Monday, September 29, 2014

STUFF OMELETTE FOR BREAKFAST / DADAR SUMBAT BUAT SARAPAN


Kadang-kadang tekak ni hendak ubah selera juga..hari-hari nasi lemak, mee bihun bosan jugakan..Sekalai sekali nak juga merasa breakfast Om Putih..biasanya menu-menu begini kita lebih selesa bersarqapan dihotel dari membuat sendiri..tetapi sebenarnya tidak susah menyediakan omelette sebegini. Saya setiap kali menginap dihotel dan jika hotel ada menyediakan breakfast saya pasti tidak ketinggalan...bukan apa cuma hendak mencari idea dan melihat cara pengurusan hotel menyediakan breakfast. Omelette ini adalah hasil pemerhatian saya tapi omelette saya tidaklah secantik dan sehebat hotel..ialah buatnya pun boleh kira berapa kali dalam setahun. Omelette yang cantik memerlukan kemahairan juga.

Apa pun alhamdulillah sekadar buat makan anak beranak ok lah gini. Untuk intinya boleh guna apa aje..semua bergantung kepada selera masing-masing. Cheesy omelette ternyata sedap...lebih-lebih lagi jika kita menikmatinya ketika masih panas lagi.




Cheesy Stuff Breakfast Omelette


  • 2 biji telur
  • 2 sdb susu segar
  • 1 sausage dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji buah tomato dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu kecil
  • 1/2 cawan campuran cheddar dan mozarella parut
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 sdb minyak masak


  1. Pukul telur dan masukkan susu, garam dan lada sulah
  2. Panaskan minyak dan curah adunan telur
  3. Biar seketika agak2 permukaan hampir kering
  4. Masukkan sausage, tomato bawang dan akhir sekali cheese
  5. Tutup sebelah telur atau pun digulungkan
  6. Taburkan cheese lagi diatas dan siap dihidangkan


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Sunday, September 28, 2014

OYSTER SAUCE MIXED VEGETABLES/ SAYUR CAMPUR SOS TIRAM


Salah satu dari sayur kegemaran saya. Saya suka masaknya cara Cina yang fresh dan ranggup. Tidak banyak menggunakan bahan, cuma brokoli, bunga kobis jagung muda dan carrot. Saya masak cara berasingan, sayur diclur terlebih dahulu, kemudian saya sediakan sosnya dan curah atas sayur. Obviously sedap dan ranggup.



Mixed Vegetables Chinese Style




  • 1 pokok brokoli di potong ikut bunga
  • 1 ketul kecil bunga kobis dipotong ikut bunga
  • 1 batang carrot di hiris bulat
  • 100 g jagung muda
  •  150 g udang hidup dibuang kulit
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 2 sdb air
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 2 sdb minyak masak
  • beberapa titik minyak bijan
  • lada sulah garam dan perasa secukupnya
Cara menyediakannya
Celurkan semua sayuran tos dan susun atas pinggan ( jangan terlalu lama celur)
Panaskan minyak dan tumis udang sehingga berubah warnanya
Masukkan bawang putih dan biar seketika
Masukkan sos tiram dan 1 cawan air..
Biar agak mendidih masukkan perasalada sulah atau kube pati ayam
Biar seketika dan masukkan bancuhan tepung jagung
Titik minyak bijan dan bila kuah agak pekat sedikit angkat dan curah atas sayur yang dicelur tadi


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

 

POTATO FRITTERS/CUCUR KENTANG


Menjadi kegilaan sekarang..ha..ha..fenomena "potato fritta"..hari-hari tenguk tayangan perdana di FB..so hari ini nekad mencuba..masyallah memang sedap...lebih sedap bila ada sambal tumis semalam..saya cincah dengan sambal tumis...perghhhh..mudah dan sedap menyediakannya.

Untuk menambahkan keenakkan cucur ini saya masukkan sedikit hirisan cili hijau, tetapi kalau yang sukakan pedas bolehlah masukkan sedikit hirisan cili padi.



