Pages

Friday, October 30, 2015

LOMAK PUTIH JANTUNG PISANG


Jantung pisang selain sedap dibuat kerabu, sedap juga dimasak lemak putih ini. Lada hitam dan ikan bilis digunakan sebagai perencah utama. Ada juga resipi yang memasukkan ikan hidup seperti ikan kembung atau ikan sardin.

Seperti lauk-lauk harian lain, masak lemak putih jantung pisang ini sedap digandingkan dengan samba belacan atau lauk-lauk yang bersambal.


Lomak Putih Jantung Piang

  • 1 biji jantung pisang
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • *1 sdb lada hitam tumbuk
  • 1 cawan antan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • garam dan perisa, gula secukup rasa


Cara-cara
  1. Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
  2. Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk,hirisan cili merah, lada hitam tumbuk, santan .Kacau supaya santan tidak pecah.
  3. Masukkan santan pekat
  4. Masukkan jantung pisang, garam dan perisa, gula secukup rasa.

Notes

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Thursday, October 29, 2015

JELLY ROLLS / BAHULU GULUNG


Jelly Rolls atau bahulu gulong adalah diantara baking yang mula-mula saya pelajari dalam klas homescience di sekolah. Lama betul tak makan jelly rolls ini dan tiba-tiba teringat dan teringin jadi saya buat satu adunan.

Saya menggunakan resipi Anna Olson, mudah dan ringkas membuatnya. Untuk resipi ini jem yang paling sesuai digunakan ialah raspberry atau strawberry.


Jelly Rolls

  • 4 biji telur asingkan putih dan kuning
  • 1/4 cawan gula ising
  • 2 sdb gula kasar
  • 3/4 cawan tepung
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 sdt garam
  • sedikit jem raspberry atau strawberry
Cara Menyediakannya

  1. Panakan oven pada 375 F
  2. Alas dulangpembakar 15 x 10 dengan kertas minyak dan sapukan sedikit mentega
  3. Pukul kuning taelur dengan gula ising sehingga naik dan gebu
  4. Dalam bekas lain pukul putih telur ehingga naik dan masukkan gula kasar pukul sehingga jadi soft peak
  5. Bahagikan taepung kepada 2, satu bahagian dimasukkan pada adunan kuning telur dengan dikaup.
  6. Bahagian kedua tepung dimasukkan ke dalam adunan putih telur dengan dikaup rata
  7. Satukan adunan kuning telur dan putih telur dan kaup rata
  8. Tuang adunan kedalam acuan ratakan dan bakar selama 20 minit
  9. Keluarkan, taburkan gula halus di atas kertas gulong 
  10. Potong reja tepi dan sapukan dengan jem
  11. Gulung kemas dsn biarkan seketika sebelum dipotong.
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    GULAI TULANG PISANG MUDA


    Selera Kampung yang kadang kala dijadikan lauk kenduri dan dimasak cara kawah. Lauk ini sungguh menyelerakan dan pastinya sedap bersama sambal belacan dan ulam ulaman. Selain dari pisang mudah bahan lain yang kerap digunakan ialah batang pisang.

    Untuk mendapat daging yang cukup empuk, elok lah daging direbus dahulu dan air rebusan digunakan semasa menumis. Ini menambahkan kemanisan pada kuah

    Gulai Tulang Pisang Muda

    • 1 kg tulang campur daging tetel (rebus hingga empuk dan simpan airnya
    • 1/2 sikat pisang muda buang kulit luar dan ketuk
    • 1 asam keping
    • 1 cawan santan pekat
    • 1 paket rempah kari baba's
    • 2 tangkai daun kari
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1 bawang besar dan dihiris halus
    • garam dan perasa secukupnya
    Bahan blend
    5 ula bawang putih
    9 biji bawang merah
    2" halia

