Tuesday, November 24, 2015

MASHED POTATO /KENTANG PUTAR



Makanan kesukaan kanak-kanak, biasanya boleh didapati di KFC, tapi kali ini kita berlajar membuatnya. Bahannya mudah aje biasanya kentang, mentega dan susu tapi untuk menambahkan ummphh saya masukkan sedikit krim cheese dan krim putar...perghhh lemak dan mantop


Kentang Putar

  • 680 g kentang Yukon Gold buang kulit dan rebus dengan garam
  • 1/2 sdt garam
  • 4 sdb heavy cream
  • 2 sdb butter
  • 1 sdb susu
  • 2 sdb krim cheese
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Method

1 Cairkan mentega dan panaskan krim
2.Lecek kentang hingga halus
3. Masukkan mentega dan krim tadi, gaul rata
4, Masukkan susu, cheese, garam dan lada
5. Pukul sehingga sebati
6. Adjust rasa dan tektur kentang dan siap dihidang

    Notes




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Thursday, November 19, 2015

    CORIANDER BASIL ROAST CHICKEN


    Ayam panggang yang sedap dan mudah disediakan Resipi adik saya,...ayamnya juicy dan terasa bahan perapan walaupun diperap kurang sejam. Ayam ini disediakan bersama mashed potato dan coleslaw Cukup mengenyangkan rasanya kombinasi serbuk ketumbar dan basil memang menaikkan aroma ayam panggang ini. Sesuai dimakan bersama nasi mahupun roti.


    Corriander Basil Roast Chicken

    • 1 ekor ayam
    • 1 genggam daun selasih
    • 1 sdb serbuk ketumbar
    • 5 ulas bawang putih
    • 1 sdb sos ikan
    • 1 sdb minyak zaiton 
    • garam dan gula secukup rasa


    Cara Menyediakannya

    1. Bersihkan ayam dan keringkan
    2. Blend semua bahan dan lumur pada
      ayam
    3. Perap selama sejam dan bakar ehingga masak
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    TALAM PISANG


    Resipi talam yang mudah disediakan, lemak sedap dan sesuai buat minum petang atau sarapan pagi. Resipi adaptasi dari kekawan di kongsi resipi tidak banyak kerenahnya dan cukup sesuai jika pisang yang dibeli di rumah tu tidak diusik-usik, Boleh dibuat menggunakan loyang atau acuan kecil-kecil


    Talam Pisang

    Bahan lapisan bawah

    • 3 1/2 cawan santan
    • 1 1/4 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan gula
    • 1 cawan pisang dilecek
    • Garam secukupnya
    • Sedikit pewarna kuning


    Caranya:
    1. Semua bahan kecuali pisang lecek disatukan dan ditapis.
    2. Masak diatas api perlahan, Masukkan pisang lecek.
    3. Bila nampak naik wap atau sedikit pekat masukkan kedalam loyang.
    4. Kukus dalam 15 minit.

      
    Bahan lapisan atas

    • 3 cawan santan
    • 3/4 cawan tepung gandum
    • 1/4 cawan tepung jagung
    • 1/4 cawan gula
    • Garam secukupnya


    Cara-caranya:
    1. Semua bahan disatukan dan ditapis.
    2. Masak diatas api perlahan.
    3. Bila nampak wap naik masukkan keatas lapisan pisang tadi.
    4. Sebelum itu carik dengan garfu diatas lapisan pisang tadi.
    5. Tuang adunan keatas lapisan pisang dan tutup.
    6. Kukus lagi dalam 20 minit.


    Tunggu talam benar-benar sejuk barulah di potong dengan pisau plastik yang di oles sedikit minyak.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Kongsi resipi
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Wednesday, November 18, 2015

      SUS GORENG


      Sus Goreng adalah krim puff goreng. Biasanya kita bakar dan masukkan inti kastad, tapi metod ini adalah metod goreng. Cara mudah menyediakan jika kita malas memikirkan untuk membuat filling cream puff. Sus yang siap digoreng ditabur dengan gula ising dan sajian ini sesuai buat minum petang. Boleh juga disajikan bersama mentega, chocolate mahupun jem.