Potato Fritter/ Cucur Kentang



  • 3 biji kentang dibuang kulit dan diparut halus
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • 3 biji cili hijau dihiris nipis
  • 3 sdb tepung jagung
  • 3 sdb tepung gandum
  • sedikit garam dan lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak secukup untuk menggoreng deep fry




Satukan kentang parut, daun bawang, bawang besar hiris, dan cili hijau hiris


Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan telur, gaul rata


Jemput-jemputkan dengan sudu dan goreng deep fry sehingga kekuningan


all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


FAZZY CHOCOLATE CAKE


Fazzy Chocolate Cake...ha..ha..Why Fazzy?..ha..ha she is my sister she baked this. It's a trend these days "naked cake" without covering. This is a simple chocolate cake with chocolate ganache, cream frosting and drizzle of butter scotch and chunk of chocolate candy.  Just love it.

I don't insert any recipe here..you can use any chocolate cake recipe..just giving and idea to serve chocolate cake if you are running away from coating....ha..ha




GORENG PISANAG SAMBAL KICAP



Bagi yang belum pernah merasanya mungkin menganggap ini pelik....ha..ha..macam tu lah reaksi saya pertama kali diperkenalkan dengan goreng pisang kuah kicap. Pelik..tetapi benar malah memang favourite dikalangan orang-orang Johor. Kebetulan saya buat goreng Pisang Cheese jadi saya larikan sedikit untuk dimakan dengan sambal kicap. Paling sedap jika dapat pisanag tanduk..tapi di sini susah memperolehinya cuma jika ke Chow Kitt...ini way just giving some idea cara-cara menyediakan juadah goreng pisang.

Sambal kicap yang digunakanya adalah samabal kicap biasa kita buat untuk soto. Sedap..ha..ha.

CHEESY BANANA FRITTERS/ GORENG PISANG CHEESE - SO YUMMMY



Pisang Goreng Cheese..merupakan satu pengelamaan baru buat saya. Mula dengar memang terasa pelik tetapi bila dah cuba pasti hendak lagi. Jalan-jalan menziarah anak saya di UKM singgah makan dan ternampak sebuah gerai kecil menjual goreng pisang cheese Jakarta, ramai yang beratur membeli pastinya sedap..so kalau tidak mencuba memang rugi rasanya. Saya minta pek original, satu box harganya RM7..pergghh..memang sedap.

Mengintai penjual itu membuatnya dan dengan deria rasaa saya saya balik mencubanya..nyta berbaloi dan cukup sesuai buat minum petang. Saya tidak mempunyai sukatan untuk resipi ini tetapi yang ingin mencuba boleh ikut apa yang hendak sayaa huraikan sebab ia tidak memerlukan resipi kerana terlalu simple.

Goreng Pisang ini katanya asal dari Jakarta dan cuku[ [o[ular di Sabah dan Sarawak. Boleh guna apa pisang sekali pun tapi saya lebih gemar menggunakan pisang Abu atau pisang Awak sebab saya suka yang manis.

Bahan yang sayaa gunakan ialah

Pisang Goreng - Saya guna tepung goreng pisang ranggup
Mentega cair
Gula Merah
Parutan Cheese

Pisang yang sudah siap digoreng disapukan dengan mentega cair, kemudian ditaburkan dengan gula merah dan parutan cheese.....perghhh..panas-panas dengan teh tarik memang dunia ini ana yang punya. Selamat Mencuba.





Wednesday, September 24, 2014

MY MACADAMIA CHOCOLATE CHIP COOKIES


Banyak-banyak chocolate chips cookies..yang inilah yang paling saya suka...mahu taknya..macadamia yang lemak membuat kita meminta lagi dan lagi. Macadamia ini memang mahal sedikit kalau buat berniaga kena cari client yang faham tentang kemahalan kekacang ini. Kalau tidak silap saya kalau beli di Famous Amos 100 g yang tak sampai 15 biji boleh lah dalam RM10...perghh..kadang-kadang terkulat-kulat kita dibuatnya.

