Pages

Thursday, May 07, 2015

CLASSIC APPLE PIE


Heavenly delicious...memang favourite saya, paling suka makan dengan ais krim, Satu yang menarik apabila kita membuat pie ini sendiri ialah keharumannya semasa di oven..perghhh satu taman boleh bau. Kombinasi epal dan serbuk kayu manis memang mengangkatkan pie ini.

Berbagai cara boleh digunakan untuk menyiapkan pie ini, boleh juga dibuat cara individual kecil, boleh dibuat fold over, galette dan untuk yang ini pun kita boleh buat penutupnya secara tutup habis atau pun dengan cara anyaman seperti di gambar atas.

Untuk pastrynya saya gantikan air sejuk biasa dengan krim masam...hmmm..memang hebat resipi ini dan obviously is a keeper for other pie crust resipi.

Sesuai untuk panic, small event mahu pun HITEA.  Best to use apple yang tidak masam..apple hijau ini terlalu masam buat saya.


5.0 from 1 reviews

PrintClassic Apple Pie

  • 2 sdb tepung gandum
  • 8 Biji epal dipotong wedge
  • 1/2 cawan gula
  • 1  sdt serbuk kayu manis
  • ½ sdt serbuk pala
  • 1 sdb jus lemon
  • 1  sdt parutan lemon
  • Secubit garam
  • 2 sdb  unsalted butter
  • 2 tablespoons heavy cream
Satukan semua bahan kecuali mentega dan ketepikan
Mentega dimasukkan apabila epal dicurahkan pada pastry nanti

 Untuk Pastrynya
  • 2 cawan tepung
  • 1 sdt garam
  • 2 sdt gula
  • 225 g unsalted butter
  • 1/2 cawan sour cream 
  • 1 biji telur untuk sapuan


  1. Satukan tepung garam dan gula
  2. Mentega dipotong dadu dan digaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti
  3. Masukkan krim masam dan gaul sehingga menjadi doh
  4. Balut doh dengan plastic dan rehatkan doh selama 30 minit di dalam fridge (boleh juga direhatkan semalaman)
  5. Keluarkan doh dan biar pada suhu bilik selama 10 minit
  6. Sapu mentega pada dulang pembakar (saya guna mangkok caserrole aje)
  7. Canai doh dan bahagi dua atu untuk basenya dan atu lagi untuk penutup pie masukkan dalam dulang pembakar
  8. Masukkan epal tadi dan taburkan mentega pada epal
  9. Tutup doh dengan baki pastry dan sapu telur
  10. Bakar pada suhu 325 F selama 60 minit angkat dan sejukkan baru dipotong untuk dihidang
  11. Hidang bersama ice cream atau krim putar


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

3 comments:

Unknown said...

hmmmm lezatnya.... bikin perut keroncongan liatnya..




















Obat Tumor Herbal

adda syuhada said...

Assalam. Sedapnya...feveret ni..

Salam singgah

Unknown said...

excuse me, for share my blog Obat ginjal bengkak herbal fatty Obat gagal ginjal akut tradisional manjur amazing...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...