Tuesday, June 30, 2015

KENTANG GORENG BUNCIS / STIR FRY BEANS AND PTAT


Sayur ringkas yang hanya menggunakan 3 bahan, kentang, buncis dan bawang putih. Walaupun ringkas menu ini sungguh menyelerakan. Tabur sedikit bijan yang telah disangrai menambahkan kelazatan sayuran ini.



Kentang Goreng Buncis


  • 3 biji kentang dibuang kuit dan dipotong memanjang
  • 1 cekak kacang buncis dipotong 2" panjang
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sdb minyak masak
  • garam dan lada sulah secukup rasa



Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya.
  2. Masukkan kentang dan biar atas api sehingga kentang agak empuk
  3. Masukkan garam dan lada sulah
  4. Akhir sekali masukkan kacang buncis
  5. Balik-balikkan dan angkat
  6. Tabur bijan - optional





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


PAIS IKAN KEMBUNG / GRILLED FISH IN BANANA LEAF


Tak tahu kenapa, menu ini akan muncul bila Ramadan tiba...ha..ha..mungkin kerana bila Ramadan kita lebih fokus memikirkan apa peru dimasak untuk menambat selera. Ikan Kembung merupakan pilihan ikaa yang cukup sesuai membuat pias ini. Paling sedap kalau dapat panggang pais ini atas api arang tetapi kalau tiada..kuali leper di rumah sudah memadai.

Pais ikan kembung ini cukup menyelerakan..boleh juga dibuat sedikit samba kicap untuk dicicah dan makan bersama nai panas.




Pais Ikan Kembung

 

  • 4 ekor ikan, saya guna ikan kembong
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai ambil isi putihnya
  • 1" lengkuas
  • 1" kunyit hidup
  • 5 biji buah keras
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Lidi secukupnya untuk menegetip balutan daun pisang


Cara Menyediakannya

  1. Blend kesemua bahan di atas kecuali garam, gula dan daun kunyit.Setelah lumat, gaulkan bahan-bahan tadi bersama bancuhan air asam jawa dan sebatikan dengan sedikit garam dan gula.
  2. Hamparkan daun pisang.Lumurkan ikan dengan bahan2 tadi.Taburkan juga hirisan daun kunyit keseluruh badan ikan.Kemudian balut ikan dengan daun pisang dengan kemas dan kepilkan dengan lidi.
  3. Panggang atas api dan alih2 kan sehingga ikan masak.







RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Wednesday, June 24, 2015

IFTAR TREAT - CUMIN GRILLED CHICKEN / AYAM PANGGANG JINTAN


Hari ke enam berpuasa dan di rumah penuh dengan tetamu. Anak sulung saya melahirkan cucu pertama saya,,jadi ramai tetamu, saudara mara dan besan datang berbuka. Saya siapkan menu ini Nasi Kabsah dan Ayam Panggang Jintan. Mudah dan taidak perlu memikirkan lauk-lauk lain, Ayam saya perap semalam supaya ia serap sebati.

Ayam Panggang ini sedap digandingkan dengan air asam dan salad.




Ayam Panggang Jintan 

  • 5 - 6 ketul peha ayam
  • 7 ulas bawang putih
  • 11 ulas bawang merah
  • 2" halia
  • 2 sdb serbuk jintan manis
  • 1cawan yogurt
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • garam dan perasa secukupnya
Cara Menyediakannya

Bawang putih, bawang merah dan halia diblend sehingga halus

Satukan semua bahan dan lumur pada ayam.

Perap semalaman dan  bakar sehingga masak







RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Tuesday, June 23, 2015

BAYAM CELUR SAMBAL TOMATO / SPIANCH WITH SAAMBAL


Menu berbuka yang ringkas dan sedap, bayam dicelur dan dicurahkan dengan sambal tomato. Boleh juga digantikan sambal tomato ini dengan sambal belacan biasa....kehebatanya memang sungguh menyelerakan.