Apa pun jika anda peminat macadamia dan peminat Famous Amos...cuba resipi pasti tidak mengecewakan anda





Macadamia Chocolate Chips Cookies


  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kasar
  • 1 cawan gula merah pasir (brown sugar)
  • 1 biji telur
  • 1 3/4 cawan tepung
  • 1 sdt soda
  • 1 sdt vanila
  • 1/4 sdt garam halus
  • 1 cawan Macadmia cincang dibakar dulu
  • 1 1/2 cawan chocolate chips


Cara Menyediakannya

  1. Pukul gula (merah dan putih) dengan mentega sehingga sekata lebih kurang 5 minit
  2. Masukkan telur diikuti esen vanila
  3. Masukkan tepung yang telah disatukan dengan soda
  4. Biar sebati dan masukkan chocolate chips dan macadamia
  5. Sudukan adunan dalam loyang pembakar
  6. Bakar pada 170 selama 15 minit atau sehingga kekuningan.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


CRUNCHY ALMOND CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Resipi chocolate chips cookies yang diolahkan sedikit supaya ianya lebih nipis dan ranggup. Resipi asas yang biasa saya gunakan tapi untuk kali ini saya masukkan badam panggang..so double ranggup jadinya. Another keeper recipe.




Crunchy Almond Cookies


  • 3/4 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kasar
  • 1 cawan gula merah pasir (brown sugar)
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung
  • 1/2 sdt soda
  • 1 sdt vanila
  • 1/4 sdt garam halus
  • 1/2 cawan badam cincang dibakar dulu
  • 1 cawan chocolate chips


Cara Menyediakannya

  1. Pukul gula (merah dan putih) dengan mentega sehingga sekata lebih kurang 5 minit
  2. Masukkan telur diikuti esen vanila
  3. Masukkan tepung yang telah disatukan dengan soda
  4. Biar sebati dan masukkan chocolate chips dan badam
  5. Sudukan adunan dalam loyang pembakar
  6. Bakar pada 170 selama 15 minit atau sehingga kekuningan.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



Tuesday, September 23, 2014

KERABU IKAN BILIS ALA THAI



Hebat kerabu ini jika kita pandai memilih ikan bilis yang ranggup. Resipi yang mudah disediakan..sedap dan menyelerakan. Sesuai makan dengan bubur nasi atau pun lauk pauk lain. Boleh juga dihiris tomato , kacang panjang, serai mahu pun bunga kantan. saya menyediakan cara yang paling mudah memandangkan anak-anak tidak berapa suka dengan sayuran.


Kerabu Ikan Bilis



  • 1 genggam ikan bilis digoreng garing
  • 7 biji cili padi dihiris nipis
  • 1 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis


Gaulkan semua bahan.

Untuk sosnya

  • 2 biji limau nipis diperah airnya
  • 1 sdb gula
  • sedikit garam
  • 1 sdb sos ikan

Campur rata.

Cara Menyediakannya

Satukan sos dan bahan kerabu dan balance kan rasanya


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


SUP TULANG MUDAH


Banyak cara menyediakan sup tulang ni..mamak style, thai style, malay style and the west style...i love the simple style..yang tidak muak dan sedap bila dihirup. Selalunya thai style yang rasanya agak-agak masam sedikit..dan jika tidak itu saya suka the malay style yang saya sediakan sambal kicap..perghhh...memang enak. Resipi ini ialah resipi Malay style..cukup mudah menyediakanya.



Sup Tulang



  • 1 kilo tulang daging dicampur dengan isi dan tetel sedikit rebus dalam pressure cooker sehingga empuk
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 2 ikat daun bawang dan daun sup dihiris nipis
  • 1 paket sup punjut bersama kayu manis, bunga lawang dab buah pelaga (semua dalam satu paket)
  • garam dan perasa secukupnya

Untuk rempah sup

  • 2 sdb rempah sup atau rempah kurma
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1" halia..


Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakanya


  1. Masukkan bahan blend kedalam air rebusan daging
  2. Tambah air jika perlu
  3. Masukkan sup punjut dan 4 sekawan tadi
  4. Masukkan garam dan perasa.
  5. Biar mesra dan sekata.
  6. Akhir sekali masukkan tomato
  7. Hidang bersama daun bawang daun sup dan bawang goreng
  8. Untuk menambahkan kelazatan pada sup buat sambal kicap.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN


all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Monday, September 22, 2014

CHEER UP YOUR MONDAY BLUES WITH - BIHUN GORENG KICAP


Bihun ringkas buat sarapan pagi. Jika mempunyai anak-anak yang memulakan persekolahan mereka resipi ini cukup sesuai. Boleh guna ayam, daging, fish ball mahupun udang basah. Sedap dihidangkan bersama cili jeruk hijau.

Bihun Goreng Kicap


  • 1 paket bihun rendam dulu
  • 150 g isi ayam
  • 200 g isi udang hidup
  • 2-3 ikat sawi hijau ( saya guna salad..kebetulan tak ada sawi)
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sdb lada sulah
  • 2 sdb kicap pekat
  • 5 sdb kicap cair
  • 1 cawan air
  • garam dan perasa secukupnya
  • 5 sdb minyak masak


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak, goreng ayam dan udang sehingga agak masak
  2. Masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi
  3. Biar seketika, masukkan lada sulah, air, kedua-dua kicap tadi, garam dan perasa secukupnya.
  4. Kalau menggunakan sawi masukkan masa ini..
  5. Biar seketika dan masukkan bihun
  6. Kacau rata semoga kicap dan bihun sebati dan sekata
  7. Kalau menggunakan salad masukkan ketika ini supaya salad tidak terlalu lecur
  8. Angkat dan siap dihidang
  9. Bihun ini sedap dihidangkan bersama cili jeruk Hijau.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


ASAM PEDAS SAWI ASIN - PERGHHHHH



Macam mana yang saya cakap dengan kekawan di FB..hidup ini menjadi resah kalau tidak kena asam pedas...ha..ha..dalam seminggu..menunya wajib ada asam pedas. Tidak kira apa, ayam, daging atau pun ikan dan tidak kira macam mana cara penyediaannya...yang mesti mesti ada.

Semalam asam pedas ini saya masukkan sawi asin..ini memang favourite sejak kecik lagi. Biasanya arwah umi masak ikan terubung atau ikan parang ..perghhh memang mantap dengan gabungan sawi asin. Sudah lama saya mencari sawi asin ini..ialah kita sekarang ke pasar kering..sawi ini selalunya dijual di pasar basah bersama taugeh dan tahu. Alhamdulillah hajat tertunai bila terjumpa sawi asin ini yang dalam paket di pasaraya...terus memenuhi hajat yang lama tidak kesampaian - alhamdulillah.

Asam Pedas Sawi Asin



  • 3 - 4 keping ikan tenggiri (ikan apa pun boleh disersihkan)
  • 1 pokok sawi asin dipotong 2
  • 2 tangkai daun kesom
  • 2 senduk minyak masak
  • 2 cawan air
  • 1 cawann air asam jawa
  • garam, gula serbuk perasa secukupnya


Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah


Kedua-duanya dihiris nipis


Bahan Blend
  • 1 genggam cili kering direndam dulu
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2' kunyit hidup
  • 1" belacan
  • 1 sdb lada hitam


blend semua bahan sehingga menjadi pes basah.

