keping asam gelugor
          • 2 cawan pati santan
          • 3 cawan santan cair
          • Garam dan gula secukup rasa


          BAHAN KISAR HALUS :-)
          • 7 biji bawang merah
          • 3 ulas bawang putih
          • 3 biji buah keras
          • 1/2 inci belacan
          • 3 keping hirisan lengkuas
          • 3 biji cili merah + 10 biji cili padi
          • 1/2 inci kunyit hidup


          CARA MEMBUATNYA 

          1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum dan pecah minyak. Tambah nenas dan udang gaul rata, masak hingga udang bertukar warna.
          2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk asam gelugor dan juga daun limau purut. Tambah pati santan, kacau dan biar mendidik perlahan, gunakan api kecil dan kacau sekali sekala.
          3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. 

          Notes



          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Monday, June 27, 2016

          LEPAT PISANG SEDAP


          Lepat pisang bersama kopi "O" panas perghh memang terangkat. Kue favourite saya dan cukup suka jika berintikan kelapa parut. Membuatnya mudah, macam menyediakan kue kodok cuma lepat biasanya dibalut dengan daun pisang dan dikukus Dalam situasi tiada daun pisang boleh juga dikukus tapi namanya harus diubah menjadi lengat pisang.

          Saya suka gandingan pisang berangan dan pisang emas, tapi cuma ada pisang berangan makanya itu sahaja yang saya guna Untuk lepat ini saya cuma letak 2 sdb gula merah untuk ceriakan warnanya, Gula tidak perlu banyak kerana pisang sudah cukup manis





          Lepat Pisang

          • 11 biji pisang berangan 
          • 1 cawan tepung beras
          • 2 sudu gula merah
          • 1 cawan kelapa parut putih + secubit garam
          • Daun pisang (layukan atas dapor seketika)


          Cara Menyediakannya

          1. Panaskan kukusan.
          2. Pisang dilecek hingga hancur.
          3. Kemudian gaulkan pisang bersama tepung dan gula
          4. Letakkan sesudu di atas daun pisang dan letak inti kelapa di tengahnya. 
          5. Lipatkan.
          6. Kukus selama 20 minit.

          7. Sejukkan dan hidangkan.
            Notes

            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            You Might Also Like These

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...