Monday, December 29, 2014

MY TRIPLE DIPPLE


Honestly I am not in the mood of writing recipe...too many bad things that happened  to our country lately, our problems never seem to end.  Each new crisis just seems to overlap with all of the other problems that are still going on. Its really stressing me out.

But somehow life has to go on and I am sharing here today a simple menu that requires no recipe...all you need is to assemble everything in.  Combo of three favourite appetizers
breadcrumbs chicken, shrimps, and sausage serves with chili sauce and french fries.




Saturday, December 27, 2014

CHICKEN CHIMICHANGAS


Chicken Chimichanga...ha..ha apa kebenda ke ni? dengar namanya pun dah pelik. Sebenarnya ini merupakan snak yang diperbuat daripada roti totilla, dilipat macam popia dan digoreng juga macam popia. Cukup ranggup dan sedap. 

Cara terbaik untuk menggunakan bahan "leftover" dari makanan semalam. Saya menggunakan lebihan ayam panggang  semalam, saya layukan bawang besar yang dihiris halus dan masukkan isi ayam panggang yang saya carik-carikkan. Mudah dan sedap.


Chicken Chimichangas
Prep time
Cook time
Total time


Ingredients
  • Roti totilla
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Untuk Intinya

  • 3 cawan isi ayam panggang yang dicarik-carik
  • 2 labu bawang besar kuning dihiris nipis
  • 2 sdb mentega
  • garam secukup rasa
  1. Panaskan mentega dan tumi bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan ayam, garam dan lada hitam
  3. Gaul rata dan sejukkan dulu sebelum dimasukkan pada roti totilla
  4. Lipat roti seperti membuat popiah dan goreng sehingga kekuningan

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Friday, December 26, 2014

GRILLED BLACK PEPPER CHICKEN


Oven Chicken Grilled ini paling mudah menyediakanya. Bahan untuk memerap ayam juga ringks, cukup dengan bawang putih, lada hitam dan minyak zaiton. Ayam diperap beberapa jam sebelum digrill, air lelehan ayam pula digunakaan untuk membuat sosnya.

Sedap dihidang bersama nasi, pasta atau salad

Grilled Black Pepper Chicken
Prep time
Cook time
Total time



This dish hits all the right exotic notes and favourite among Malaysian.

Recipe type: Chicken/Grilled
Cuisine: Western
Serves: 2-4
Ingredients
  • 4 - 5 ketul peha ayam
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 3 sdb minyak zaiton
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • garam secukup rasa

  1. Bersihkan ayam dan keringkan
  2. Satukan minyak zaiton, bawang putih, garam dan black pepper dalam mangkok. Sebatikan
  3. Lumur  pada ayam
  4. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam
  5. Panaskan oven pada 200 C
  6. Sapukan minyak pada dulang pembakar dan bakar ayam selama 45 minit
  7. Jangan lupa balik-balikkan untuk memastikan ayam dibakar sekata
  8. Angkat ayam dan lelehan ayam didulang disimpan untuk dibuat kuahnya

Bahan Untuk sos

  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sdb lada hitam
  • 1 sdb worcestershire sauce
  • 1 sdb kicap cair
  • 3 cawan stok ayam


  1. Masukkan tepung pada dripping (lelehan ayam bakar)
  2. Kacau dan masukkan stok ayam
  3. Alihkan kedalam periuk dan masak atas api kecil
  4. Kacau sehingga lincin dan masukkan worcestershire sos dan kicap cair
  5. Kalau pekat boleh tambahkan stok ayam atau air

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


Thursday, December 25, 2014

LEBANESE FOUL MADEMMES / KACANG POL



Makanan Timur Tengah yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia. Saya membuat beberapa olahan pada resipi ini untuk menyesuaikan selera saya, cukup sedap bila saya gantikan cumin dengan rempah biryani. Resipi ini tidak menggunakan daging kisar tetapi kalau yang suka daging kisar boleh dimasukkan, begitu juga kalau yang sukakan pedas boleh dimasukkan serbuk cili.

Sajian ini sedap dimakan bersama roti, telur rebus dan perahan limau atau lemon.