      Sus Goreng

      250 ml air
      50 gr margarin/mentega
      3 sdb gula
      100 gr tepung 
      2 butir telur ayam
      1/2 sdt baking powder
      50 gr keju parut

      Cara membuat :

      1. Didihkan air, margarin dan gula sampai mendidih dan margarin jadi larut. Kecilkan api, masukkan tepung, kacau menggunakan sendok kayu sampai rata dan kalis Pastikan tidak ada butiran tepung yang terlihat ya. Jadi harus dikacau sampai benar-benar rata dan agak mengkilat/bening. Adonan akan menggumpal. Matikan api, biarkan dingin.
      2. Masukkan telur satu persatu sambil diaduk sampai rata dan tidak bergumpal-gumpal. Mauk baking powder kacau rata.
      3. Panaskan minyak yang cukup banyak. Dengan menggunakan sudu bentuk adonan menjadi bulatan. Goreng dalam minyak menggunakan api sedang cenderung kecil. Jangan menggunakan api besar ya, karena adonan akan mentah di dalam. Goreng sampai kuning kecoklatan. Angkat dan tiriskan.  Tabur gula ising
        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        ADENI ARABIC TEA /TEA ARAB


        Adeni Tea atau teh Arab ini cukup terkenal di serata bumi Arab dan teh ini popular di rumah saya bila Ramadan atau bila ada perjumpaan keluarga. Seperti teh halia teh dimasak dengan bahan-bahan rempah seprti kayu manis, buah pelaga, cengkih dan serbuk pala. Teh khasiata membuang angin-angin badan

        Kalau di Malaysia teah dihidang dengan mug besar, teah adeni pula dihidang dengan caan-caan cmel dan didatangkan sekali dengan cerek tembaga khas. Mudah membuatnya dan bleh diadjust penggunaan bahan rempah dan gula mengikut kesukaan kita


        Adeni Tea


        3 cawan air
        2 uncang teh
        1/4 cawan susu cair
        1/4 cawan gula
        10 biji buah pelaga diketuk
        3-4 cengkih
        1/8  dt serbuk kayu manis
        1/8 sdt serbuk pala

        1. Masak air bersama bahan rempah sehingga mendidih
        2. Masukkan gula dan teh uncang
        3. Padamkan api biar teh kembang baru masukkan susu cair
        4. Adjust rasa

        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Tuesday, November 17, 2015

        MERINGUE CAKE


        Meringue cake atau pavlova adalah sama konsep dan resipinya dengan meringue cookies, cuma untuk meringue cake ini ia dibuat sebesar kek biasanya 7 atau 8 inchi dan kek di top dengan cream pastry dan whipped cream.  Buah-buahan terutamanya berries merupakan pilihan utama untuk hiasan kek. Kekacang juga boleh dijadikan pilihan yang baik jika ada yang berminat dengan kacang.






        Meringue Cake

        • 4 biji putih telur
        • 100 g gula ising
        • 240 g gula pasir
        • 1 sdb tepung jagung
        • 1 sdt cuka
        • pastry cream 
        • whipped cream
          Cara Menyediakannya


          1. Putih telur disatukan dengan gula pasir dan dibuat duble boiler sehingga gula hancur
          2. Alihkan ke mangkok mixer dan pukul sehingga soft peak, bertanduk
          3. Masukkam gula ising sedikit demi sedikit sambil dipukul
          4. Masukkan tepung jagung dan cuka sambil dikaup rata
          5. Panaskan oven ke 100 C
          6. Adunan dimasukkan ke dalam piping beg menggunakan nozel pilihan
          7. Pipe keatas dulang pembakar yang diletakkan parcement paper
          8. Bakar selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga meringue kelihatan kering
          9. Biarkan meringue sejuk di dalam oven ekurang-kurangnya 1 jam dan baru dikeluarkan
          10. Sapu pastry cream dan whipped cream dan susun buah2an
        Resipi Pastry Cream