    Blend semua bahan ehingga halus dan gaul bersama rempah kari

    Bahan Tumis
    1 kulit kayu manis
    5 buah pelaga
    3 bunga lawang

    Cara Menyediakannya
    1. Panakan minyak dan tumis bawang besar,masukkan bahan tumis dan daun kari dan biar sehingga bawang kekuningan
    2. Masukkan rempah  kari yang dibancuh dengan bahan blend sehingga pecah minyak
    3. Masukkan tulang daging bersama air daging
    4. Biar atas api sehingga daging benar-benar empuk, tambah air jika perlu
    5. Masukkan pisang,santan,garam dan asam keping..biar atas api dan masukkan pisang yang dipecah-pecahkan tadi.
    6. Biar atas api sehingga pisang empuk dan kuah naik minyak
    7. Padam dan angkat
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Wednesday, October 28, 2015

    AGAR-AGAR JUS DELIMA


    Kebetulan ada banyak jus segar buah delima yang saya beli di kedai Arab dekat rumah maka terpanggil untuk membuat agar-agar ini. Agar-agar ini simple seperti membuat agar-agar plain biasa cuma saya gantikan air dengan jus delima. Pastinya segar dan untuk menambahkan impak pada agar-agar ini saya masukkan sedikit longan, fresh cream dan buah-buahan segar.



    Agar-agar Jus Delima

    • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
    • 3 cawan air
    • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
    • 2 cawan jus delima

    Cara-cara:
    1. Masak 3 cawan air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
    2. Kecilkan api dan masukkan 2 cawan jus delima.
    3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.Tutup api.
    4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar  dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan hidang dengan krim dan buah-buahan segar.


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    BOLA......BOLA.....BOLA



    Bola....bola....begitula kalaula dah menjadi peminat fanatik bola. Kek pun hendak bola. Kek ini saya sediakan untuk Aiff Ajid yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 9. Peminat fanatik kelab bolasepak Selangor jadi saya terpaksa membuat cetakan edible logo kelab bolasepak selangor.

    Resipi kek rainbow saya gunakan untuk keknya tapi diwarnakan dengan warna logo selangor merah dan kuning. Overall am happy with the result and  the birthday boy too....alhamduillah


    MASAK LOMAK PUTIH LABU BAYAM


    Lauk harian yang cukup menyelerakan. Labu dan bayam merupakan satu kombinasi yang baik dan masak lemak sebegini menambahkan keenakan masakan. Masak lemak ini boleh juga dimasukkan kunyit hidup jika  inginkan masak lemak yang berwarna kuning, tetapi untuk kali ini saya lebih gemarkan ianya putih.

    Masak lemak labu ini sedap digandingkan dengan sebarang jenis masakan bersambal bersama dengan ikan goreng.


    Masak Lomak Putih Labu Bayam
    Ingredients
    1 biji labu manis saiz kecil 
    11 genggam bayam dipotong pendek
    2 biji cili merah dihiris nipis
    2 cawan santan cair
    2 cawan  pati santan
    Air jika perlu
    1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
    Garam dan gula secukup rasa
    1 biji bawang, hiris halus
    1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar

    CARA MEMBUATNYA 

    1. Labu dibelah, keluarkan bijinya, kupas kulit dan potong kiub pada saiz besar. Cuci, tos dan masukkan ke dalam periuk, bersama bawang besar hiris, hirian cili merah dan udang kering tumbuk. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga mendidih. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
    2. Bila labu 1/2 empuk, tambah bayam. Masak sekejap dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan lada hitam. Kacau perlahn dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan labu empuk, tapi tidak terlalu lembut.
      Notes

      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Tuesday, October 27, 2015

      JAM FILLED DONUT MUFFIN


      Masyallah sedap donut muffin ini. Mudah menyediakan even working mum balik kerja pun masih sempat menyediakannya..tidak perlu perap..boleh dibuat instant dan boleh juga dimakan instant. Paling sedap makan bila ia masih panas. Donut ini berinti jem dan didisalut dengan gula kayu manis.
      Perfect untuk minum petang.