Lebanese Foul Mademmes/Kacang Pol
Prep time
Cook time
Total time


This dish hits all the right exotic notes and favourite among the Middle Eastern

Recipe type: Bean
Cuisine: Lebanon 
Serves: 2-4
Ingredients
  • 2 tin kacang pol (1 tin diblend dan 1 tin lagi dibiar begitu aje)
  • 2 biji bawang besar didadu
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 1 sdb tomato puri
  • 2 sdb minyak sapi
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 sdb jus lemon
  • garam secukup rasaa

Bahan Untuk diblend

  • 3 ulas bawang putih
  • 2" halia
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sdb rempah biryani

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah
Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan bahan blend dan tumis sehingga agak garing
  3. Masukkan tomato, puri dan kacang pol yang diblend
  4. Masukkan jus lemon, garam dan hirisan daun ketumar
  5. Renehkan dan akhir sekali masukkan kacang pol yang tidak diblend
  6. Biar mesra dan angkat

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


NICOISE SALAD


Asalnya dari Perancis salad ini merangumi bahan utamanya tuna yang dipanggang dikelilingi bahan salad seperti, tomato, buncis yang dicelur, telur rebus, kentang rebus, timun, carrot, capsicum. Dressing yang digunakan ialah campuran jus lemon, minyak zaiton dan herbal, thyme, oregano dan basil.

Sajian sihat yang cukup sesuai jika dihidang bersama ayam atau daging panggang



Nicoise Salad
Prep time
Cook time
Total time

This is a mixed salad consisting of various vegetables topped with tuna and anchovies
Recipe type: Salad
Cuisine: French
Serves: 2-4
Ingredients
  • Tuna - dipanggang
  • Timun - dihiris bulat
  • Tomato - dihriis bulat
  • Telur Rebus
  • Buncis - dicelur
  • Carrot - dihiris
  • Kentang direbus dihiri
  • Cili Benggla dihiris
  • Daun salad

Bahan Untuk Dressing

  • 1/2 cawan jus lemon
  • 3/4 cawan minyak zaiton
  • 1 sdb thyme dicincang
  • 1 sdb oregano dicincang
  • 1 sdb fresh basil dicincang
  • 1 sdt djon mustard

Satukan semua bahan


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


VINEGAR RED SNAPPER / IKAN MERAH MASAK CUKA



Satu perkataan yang boleh saya ungkapkan dengan lauk ini ialah " addictive' ha..ha..memang tidak boleh stop kalau dah makan..hendak-hendak kalau nasi panas dan dimasak lembik sedikit.

Resipi mudah dan ringkas ini boleh dimasak dengan apa jenis ikan sekalipun. Ikan perlu digoreng terlebih dahulu.

5.0 from 4 reviews
Ikan Merah Masak Cuka
Ingredients
  • 3 - 4 keping ikan (saya guna ikan merah digoreng garam kunyit)
  • 5 ulas bawang putih dibelah dua
  • 7 ulas bawang merah dibelah dua
  • 5 biji cili padi
  • 1/2 baiji timun dihiris memanjang
  • 1 sdt biji sawi
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sdb gula
  • 3 sdb cuka masak

Bahan Blend

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2" kunyit hidup
1 " halia

Blend semua bahan sehingga halus

Cara menyediakanya
  1. Panaskan minyak dan tumis bshsn tumis sehingga naik baunya.
  2. Masukksn biji sawi
  3. Masukkan cuka dan air, biarkan mendidih
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi
  5. Biar mesra seketika, masukkan garam dan gula, adjust rasa
  6. Akhir  sekali masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan timun
  7. Biar seketika dan  padamkan api

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You



Wednesday, December 24, 2014

SARDINE SANDWICH /SANDWICH SARDIN


Roti sandwich ini memang favourite kebanyakkan orang Malaysian..biasanya kalau sebut sandwich aje inilah pilihan utama. Paling penting menyediakanya ialah memastikan ia tidak hanyir, jadi untuk itu saya lebih suka memasakkan sardine itu dulu..pedas dan sedap. Perahan limau membantu mengurangkan hanyir sardine.

Sandwich Sardine
Prep time
Cook time
Total time

This 

Recipe type: Sandwich, Breakfast
Cuisine: World/International
Serves: 2-4
Ingredients
  • 1 buku roti whole meal
  • Timun
  • Salad
  • Tomato
Bahan sardine

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 tin sardine
  • 2 sdb minysk masak
  • 2 sdb pes cili
  • 1 biji limau nipis
  • 2 biji cili merah dihiris nipis


  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar tumis sehingg layu
  2. Masukkan cili pes dan hirisan cili merah
  3. Masukkan garam dan sardine serta 3 sdb sos sardine
  4. Pecah-pecah sardine dan perah asam limau.
  5. Masak hingga agak kering sedikit dan jangan terlalu kering
  6. Angkat dan sejukkan
Instructions

  1. Jika suka butter, sapu dulu atas roti
  2. Alasksn dengan salad diikuti dengan sardine
  3. Letakkan timun dan tomato dan lapiskan dengan sekeping roti lagi
  4. Potong ikut suke

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You




Tuesday, December 23, 2014

CHICKEN IN OYSTER SAUCE / AYAM SOS TIRAM


Easy Chinese recipe, mudah menyediakanya. Ayam diperap bersama bahan sos kemudian dimasak sehingga ayam empuk dan lembut. Resipi yang sama juga boleh diguna untuk membuat claypot chicken rice. Untuk memeriahkan lagi resipi ini boleh juga dimasukkan cendawan.

