Tuesday, March 31, 2015

STIR FRIED BOK CHOY WITH PUFF TOFU


Kadang-kadang selera kita menginginkan sesuatu yang kering dan tidak berkuah. Ha..ha..bila keinginan sebegini datang saya lebih gemar untuk makan nasi bersama ayur goreng aje. This is one of my favourite. Bok Choy digoreng kering bersama tofu kering. Menarik resipi ini tofu digoreng dahulu, ini menjadikan tofunya garing dan sedap. Kombinai bok choy, tofu dan bawang putih memang mantap dan tepat. Saji bersama nai panas..it completes your balance diet.


Stir Fried Bok Choy With Stuffed Tofu
  • 5-6 bok choy bersihkan potong kepalanya dan kerat dua
  • 10 keping tofu kering dibelah 4
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sdb minyak masak
  • 1/2 cawan air stok ayam
  • garam secukup rasa


Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak goreng tofu sehingga garing
  2. Masukkan bawang putih tumis sehingga naik baunya
  3. Masukkan air stok ayam dan garam secukup rasa
  4. Biar seketika dan masukkan bok choy
  5. Balik-balikkan dan angkat.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

HUNGARIAN CHICKEN GOULASH


Blog walking terjumpa resipi ini di kebanyakan blog barat jadi terpanggil hendak mencubanya. Goulash ini lebih mirip kepada stew. Menarik tentang Hungarian Goulash ini ialah banyaknya paprika yang digunakan menampakkannya agak kemerahan sedikit.

Saya suka rasanya dan menu ini sesuai dimakan bersama nasi atau roti.


Hungarian Goulash
  • 3 tablespoons  butter
  • 1½ pounds yellow onions, chopped
  • ¼ cup  paprika
  • 1 chicken, cut into ½ inch pieces
  • 5 cloves garlic, minced
  • 2 red bell peppers, seeded/membranes removed, cut into ½ inch chunks
  • 1 yellow bell pepper, seeded/membranes removed, cut into ½ inch chunks
  • 2 tomatoes, diced
  • 2 carrots, diced
  • 2 medium potatoes, cut into ½ inch chunks
  • 1 cup cooked pasta
  • 5 cups chicken broth
  • 1 bay leaf
  • 1 teaspoon salt
  • ½ teaspoon freshly ground black pepper
Instructions
Melt the butter in a oven over medium high heat and cook the onions until beginning to brown, about 7-10 minutes. Remove from heat and stir in the paprika. Add the chicken and garlic, return to the heat, and cook for about 10 minutes, or until the chicken is no longer pink.
Add the bell peppers and cook for another 7-8 minutes. Add the carrots, tomatoes, potatoes, chicken broth, cooked pasts, bay leaf, salt and pepper. Bring to a boil, cover, reduce the heat to medium, and simmer for 40 minutes (see note). Add salt to taste.
Serve with a dollop of sour cream, some crusty bread, and a cool cucumber salad.

Recipe Source :- DaringGourment

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Monday, March 30, 2015

CHOCOLATE MASCARPONE CAKE


Inspired by Wan Syafik - syapek kitchen saya telah membuat kek ini sebanyak dua kali satu untuk birthday anak ke empat saya dan baru-baru ini untuk birthday anak sulung saya. The first saya buat naked dan the second one saya buat chocolate frosting

Sedap kek walaupun renyah membuatnya. Chocolate kek dilapiskan dengan hazelnut sponge manakala fillingnya adalah mascarpone mousse..memang lemak dan lembut..







ROTI KIRAI KARI AYAM


Roti Kirai atau roti jala boleh dikatakan menu favourite bagi apa jenis majlis. Sedap dihidang bersama kari. Bahan yang mudah tapi mungkin menjadi masalah jika tidak pandai mengirainya, tapi apa pun jika kerap membuatnya pasti akan menjadi cantik. Paling penting ialah adunan tepungnya harus lincin dan tidak terlalu pekat.



Roti Kirai

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam. 


Recipe Source :- Kongsiresipi

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

GENDANG KASTURI/ KUIH KACANG HIJAU


Sajian petang minggu semalam, Gendang Kasturi..ha,..ha.. kenape gendang? kenape kasturi?..masayallah jangan tanya saya,  puas memikir jawapannya tapi masih belum ketemu. Nama ini popular di sebelah selatan tanah air, di utara kuih ini dipanggil kuih kacang aje bersesuaian dengan bahannya kacang hijau.

Saya kalau merangcang membuat kuih ini biasanya keesokkan harinya menunya mesti bubur kacang..ha...ha nak save..anyway kuih ini memang sedap, lemak kelapa dan gula merah. Sesuai buat sarapan dan minum petang.


Gendang Kasturi

Bahan utk Inti:
  • 1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
  • Air secukupnya untuk merebus
Bahan utk Tepung Salutan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.