Bayam Celur Sambal Tomato

  • 2 ikat bayam dicelur bersama sedikit garam, tos dan letak atas pinggan
  • 2 buah tomato ukuran sedang, potong-potong
  • 5 biji cili cabe merah besar, potong kasar
  • 3 biji cili padi
  • 4 biji  bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • 1 sdb belacan dibakara
  • minyak untuk menumis/menggoreng
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Membuat Sambal Tomat Goreng
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan belacan sampai harum
  2. Masukkan tomato, tumis hingga air tomaotnya habis dan semua bahan layu. Angkat
  3. Selanjutnya blend semua bahan
  4. Matikan dan siap curah atas bayam celur




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


IFTAR TREAT - INDONESIA CORN FRITTERS / BAKWAN JAGUNG


Bakwan Jagung adalah cucur jagung, jika diteliti hampir semua negara Asia Tenggara mempunyai resipi cucur jagungnya tersendiri. Resipi dari Indonesia ini meletakkan hirisan daun limau purut menjadikan aromanya lebih sedap. Kalau di Malaysia kita lebih gemar makan cucur ini dengan cili sos, tapi diSeberang..cili padi di cucuk bersama bakwan ini menyebabkan dia pedas bila dipepak.



Bakan Jagung

 Bahan dan Bumbu :
  • 4 buah jagung manis, dipipil
  • 2 buah telur ayam
  • 3 sdm tepung terigu
  • 1 sdm tepung beras
  • ½ sdt merica
  • ½ sdt garam
  • minyak goreng


Bumbu iris :
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 3 bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2 batang daun bawang
  • 2 helai daun limau hiris nipis


CARA MEMBUAT BAKWAN JAGUNG MANIS MENADO :
  1. Campurkan jagung manis yang sudah dipipil dengan telur, tepung, tepung beras dan semua bumbu lalu kacau rata.
  2. Panaskan minyak yang banyak, ambil adonan dengan bantuan sendok untuk membentuk lalu goreng hingga masak kekuningan di kedua sisinya. Angkat dan tiriskan lalu sajikan.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


AYAM MASAK BUMBU KUNING / INDONESIA YELLOW CURRY


Sekali lagi mencuba masakkan dari seberang sempena Ramadan ni. Ayam masak bumbu kuning ini persis masak lomak cili padi tetapi dimasukkan sedikit serbuk ketumbar dan buah keras. Aromanya pula ialah daun salam. Lauk ini ditumis dahulu dan bahan-bahan lain lebih kurang sama dengan masak lomak kita. Sedap sebagai lauk harian.




Ayam Masak Bumbu Kuning

  • 1 ekor ayam potong 10
  • 3 biji kent1ng potong 4
  • 3 helalai daun salam
  • 1 keping asam keping
  •  2 sdb minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 baatang serai dititik
  • 1' lengkuas dititik
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Blend/Tumbuk
  • 15 biji cili padi
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 5 biji buah keras
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
  2. Masukkan serai titik, lengkuas dan daun salam, biar sampai pecah minyak baru masukkan ayam dan ubi kentang.
  3. Masukkan santan cair dan tutup periuk dan biar sehingga ayam agak empuk
  4. Masukkan asam keping dan santan pekat
  5. Kecilkan api dan biarkan sehingga ayam dan ubi betul-betul masak.
  6. Padamkan api.
RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

IFTAR TREAT - CARAMEL BREAD BUTTER PUDDING


Dibulan puasa ni..manisan adalah wajib buat berbuka dan selalunya kita memilih resipi yang ringkas dan mudah. Bread butter pudding selalu menjadi pilihan bukan kerana ianya sedap tepi bajetnya juga bersesuaian. Untuk resipi kali ini saya mengguna reja-reja roti dari sandwich, sayang dan guilty jika membuang begitu sahaja jadi saya siapkan pudding roti ini. Menggunakan resipi yang mudah dan senang diingat.

Untuk menambahkan kelazatan pada pudding ini saya siapkan salted karamel...memang kombinasi yang sesuai.





Salted Caramel Bread Pudding

Untuk Bread Pudding

  • 4 cawan reja-reja roti
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 cawan susu suam
  • 3 biji telur
  • 1/2 sdt serbuk kayu manis
  • 1 sdt esen vanilla
  1. Satukan susu suam telur yang dikocok, gula, serbuk kayu manis dan esen vanilla
  2. Kacau rata dan curah pada roti
  3. Rendamkan supaya semua bahan meresap penuh
  4. Tuang dalam dulang pembakar
  5. Tabur mentega dan bakar pada suhu 180 c selama 30 minit
  6. Angkat dan sejukkan
Untuk Salted Caramel


  • 1/2 cawan krim
  • 1 sdt garam
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sdt besar corn syrup
  • 1/4 cawan air
  1. Satukan garam dan krim
  2. Dalam periuk cairkan gula pasir bersama air sehingga gula bertukar keperangan
  3. Masukkan krim dan cornsyrup sambil dikacau
  4. Akhir sekali masukkan mentega kacau supaya lincin



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


IFTAR TREAT - VIETNAMESE SPICY SHRIMP CRACKERS TOM GHIEN GION / UDANG BALUT POPPIAH


Sajian menarik dari Vietnnm - TOM GHIEN GION atau udang berbalut poppiah....Sajian sedap yang tidak memerukan resipi khas, udang bleh diperap dengan apa cara sekali pun kemudian dibaut dengan kuit poppiah.