Enak dimakan bersama nasi panas.


5.0 from 4 reviews
Chicken in Oyster Sauce / Ayam Sos Tiram
Ingredients
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
  • 50 g kacang peas atau daun bawang
  • 2 sdb  minyak masak

Untuk sosnya
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap pekat
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdt minyak bijan
  • 1 cawan stok ayam
  • sedikit lada hitam
  • 1 sdb tepung jagung

Satukan semua bahan sos dan gaul pada ayam. Perap sekurang-kurangnya  jam

Cara Menyediakanya

  1. Panaskan minyak dan masukkan ayam perap tadi
  2. Kacau sehingga ayam agak masak
  3. Boleh tambah air jika suka berkuah
  4. Akhir sekali masukkan kacang peas
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


Sunday, December 21, 2014

SHURABAH YEMANI SAVOURY OATS/ BUBUR BERLAUK YEMEN


Bubur Yemen ini terkenal sebagai juadah berbuka di waktu ramadan..tetapi tidak semestinya ramadan baru boleh merasakannya...bahannya menyihatkan dan rasanya juga sedap....so sesuai dijadikan sajian sarapan pagi.


Bubur Berlauk Yemeni
Prep time
Cook time
Total time

This dish is a popular Yemani dish especially during Ramadan. Its tasty and savoury

Recipe type: Soup
Cuisine: Yemeni /Middle Eastern
Serves: 2-4
Ingredients
  • 2 cawan oats
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 150 g isi ayam dicincang
  • 50 g badam
  • sedikit awang goreng
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1 biji bawang bear dihiris nipis
  • 2 sdb badam yang sia dibuang kulit

Bahan Untuk diblend/ tumuk

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2" halia
  • 2 sdb rempah briyani

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah
Instructions

  1. Rebus isi ayam dengan air sehingga ayam empuk
  2. Masukkan oats, dan bahan yang diblend
  3. Biar di atas, api sehingga mesra dan masukkan, susu, garam secukup rasa
  4. Angkat dan letak didalam mangkok
  5. Panakan minyak sapi dan tumis bawang besar, masukkan badam dan goreng keduanya sehingg kekuningan,
  6. Angkat dan curahkan keatas bubur tadi



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


Saturday, December 20, 2014

ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN TENGGIRI / MACKEREL IN HOT SOUR TAMARIND SOUP


Jujur saya cakap seminggu kalau tiada asam pedas memang nyata "life is incomplete"..ha..ha..macam mana sekali pun menu ini memang tidak pernah miss dan tidak pernah jemu, baik ikan, ayam mahupun daging tetel. Kalau kena gayanya mahu dihirup macam sup.

Resipi kali ini saya masukkan sedikit lada hitam untuk menamahkan umpphhnya, endi menjadi favourite dan yang pasti daun kesom tetapi jika yang berminat dengan sayur jeruk bolehlah dimasukkan sekali..amin alhamdullilah






5.0 from 1 reviews
Asam Pedas Ikan Tenggiri / Mackerel in Hot Sour Soup
Prep time
Cook time
Total time

This dish hits all the right exotic notes and favourite among Malaysian.

Recipe type: Curry/Lauk Pauk/Seafood
Cuisine: Malaysian
Serves: 2-4
Ingredients
  • 3-4 ketul ikan - saya guna ikan tenggiri
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 5 -6 biji bendi
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 senduk minyak masak
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan Untuk diblend

  • 25 tangkai cili kering direndam terleih dahulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" belacan
  • 2" kunyit hidup
  • 1 sdb lada hitam

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah
Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
  2. Masukkan 1 cawan air
  3. Renehkan seketika, masukkan ikan dan daun kesom
  4. Biar seketika dan masukkan air asam jawa, garam, gula dan seruk perisa
  5. Tamah air jika perlu berkuah lagi
  6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
  7. Biar sehingga naik minyak , padamkan api
Notes
Boleh letak sawi jeruk atau bunga kantan jika suka, terung pun menarik jika hendak digantikan dengan bendi
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...