6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.



Recipe Source :- Kongsiresipi

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Sunday, March 29, 2015

CLASSIC CHICKEN POT PIE


Cara menarik menggunakan "leftover"...ha..ha..kebetulan buat sup makaroni dan ada bahan lebih jadi saya cuma perlu mencari patry puff yang sedia ada..Saya siapkan intinya dengan resipi klaik yang cukup mudah. Bahagikan supnya kepada beberapa cawan, tutup dengan pastry dan bakar..perghh memang sedap.

Untuk inti kalau suka yang pedas boleh aje menggunakan method inti karipap. Untuk chicken pot pie ini saya lebih gemar cara asalnya mudah dan cukup menyelerakan.


Classic Chicken Pot Pie

Untuk Intinya

  • 5 sdb butter
  • 1  bawang besar kuning potong dadu
  • 2 batangg carrots, didadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 cawan tepung
  • 4 cawan stok ayam
  • 1 cawan kacang peas frozen 
  • garam dan lada secukupnya
  • 3 cawan isi ayam yang direbus dan dicarik-carikkan
  • 1/3 cawan daun pasli dicincang
  • 1 cawan pasta yang direbus (saya guna makaroni)
  • 1 paket pastry jenama kawan

DIRECTIONS

  1. Preheat oven to 375 degrees. 
  2. Panaskan butter, tumis bawang besar sehingga layu.Kemudian masukkan carrot dan masak sehingga empuk. Masukkan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan  tepung dan gaul rata,
  3. Perlahan-lahan masukkan air stok ayam. Kacau sehingga supnya sebati dan lincin, jangan sampai bergentel. Perlahankan api dan renehkan sehingga agak pekat. Masukkan garam dan lada. Akhir sekali masukkan kacang peas dan ayam.
  4. Padamkan api dan angkat. Tuangkan ke dalam acauan dan tutup dengan pastry
  5. Sapu pastry dengan telur dan bakar sehingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dihidangkan


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Friday, March 27, 2015

FERERRO ROCHER CUPCAKES


Sedap ni..kalau budak-budak pasti dikoreknya Ferrero Rocher ni...ha..ha...simple chocolate cupcake recipe,...cuma dimasukkan ferrero rocher sebagai fillingnya. Pastinya ranggup, Merupakan kombinasi yang mantap antara chocolate cake dan ferrero rocher. Presentable dan sesuai sebagi gift atau hiasan untuk candy buffet table.


Chocolate Cupcakes

  • 1½ cups Dark Cocoa Powder 
  • 3 cups all purpose flour
  • 3 cups granulated sugar
  • 1 Tbsp baking soda
  • 1½ tsp baking powder
  • 1 tsp salt
  • 3 eggs
  • 1½ cups buttermilk
  • 1½ cups warm water
  • ¾ cup vegetable oil
  • 2 tsp vanilla extract
  • 2 dozen Ferrero Rocher Chocolate
Instructions

  1. Preheat oven to 350
  2. Line muffin pan with cupcake liners
  3. In your stand mixer sift flour, cocoa powder, baking soda and baking powder together. Add in the sugar and salt.
  4. With your mixer on low speed add eggs, one at a time and then the vanilla, water, vegetable oil and buttermilk.
  5. Mix on medium for 2 minutes until combined.
  6. Pour 1/2 of mixture in the muffin pan add one ferrero rocher and spoon another half of the mixture
  7. Bake for 20 minutes until set.

Chocolate Fudge Frosting

Ingredients

  • 1 cup butter, room temperature
  • ⅔ cup boiling water
  • 1 cup  Dark cocoa powder
  • 8 cups powdered sugar
  • 1 tsp vanilla
Instructions

  1. In a mixer combine all ingredients and over low speed for 30 seconds.
  2. Increase speed to medium and beat for 1 minute until smooth.
  3. Let frosting cool for 15-20 minutes before you frost cake or cupcakes. 



Recipe Source :- Martha Stewart

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

POPIAH NESTUM


Mula diperkenal oleh kawan, saya merasa agak pelik dan sedikit pun tidak terasa teruja hendak mencub, tapi bila anak saya kata sedap dan pernah makan di sekolah, saya memberanikan diri untuk mencuba. Masyallah memang sedap..jadi lemak campuran nestum, holick dan gula ising..cukup mengasyikkan dan sekali cuba susah hendak berhenti mengunyah.

Kudapan ini sesuai disediakan pada musim perayaan..dan paling penting untuk menjaga keranggupanya supaya berkekalan popiah yang telah digorengkan ditoskan dahulu baru digaul dengan nestum dan penting juga disimpan dalam "air tight container.