Untuk menyediakannya cukup mudah sekali...paling penting cara membalutnya, saya ada menyediakan link yang menunjukkan step by step cara balutan popiah ni. Sajian ini sesuai dijadikan sajian minum petang atau pun appetizer.





Udang Balut Poppiah

  • Kulit Popiah
  • Udang sederhana besar
Bahan Perap
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdt lada sulah
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 sdt minyak bijan
  • sedikit jus limau
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakannya


  1. Udang dibersihkan dan buang kulit separuh
  2. Perap dengan bahan-bahan perap seketika
  3. Kemudian balut udang dengan kuit popiah - untuk cara balutan sila tekan ink bawah
  4. Panaskan minyak dan goreng cara deep fry sehingga kekuningan dan angkat


all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Sunday, June 21, 2015

IFTAR TREAT - MALAYSIAN FAVOURITE SWEET CORN PUDDING / PUDDING JAGUNG BERKUAH



Tak salah kalau saya katakan pudding jagung ini merupakan manisan favourite kita di bulan Ramadan ini. Boleh dikatakan pudding ini selalu menjelma di bulan Ramadan....bukan kerana ianya sedap dan menyejukkan tekak malah membuatnya juga cukup mudah dengan bahan yang mudah dapat. Pudding ini boleh dimakan begitu aje atau dipelbagaikan dengan meletakkan buah koktail dalam tin serta sos kastard.

Jika inginkan pudding yang boleh dipotong, bolehlah dikurangkan airnya. Resipi dibawah ini adalah versi lembut yang sesuai disediakan dalam mangkok pudding.





Pudding Jagung Berkuah

Bahan-bahan  
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

 Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Tambahkan satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
  4. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Untuk Kuah Kastad

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 sdb tepung custard


Satukan semua bahan dan kacau atas api sehingga pekat.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

FISH CURRY MAMAK STYLE / KARI IKAN ALA MAMAK


Kari ikan Mamak adalah kari yang dimasak tanpa santan. Biasanya kuahnya pekat dan rempahnya begitu kental. Kari Mamak ini lebih mantap jika kita mampu menyediakan rempahnya sendiri, tetapi sekarang ini rempah siap di pasaraya sudah cukup baik menghasilkan kari yang enak. Saya lebih gemar menggunakkan rempah kari Baba's kerana rasanya yang lebih spicy dan warnanya cukup menarik.

Untuk resipi kari kali ini saya masukkan puff tofu dan bendi..ini bagi memuaikan kari. Hidangkan bersama sedikit papadom dan sayuran goreng ala mamak maka terhasilah menu mamak dan nasi kandaq di rumah.



Kari Ikan Ala Mamak



  • 3 - 4 potong ikan tenggiri
  • 5 bendi dipotong 2
  • 5 puff tofu dipotong 2
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sdb minyak masak
  • 3 cawan air


Bahan Tumis

  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 biji bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sdt halba campur
  • 2 paket rempah kari Baba'

Cara Menyediakan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan rempah kari.  Masukkan 2 tangkai daun kari... Masak sehingga pecah minyak, masukkan air 
  2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai...masukkan garam.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan tofu dan bendi.
  4. Biar seketika sehingga naik minyak dan masukkan tomato
  5. Padamkan api dan angkat 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

INDIAN STYLE STIR FRIED LUFFA WITH EGGS/ PETOLA GORENG TELUR ALA INDIA


Sehari sebelum Ramadan saya ke Cyberjaya menemani anak untuk temuduga kerja. Jadual temuduga pukul 2 tengah hari tetapi kami tiba agak awal, jadi dari mutar-mutar tak tentu hala, kami singgah makan tengah hari di PELITA NASI KANDAR..., oleh kerana saya masih kenyang, saya cuma ambil nasi dan 2 jenis sayur, alo gobi dan petola goreng. Sedap pula cara gorengnya cukup berselera, dari hendak alas perut terus minta tambah sayur ni..memang kena dengan tekak dan selera saya.