          Notes



          LEMON PEPPERMINT MERINGUE COOKIES


          Entah kenape saya suka sekali kalau dapat order membuat meringue cookies Suka sangat tenguk ia selepas bake, comel sekali. Meringue cookies menggunakan resipi basic cuma kali ini saya warnakan kuning dan hijau mengikut tema yang dikehendaki customer. Untuk meringue kuning saya masukkan perisa lemon, manakala yang hijau saya masukkan perisa peppermint  Ada saya biarkan begitu aje dan ada yang saya takupkan dengan cokolat ganache Meringue ini sesuai dijadikan wedding favor atau door gift.





          Lemon Peppermint Meringue Cookies

          • 4 biji putih telur
          • 100 g gula ising
          • 240 g gula pasir
          • 1 sdb tepung jagung
          • 1 sdt cuka
          • chocolate ganache secukupnya
          • perwarna lemon dan perisa lemon
          • perwarna hijau dan peria peppermint
            Cara Menyediakannya


            1. Putih telur disatukan dengan gula pasir dan dibuat duble boiler sehingga gula hancur
            2. Alihkan ke mangkok mixer dan pukul sehingga soft peak, bertanduk
            3. Masukkam gula ising sedikit demi sedikit sambil dipukul
            4. Masukkan tepung jagung dan cuka sambil dikaup rata
            5. Panaskan oven ke 100 C
            6. Adunan dimasukkan ke dalam piping beg menggunakan nozel pilihan
            7. Pipe keatas dulang pembakar yang diletakkan parcement paper
            8. Bakar selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga meringue kelihatan kering
            9. Biarkan meringue sejuk di dalam oven ekurang-kurangnya 1 jam dan baru dikeluarkan
            10. Celup bahagian bawah dengan chocolate ganache

            Notes


            RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            APAM LABU


            Jumpa resipi ini dalam FB, nampak menarik jadi saya copy, simpan dan tunggu masa sesuai untuk mencuba. Dalam ghairah hendak copy resipi terlupa nak masukkan nama empunya..so harap maaf dan halalkan Memang sedap apam ini lembut dan gebu tetapi jika ingin mencuba jangan mengharapkan ini mereka, kerana ia bukan jenis merkah. Apa pun kuih ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang


            Apam Labu

            Bahan A:-

            • 3 sudu makan tepung gandum
            • 2 sudu teh yis segera
            • 1 sudu teh gula kastor 
            • 3 sudu makan air suam

            Bahan B:-

            • 240 gm labu (dikukus/rebus)
            • 150 gm gula kastor
            • 1 biji telor
            • 150 ml santan pekat


            Bahan C:- (ayak bersama)

            • 200 gm tepung gandum
            • 1 sudu teh Double Action Baking Powder


            Cara Membuat:-

            1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
            2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
            3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus.
            4. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
            5. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
            6. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.
            7. Biarkan adunan sehingga 1 jam 
            8. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*sy guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
            9. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.




            RECIPE SOURCE:  unknown
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Monday, November 16, 2015

            SARDINE ROLLS


            Kepada yang seangkatan dengan saya tentu masih ingat tentang pastry ini yang diajar dalam kelas home science....ha..ha teknik rub in, dimana mentega digaul dengan hujung jari sehingga menjadi breadcrumbs. Dah lama saya tidak membuatnya tiba2 terasa teringin makanya sampai juga hajat Saiz rolls bergzntung kepada cita rasa masing2, boleh kecil dan boleh besar begitu juga inti sardinnya beh pedas atau boleh sedang-sedang aje

            Sesuai buat minum petang atau hidang majlis ringan.