Cara Menyediakannya



  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tunis sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan blend dan biar atas api sehingga agak garing
  3. Masukkan air dan kemudian masukkan Ikan dan daun kesum
  4. Biar mendidih dan ikan agak masak
  5. Masukkan air asam jawa, garam, gula perasa dan sawi asin
  6. Biar atas dapur sehingga naik minyak dan siap dihidang.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Sunday, September 21, 2014

BANGKIT CHEESE YANG TAK BANGKIT TETAPI MENGEMBANG



Rupa tiada tapi rasanya ada..ha..ha..entah kenapa dan bagaimana bangkit cheese ini tidak naik tapi mengembang...Resipi adaptasi dari - http://yatiememories.blogspot.com/2014/07/biskut-bangkit-cheese.html...perghhh memang sedap....and keeper.

Saya senang jika juri di rumah kata sedap dan jika ada repeat order maka saya masukkanya dalam kategori keeper...memang keeper dan memang sedap giler.




Bangkit Cheese



  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan 

Cara - cara menyediakanya

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan2 kering.
4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.



all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Saturday, September 20, 2014

STEAM CHICKEN RICE - THE HAINANESE STYLE


Hari ini saya sediakan Nasi Ayam Kukus Hainan Style untuk anak-anak yang akan pulang ke Universiti dan Asrama. Cuti semester dan cuti sekolah sudah selesai..so layan kehendak mereka. Resipi ini adalah resipi saya setelah menikmati berbagai Nasi Ayam di luar dan diolah mengikut citarasa saya. Paling saya suka jenis kukus ini kerana ia lebih sihat dan mudah menyediakan.

Banyak step yang perlu dilalui dari nasi, sos, ayam dan cili, semuanya saya perincikan dalam resipi ini. Untuk mendapatkan nasi ayam hainan yang asli..elak menggunakan rempah ratus kerana rasa dan aromanya akan lari. Cuba resipi ini insyallah hasilnya hampir dengan The Chicken Rice Shop..insyallah






Nasi Ayam Kukus

Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam biar seekor
  • 2" halia dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5-7 akar daun bawang eberish pangkal akar
  • 1 basin ais batu
  • Air rebusan secukupnya


Cara Menyediakanya

  1. Masak air dalam periuk secukupnya sehingga boleh menutupi ayam
  2. Masukkan semua bahan dan rebus ayam sehingga empuk
  3. Angkat dan rendamkan ayam ke dalam air batu seketika
  4. Angkat dan keringkan ayam biasanya digantung
Untuk Nasinya

  • 4 cawan beras dibersihkan dan ditoskan
  • 4 cawan air rebusan ayam tadi
  • 2" halia ditumbuk bersama bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 3-4 akar daun bawang
  • 2-3 sdb margerine/minyak
  • 1/2 kube pati ayam

Cara Menyediakannya



  1. Panaskan margerine dan tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Biar seketika dan masukkan beras
  4. Gaul rata dan masukkan air rebusan ayam, kube pati ayam dan akar daun bawang
  5. Masak sehingga nasi kering

Untuk Supnya

Baki air rebusan ayam dimasukkan 1/2 pati kube ayam dan garam secukup rasa

Untuk Sos Kicap

  1. 1 cawan sos tiram
  2. 1/2 cawan air stok ayam
  3. 3-4 titik minyak bijan
  4. 1/2 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1 sdb air
  5. sedikit lemak ayam


Cara menyediakannya
  1. lemak ayam dicairkan atas api
  2. Masukkan sos tiram, kicap cair dan air stok ayam
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan titik sedikit minyak bijan biar pekat sedikit dan angkat


Untuk Cili Sambal
  • 11 cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 hirisan halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 2-3 limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakannya

  1. Blend semua bahan kecuali limau kasturi sehingga halus
  2. Perah air limau kasturi dan masukkan garam dan gula secukup rasa


Cara menghidang Nasi Ayam

  1. Ayam yang dikeringkan tadi dihiris mengikut saiz kesukaan masing-masing
  2. Curahkan sos kicap atas ayam.
  3. Hiris Timun dan kalau suka tomato dan daun salad
  4. Hidang Nasi ayam bersama sambal cili dan sup


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


KEK MARBLE MARVELOUS


Kek mudah dan ringkas dibuat jika tekak tiba-tiba berhajat sesuatu yang manis. Resipi asal saya adaptasikan dari HTTP://FIZALGK.BLOGSPOT.COM/2013/11/KEK-MARBLE-WARISAN.HTML
Tektur kek gebu dan lembut. Cukup sesuai buat sajian petang.




