Pages

Thursday, June 16, 2016

BINGKA ROTI BERLAUK


Resipi Chef Hanieliza's ini sedap buat untuk berbuka. Mengenyangkan dan kalau ada yang hendak skip nasi bolehlah buat ini. Saya buat 1/2 adunan sahaja dan bahagian dagingnya saya olah sedikit, saya gantikan rempah kari dengan rempah briyani dan saya tidak meletakkan kentang, cuma daging dan hirisan bawang besar aje

Bingka roti ini cukup sesuai jika hendak menyelamatkan roti dari dibuang dan sedap dihidangkan bersama cili sos Thai.



Bingka Roti Berlauk

Bahan Bingka
  • 1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
  • 800 ml santan [1/2 biji kelapa]
  • 3 s/b tepung gandum
  • 3 s/b butter [cairkan]
  • 3 biji telur
  • garam


Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.

3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk
  • 400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
  • 2 labu bawang besar [potong dadu]
  • 1 biji kentang [ potong dadu kecil]
  • 1 batang carrot [potong dadu kecil]
  • 3 s/b rempah kari
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos cili
  • minyak
  • garam


Bahan Hiasan [hiriskan]
  • daun sup
  • daun bawang
  • cili merah
  • bawang goreng
 
Cara Meyediakannya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].



      Notes


      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...