            Sardine Rolls

            Untuk Kulitnya
            • 240 g tepung diayak
            • 120 g mentega sejuk diptong dadu
            • 4 sdb air sejuk (dari peti sejuk)
            • 1 biji telur asingkan kuning dan putih


            1. Masukkan tepung dalam mangkok
            2. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk  roti
            3. Buat bulatan ditengah tepung dan masukkan air sejuk
            4. Gaul sehingga  menjadi doh
            5. Rehatkan doh selama 30 minit


            Sardine Rolls
            • 1 tin sardine, tos sosnya
            • 1 biji bawang besar dicincang halus
            • 2 biji cili hij2u dihiris nipis
            • 2 sdb cili pes
            • 1 sdb minyak masak
            • 1 sdt jus limau
            • garam secukup rasa

            1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
            2. Masukkan pes cili dan biar sehingga agak gareng
            3. Masukkan hirisan cili hijau dan sardin yang dihancurkan
            4. Masukkan garam dan air limau
            5. Biar kering sedikit dan angkat
            6. Sejukkan sebelum dijadikan inti
            7. Canai pastry lebih kurang 3mm tebal dan potong persegi 4x4in.
            8. Isikan inti sardin, sapu tepi pastry dgn putih telur kemudian gulung dgn kemas.
            9. Kelar atau cucuk dgn garpu, griskan dengan kuning telur.
            10. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit, keluarkan semula, sapu lagi dgn kuning telur supaya terang. Bakar lagi pada suhu 130C selama 15 minit atau hingga masak 


              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              CHOCOLATE DIP MERINGUE COOKIES


              Membuat meringue cookies ini sama seperti membuat pavlova, resipi yang sama dan method yang sama, cuma meringue ini dibuat comel-comel. Untuk resipi kali ini saya celupkan meringue dengan chocolate ganache dan meringue ini disediakan untuk majlis baby shower



              Chocolate Dip Meringue Cookies

              • 4 biji putih telur
              • 100 g gula ising
              • 240 g gula pasir
              • 1 sdb tepung jagung
              • 1 sdt cuka
              • chocolate ganache secukupnya
              Cara Menyediakannya


              1. Putih telur disatukan dengan gula pasir dan dibuat duble boiler sehingga gula hancur
              2. Alihkan ke mangkok mixer dan pukul sehingga soft peak, bertanduk
              3. Masukkam gula ising sedikit demi sedikit sambil dipukul
              4. Masukkan tepung jagung dan cuka sambil dikaup rata
              5. Panaskan oven ke 100 C
              6. Adunan dimasukkan ke dalam piping beg menggunakan nozel pilihan
              7. Pipe keatas dulang pembakar yang diletakkan parcement paper
              8. Bakar selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga meringue kelihatan kering
              9. Biarkan meringue sejuk di dalam oven ekurang-kurangnya 1 jam dan baru dikeluarkan
              10. Celup bahagian bawah dengan chocolate ganache
              Notes

              RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              Saturday, November 14, 2015

              SIMPLE MAC & CHEESE



              Entah kenape mood untuk update blog begitu liat sekali, banyak yang pending apa pun hari ini memaksa diri untuk bereskan yang tertunggak.

              Resipi ini adalah resipi paling mudah menyediakan pasta, jika tiba-tiba tekak tearasa teringin hendak makan pasta Untuk sedap pilihan cheese adalah penting tapi saya cuma menggunakan cheddar dan monzarella aje. Boleh juga ditaburkan fried bacon jika suka.


              Mac & Cheese

              • 3 sdb butter
              • 2 sdb tepung
              • 2 cawan heavy cream, panaskan
              • 1 cawan mozarella
              • 1 cawan Cheddar
              • 4 cawan makaroni rebus
              • 1 sdt garam
              • 1/2 sdt serbuk lada hitam

              Directions

              1. Cairkan mentega dan masukkan tepung
              2. Biar pekat dan masukkan krim
              3. Masukkan garam dan lada 
              4. Akhir sekali masukkan makaroni yang direbus dan gaul rata
              5. Siap dihidang

              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


              You Might Also Like These

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...