Popiah Nestum
  • 1 pack besar popia
  • 1/2 cawan horlicks 
  • 1/2 cawan gula halus - kisar
  • 1 cawan nestum - kisar halus
  • Minyak utk menggoreng
  • Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.

Cara membuatnya
1. Gulung popia gunakan chopstick
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.
3. Buat hingga habis satu peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.




Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

KARI TELUR REMPAH BABA'S


Kari Telur simple tapi cukup menyelerakan. Kebetulan jalan-jalan di wall kawan terpandang kari taelur ini, katanya sedap makan dengan pulut kuku...perghhh  tiba-tiba tekak terasa teringin jadi saya masak buat makan tengah. 

Saya masukkan sedikit kentang dan semestinya menggunakan rempah kari daging Baba's. Saya memang cukup selesa dengan rempah kari Baba's selain edap warnanya juga menarik.

Kari telur ini selain dari nasi dan pulut...dicicah bersama roti juga hebata.


Kari Telur
  • 5 - 6 biji telur, direbus dan dikopek kulit
  • 2 biji kentang buang kulit dan belah 4
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 biji cili merah dibelah 2
  • 1 biji cili hijau dibelah 2
  • 2' halia dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntu bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 paket rempah kari baba's dibancuh bersama air menjadi pes basah
  • garam dan gula ecukup rasa
  • 3 sdb minyak masak

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang dan halia
  2. Masukkan daun karim kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  3. Biar atas api sehingga bawang agak garing baru dimasukkan rempah kari.
  4. Biar seketika sehingga pecah minyak, masukkan air dan kentang
  5. Masak sehingga kentang agak empuk baru dimasukan santan air asam jawa dan telur.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. Renehkan atas api kecil sehingga naik minyak baru dimasukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
  8. Padamkan api dan hidang.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

WORLD BEST BUTTERCREAM


This is really a keeper.Saya lebih senang menggunakan resipi ini untuk semua usaha yang memerlukan buttercream. Resipi adaptasi dari WoodlandBakery inimemang nyata sesuai dengan tajuknya World Best Buttercream.




Swiss Style Meringue Buttercream

Ingredients
  • 6 biji putih telur 180 g 
  • 1 1/2 cawan gula pasir 300 g 
  • 2 cawan gula ising 240g
  • 3/4 cawan  Shortening 170 g 
  • 2 cawan Unsalted Butter 454 g 
  • Vanilla Extract Or Vanilla Paste 1 Tablespoon

Instructions
  • Menggunakan double boiler, satukan putih teelur dan gula kacau sehingga gula hancur atau adunan sampai a115 degrees F 
  • Alihkan adunan kepada mangkok mixer dan pukul sehingga berkilat dan pekat
  • Masukkan gula ising dan pukul lagi sehingga kental
  • Perlahan masukkan mentega dan shortening. Pastikan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik
  • Pukul sehingga sebati dan siap digunakan





@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Tuesday, March 24, 2015

PRINCE WILLIAM CHOCOLATE CAKE / KEK BATIK


Kek Batik nama diberi oleh orang Malaysia tapi di Europe kek ini dinamakan sempena nama Prince William kerana kek biskut ini adalah kegemaran Price William dan kek ini merupakan hajatnya sempena majlis perkahwinannya...

Wow siap Chef Khas menyediakanya. Obviously di Europe cara membuatnya agak berbeza sedikit dengan di Malaysia, di sana bahan utamanya ialah chocolate yang dicairkan. Di sini kita membuatnya persis membuat kastad..milo, susu pekat dan telur dan kacau atas api kecil sehingga menjadi kastad

Untuk entry saya yang ini, saya gabungkan kedua-dua method, saya gunakan kastad untuk keknya dan chocolate cair saya guna sebagai "coating" jadi kek nampak cantik sedikit. Untuk mendapat kek sebesar 9" saya gandakan adunannya. Adunan asal agak kecil dan memadai untuk loaf pan.

Kek ini ternyata sedap, harum bau milo, ranggup biskutnya dan chocolatey dari gabungan milo dan susu pekat. Nyata merupkan satu pencuci mulut yang hebat.


Kek Batik

  • 1 paket biskut marie
  • 200 g Milo
  • 1 tin susu pekat
  • 150 g butter
  • 4 biji telur


  1. Pukul  Telur, kocok-kocokkan.
  2. Satukan milo, telur, susu cair
  3. Masak atas api kecil sehingga pekat seperti kastad
  4. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
  5. Guna loyang loaf pan alas dengan parchment paper.
  6. Tuang adunan kastad lebih kurang 1 cawan dan susun biskut tuang lagi 1 cawan kastad dan susun biskut.
  7. Ulangi proses sehingga habis.
  8. Masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan sebaiknya semalaman jika tidak 4 jam memadai.
  9. Keluarkan dan potong.


Recipe Source :-  Kongsiresipi.

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...