      Jam Filled Donut Muffins

      • 200 g tepung
      • 150 g gula castor
      • 150 g mentega cair
      • 100 ml yogurt
      • 2 biji telur
      • 1 sdt baking poder
      • 1/4 sdt garam
      • 1/4 sdt esen vanilla
      • Jem untuk inti - apa2 jem (saya guna strawberry)
      • sedikit gula castor dan erbuk kayu manis untuk ditabur
      Cara menyediakannya

      1. Panaskan oven 180 C
      2. Satukan semua bahan kering
      3. Pukul telur dan masukkan ke dalam bahan kering
      4. Masukkan yaogurt dan kacau sehingga sebati
      5. Akhir sekali masukkan mentega cair dan esen vanilla
      6. Sapukan acuan muffin dan masukkan adunan separuh dan maukkan inti tutup baki adunan dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
      7. keluarkan dari oven dan salut dengan gula yang dicampurkan dengan serbuk kayu manis
        Notes

        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        WHITE WEDDING CAKE WITH LACY SUGARVEIL, ORGANZA RIBBON AND SOFT VIOLET PEONY


        Same concept but this time around with two tier, bottom layer with victoria sandwich and the top layer a classic chocolate cake. First layer I made in ivory color while the top layer pure white just fit the bride's wedding gown color.

        The bride requested soft purple flowers and ribbon...so I did exactly as her wish Alhamdulillah she loves the cake and I'm happy

        Monday, October 26, 2015

        CLASSIC CHOCOLATE CAKE


        Resipi chocolate cake yang selalu saya gunakan untuk wedding cake. Tekturnya cantik dan kuat untuk dihias dengan fondant. Keknya sedap dan sesuai untuk dihias dengan apa cara sekali pun. Mudah menyediakan dan bahannya boleh dikatakan sentiasa ada digerobok dapur, pendek kata jika tiba-tiba menginginkan sesuatu yang manis, kek ini pantas dibuat

        Untuk kali ini saya membiarkannya "naked" dan dihias bersama taburan ising sugar dan little cherry.

        Classic Chocolate Cake
        • 170 gram butter
        • 300 gram gula halus
        • 225 gram tepung
        • 60 gram serbuk koko
        • 1 sdt chocolate emulco
        • 1 sdt baking powder
        • 1/2 sdt  baking soda
        • 1/2 sdt garam
        • 170 gram air
        • 3 biji telur
        Cara Membuatnya

        1. Panaskan oven 180 ' c
        2. Satukan semua bahan kering dan letak sebelah
        3. Pukul gula dengan mentega sehingga putih dan gebu
        4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
        5. Masukan bahan kering, tiga kali masuk
        6. Masukkan chocolate emulco
        7. Pukul rata
        8. Akhir sekali masukkan air.
        9. Pukul rata dan sebati.
        10. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan masukkan ke dalam loyang 8"
        11. Bakar pada suhu 180 ' C selama 30 -  45 minit mengikut oven masing
        12. Sejukan dan lapiskan dengan chocolate ganache.
        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


        GULAI KUNING AYAM


        Masakan ini mengingatkan saya pada kunjugan ke Bukit Tinggi Indonesia. Dari itu lah saya mempelajari untuk memasak lauk ini. Persis masak lomak cili padi kita tapi menarik masak kuning Indonesia, bumbunya atau rempahnya adalah ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang menaikkan aroma masakan. Bahan lain adalah lebih kurang macam masak kita.

        Saya masukkan sedikit kentang kerana anak-anak gemar kentang. Untuk hiasan saya taburkan hirisan daun kunyit. Untuk resipi yang sama boleh juga dimasak dengan ikan atau pun daging.

        Gulai Kuning Ayam

        • 1 ekor ayam jantan, potong 4 bagian
        • 3 biji kentang belah 4
        • 2 sdb air limau nipis
        • 2 sdb minyak masak
        • 1 cawan santan pekat
        • 2 cawan santan cair
        • 2 lembar daun limau purut
        • 1 lembar daun kunyit muda, potong-potong
        • 1 buah asam keping
        • 2 cm kayu manis
        • 1 batang serai, titik
        • 1 cm lengkuas, titik
        • 2 butir cengkih
        • 2 butir pelaga
        • 1/4 butir biji pala, titik
        • 2 buah cabai hijau, iris kasar
        • 2 buah cabai merah, iris kasar

        Bumbu Yang Di Haluskan :