Kek Marble Marvelous


  • 250 g mentega
  • 210 g gula halus
  • 230 g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdb ovelette
  • 5 biji telur ayam
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdb serbuk koko
  • 80 ml susu segar
Cara Menyediakanya
  1. Panaskan oven 180 C
  2. Pukul mentega dengan gula sehingga gebu
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan ovelette
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu
  5. Akhir sekali masukkan esen vanila
  6. Keluarkan lebih kurang 2 cawan adunan dan campurkan dengan serbuk koko
  7. Guna acuan 9"..oleskan dengan mentega
  8. Masukkan dua sudu adunan asal dan masukkan satu sudu adunan coklat..ulangi proses sehingga habis
  9. Bakar pada suhu 180 C selama 60 minit atau sehingga masak.

RECIPE SOURCE: HTTP://FIZALGK.BLOGSPOT.COM/2013/11/KEK-MARBLE-WARISAN.HTML
Imges & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Friday, September 19, 2014

BOK CHOY, EGG TOFU AND SHRIMPS


Antara sayur kegemaran saya yang mudah dan ringkas menyediakanya. Biasanya saya masukkan sedikit shitake mushroom tetapi ketika membuatnya saya tidak mempunyai stok shitake mushroom jadi saya skipped nya. Cara masakan ini menyebab saya yang dimasak begitu fresh dan sedap.




Bok Choy, Egg Tofu & Shrimps





  • 3-4 Bok Choy - dicelur dan diketepikan (jangan terlalu lama)
  • 1 paket tofu jepun dipotong bulat digoreng kekuningan
  • 100 - 200 g udang sederhana besar dibuang kepala
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 2 sdb air)
  • 1 cawan air
  • 1-2 sdb sos tiram
  • 2 sdb minyak masak
  • 2-3 titik minyak bijan


Cara Menyediakannya

  1. Susun Bok Choy, Tofu di atas pinggan
  2. Panaskan minyak gorengkan udang, angkat dan susun atas pinggan tadi
  3. Masukkan bawang putih dan biar seketika sehingga naik baunya
  4. Masukkan sos tiram dan air biar sehingga mendidih
  5. Titikkan minyak bijan
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan curah ke dalam pinggan tadi.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Sunday, September 14, 2014

APAM NASI


Apam beras ini mudah disediakan tidak perlu perap semalaman..memadai hanya 2-3 jam. Biasanya saya kalau hendak siapkan untuk minum petang, saya akan siapkan bahanya dan perap selepas zohor...by the time asar sudah boleh naikkan kukusan..dan kukus ngam-ngam untuk minum petang..malah kalau hendak dibuat sarapan..molek sekali selepas subuh dan kukus 2-3 jam kemudian untuk sarapan. Warna apam ikut kesukaan masing-masing. 

Resipi ini saya ambil dari blog http://yatiememories.blogspot.com/2013/11/apam-beras-apam-nasi.html, cuma saya ubahkan sedikit dengan memasukkan satu paket ENO..ha..ha..kerana saya ingin melihat rekahan pada apam. Tidak perlu memasukkan ENO jika tidak suka..rasanya tetap sama.




Apam Nasi





  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • 1 paket ENO 
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan ENO dan gaul rata biar seketika 10 - 15 minit
  9. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
RECIPE SOURCE: http://yatiememories.blogspot.com/2013/11/apam-beras-apam-nasi.html

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...