Semalam kebetulan anak-anak minta menu nasi kandar....ha..ha..saya mencuri kesempatan untuk mencuba petola goreng ini...perghhh....masak ikut deria lidah tanpa resipi tapi alhamdulillah menjadi dan sedap.




 Petola Goreng Telur ala India



  • 2 biji petola dibuang kulit dan hiris menyerong
  • 2 biji telur ayam
  • 3 tangkai cili kering potong 3
  • 1 sdt biji sawi
  • 1/2 sdt jintan putih
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • sedikit garam dan asafoetida

Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi, jintan putih dan cili kering sehingga biji sawi meletup-letup.
  2. Pecahkan telur, masukkan serbuk kunyit, garam dan asafoetida,
  3. Akhir sekali masukkan petola, kacau rata, balik-balikkan dan angkat.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

NORTH INDIA EASY CHICKEN MUGHLAI / AYAM MASAK MUGHLAI


Resipi terkenal dizaman dinasti Mughul, India Utara dan juga sempadan Pakistan. Resipi seakan korma tapi cara penyediaannya agak berbeza sedikit, Ayam diperap bersama gajus atau badam kisar beberapa jam sebelum masak. Bahan-bahan rempahnya pula ialah ketumbar, garam masala dan serbuk cili. Yogurt digunakan sebagai ganti santan atau krim.

Menu ini sedap dimakan bersama nasi, capati ataupun roti Naan.


Chicken Mughlai

  • 1 ekor ayam dipotong 10
  • 3 biji kentang belah 4
  • 1 biji tomato di belah 4
  • 3 tangkai daun ketumbar dibelah 3
  • 100 g badam dicelur dan dimesin halus
  • 5 biji cili hijau dimesin halus
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 sdb kas2
  • 3 cawan air
  • 2 sdb jus limau

Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga laang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 3 daun bay
  • 1 biji bawang besar dimayang nipis

Bahan blend/rempah
  • 3 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdb garam masala
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2” halia

 Blend dan gaul semua bahan sehingga menjadi pes basah

Cara Menyediakannya

  1. Perap ayam dengan badan mesin dan cili hijau mesin, lebih kurang 1 jam
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, dan rempah tumis sehingga layu. Masukkan bahan blend sehingga naik minyak.
  3. Masukkan kas2, daun bay dan kacau sehingga naik baunya.
  4. Masukkan ayam, kentang dan air. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan yogurt, jus limau dan hirisan daun ketumbar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Masukkan belahan tomato , tutup api.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Saturday, June 20, 2015

IFTAR TREATS - IRAQI KUBBA / POTATO CROQUETTE


Sekali pandang macam bergedil, dua kali pandang macam coq badak..ha..ha..tetapi sebenarnya adalah "kubba" atau untuk memudahkanya lebih mirip pada kroket kentang. Kuih ini popular di Iraq.

Menggunakan kentang lecek dan berintikan daging. Banyak menggunakan daun pudina dan hirisan cili hijjau dalam inti dagingnya.

Biasanya dimakan bersama  salsa timun, sos yogurt atau tahini.



Iraqi Kubba


  • 2 cawan kentang lecek
  • 2 sdb tepung jagung
  • garam dan lada secukup rasa
Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yang tidak melekat

Untuk Intinya
  • 300 g daging kisar
  • 2 sdb rempah briyani
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1" halia ditumbuk halus
  • 1/2 cawan daun pudina
  • garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 sdb minyak masak
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan  helai daun bay leaf, masukkan rempah briyani, bawang putih, halia, garam dan serbuk lada hitam.
  3. Kacau sehingga naik baunya.
  4. Masukkan daging dan biar sehingga daging masak,
  5. Masukkan hirisan cili hijau dan hirisan daun pudina
  6. Biar sehingga kering angkat dan sejukkan
Untuk Menyiapkannya
  • 1 biji telur dikocok
  • serbuk roti secukupnya
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
  1. Ambil adunan kentang, bentuk bulat dan isikan inti daging tadi
  2. Kepal dan bulat-bulatkan
  3. Gaul pada telur yang dipukul tadi dan salut bersama erbuk roti
  4. Panaskan minyak dan goreng cara deep fry sehingga kekuningan dan masak
  5. Angkat dan toskan minyaknya.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...