        • 6 butir bawang merah
        • 3 siung bawang putih
        • 2 buah cabai merah besar, buang bijinya
        • 9 biji cili padi
        • 1 cm halia
        • 2 cm kunyit
        • 1/2 sdt lada sulah
        • 2 sdt ketumbar
        • 1/4 sdt jintan manis
        • 1/4 sdt jintan putih
        • 2 sdt garam

        Cara Membuat Masakan Gulai Ayam Kuning :


        1. Perap ayam dengan air lim nipis. Diamkan sebentar.
        2. Tumis bumbu halus hingga wangi dan matang.
        3. Tambahkan bumbu lainnya, kacau hingga wangi.
        4. Masukkan ayam,dan kentang biar atas api ehingga ayam agak masak.
        5. Tuang santan, didihkan dengan api sedang hingga kuah pekat sedikit.
        6. Masukkan santan pekat dan cabai, masak kembali hingga berminyak dan ayam empuk.
        7. Angkat, tabur hirisan daun kunyit.
          Notes



          RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Sunday, October 25, 2015

          EASY HOMEMADE FONDANT


          I  tend to have problem with the store bought fondant, and found that it dried out quickly and would start to show cracks when molding shapes. Sometimes it could be so stressful until recently I found this recipe which is reliable, easy t prepare and most importantly not messy and you can keep your kitchen clean..ha..ha


          Easy Homemade Fondant

          • 1 tbsp gelatine
          • 5 tbsp water
          • 2 tbsp glucose
          • 3 tsp gleserin
          • 800 gram icing sugar

          1. Under double boiler dissolve gelatine and water till gelatine well dissolve.
          2. Add in glucose and gleserin still well till cmbine
          3. Pour mixture over icing sugar knead well - I used mixer
          4. Knead roughly 1/2 to 1 hour
          5. Cover with plastic wrap and store or use immediately

          Notes

          RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Saturday, October 24, 2015

          WHITE WEDDING CAKE WITH SUGARVEIL AND SOFT PINK PEONY


          I love making a single tier cake..ha..ha.less stress. 

          This is a wedding...yes a wedding cake so don't be surprise and this is what the bride wanted a simple wedding cake in the crowd of 100 guests, she is right when she said that wedding cake doesn't need to be multiple tiers..its the moment capture that worth considering. So I made this chocolate cake with white fondant sugarveil topped with soft pink peony for her cake cutting moment

          Sometimes simplicity is the best


          Friday, October 23, 2015

          MINI DONUT - MERAHNYA MAK NGAH


          Donut comel ini sesuai dijadikan hidang candy buffet atau dessert table. Donutnya lembut dan gebu. Sugar Glaze yang mudah disediakan dan donut comel ini boleh dihias dan diwarnakan mengikut warna tema yang  diinginkan

          Mini Donut
          • ⅔  susu segar
          • 2 ¼ tsp yeast
          • ⅓ cawan gula
          • 3 biji telur
          • 3 ½ cawan tepung
          • 1 sdt garam
          • ¼ sdt serbuk pala
          • ½ cawan mentega
          • minyak untuk menggoreng
          Cara Menyediakkannya
          1. Panaskan susu dan masukkan mentega dan garam
          2. Gaul sehingga mentega cair
          3. Dalam mangkuk lain satukan tepung, gula, serbuk pala dan yeast
          4. Masukkan telur yang telah dipecahkan
          5. Gaul rata.
          6. Masukkan adunan susu dan gaul rata
          7. Uli sehingga sebati
          8. Tutup dengan  kain bersih dan perapkan adunan sehingga naik dua kali ganda lebih kurang 2 jam
          9. Ambik adunan tumbuk-tumbuk dan uli
          10. Terap dengan acuan donut dan goreng.
          Sugar Glaze
          • 1/4 cawan air
          • 1/4 cawan corn sirap
          • 3 cawan gula ising
          • perwarna pilihan
          1. Panaskan air dan sirap dalam double boiler
          2. Masukkan ising gula dan gaul rata
          3. Celup donut dengan bancuhan ising sugar ini dan hias.
            Notes

            RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            You Might Also Like These

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...