Monday, June 30, 2014

CUSTARD COCKTAIL PUDDING WITH VANILLA SAUCE


Rasanya pudding yang top dalam bulan Ramadan...sebabnya sedap dan mudah menyediakannya. Sos vanila kastad menambahkan keenakkan pudding ini. Jangan hadkan diri anda dengan buah-buahan koktail..Mengikut selera masing-masing boleh juga guna buah-buahan tin lain seperti pear atau peaches. Juadah yang cukup sesui di musim panas begini.




Custard Cocktail Pudding With Vanilla Sauce

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit esen vanila
  • 1 tin buah-buahan koktail
Cara Menyediakannya

  1. Satukan semua bahan dan kacau atas api sederhana sehingga kilat dan pekat.
  2. Masukkan ke dalam bekas/mangkok yang dibasahkan
  3. Masukkan ke dalam fridge sebelum dihidang
  4. Letakkan buah koktail dan tuangkan sos semasa menghidang nanti
Kuah Kastadnya

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwan gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 tin sirap dari koktail
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 sdt vanilla
Cara Menyediakannya
  1. Satukan semua bahan.
  2. Tapis dan masak di atas api sederhana sehingga kuah pekat
  3. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidang
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

NASI DAGING AIR ASAM


Juadah yang cukup sesuai buat buka puasa. Nasi Daging ini cukup popular di sebelah utara tanah air. Gandingan mantap nasi daging ini ialah Air Asam. Boleh juga disajikan bersama lauk-pauk lain seperti dalca.

Nasi Daging Air Asam

  • 1 kg daging – dipotong agak besar (12 – 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. 
  • 1 kg berasmathi  Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1.
  • 3 sudu besar kimball tomato sup.
  • 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
  • Garam secukup rasa.
  • Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:

  • 1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5  sudu besar).
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 2  sudu besar rempah daging.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Manis.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Putih.
  • 1 sudu besar rempah beriani.
  • 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
  • sedikit buah kismis dan Jangus.
  • 1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.
  • 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
  • 1 sudu kecil Garam masala.-
  • Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak:


  1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
  2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
  3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
  4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
  5. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
  6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

AIR ASAM:

  • Cili Api, Belacan Bakar, lada merah – masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
  • Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.
  • Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Boleh juga tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.

Notes
Adapted from - Mohammad Roslan



PRAWN CURRY WITH DRUMSTICK


Kata orang murungai ni berangin...ha...ha...tapi kalau dah suka semua pantang larang diketepikan. Asalnya nak masak kari prappu telur tapi dah ada udang..saya tukar plan. Cara memasaknya lebih kurang macam masak dalca juga. Sedap dengan apa-apa jenis nasi.

Prawn Curry With Drumstick


  • 4 batang murungai dikerat 2" panjang direbus dahalu dan toskan
  • 1 kg udang hidup 
  • 3 biji kentang dibelah 4
  • 1 batang crrot dihiris menyerong 
  • 1/2 cawan dhal direbus
  • 1/2 cwan tairu/yogurt/santan
  • sedikit air asam jawa
  • 3 sdb minyak masak


Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2" halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 packet rempah kari daging
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
Cara Membuatnya


  1. Tumbuk halia dan bawang putih
  2. Panaskan minyak tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan kayu manis, pelga, lawang dan cengkih dan daun kari
  4. Biar seketika dan masukkan rempah kari
  5. Tumis sehingga pecah minyak kemudin masukkan kentang, dhal bersama 3 cawan air.
  6. Biar kentang empuk kemudian masukkn udang dan murungai..
  7. Renehkn sehingg murungi dan udang masak.
  8. Masukkan carrot dan tairu..garam, gula dan air asam.
  9. Renehkan sehingga naik minyak dan angkat.
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

EASY SWEET AND SOUR PRAWN


Resipi mudah kegemaran anak-anak. Mudah membuatnya dan pasti menjadi sajian berbuka yang menarik. Sedap  bersama Nasi panas.


Easy Sweet And Sour Prawns

  • 1 kg udang hidup dibuang kulitnya - saya lebih suk tidak
  • 1/2 cawan nenas tin dihiris dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu besar
  • 5 uls bawang putih dicincang halus
  • 7 biji cili padi dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb cuka
  • 2 sdt gula
  • daun bwang untuk hiasan
  • 2 sdb minyak masak



Cara Membuatnya
  1. Panaskan minyak tumis bwang besar sehingg layu
  2. Masukkan bawang putih dan serbuk kari
  3. Masukkn cili padi biar seketika dan masukkan udang
  4. Masukkan sos tomato, sos tiram dan cuka
  5. Masukkan udang dan birkan ia masak
  6. Tambah air jika perlu 
  7. Akhir sekali masukkan garam, gula dan nenas
  8. Biar seketika dan angkat
  9. Taburkan daun bawang dn siap dihidang
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

CHICKEN PUFF - SUPER EASY AND SIMPLE



Resipi mudah menggunakan..puff pastry yang siap. Saya selalu menyimpan stok..so kalau terdesak cuma siapkan intinya sahaja. Saya guna inti ayam kentang dan bakar panas-panas untuk berbuka...SELAMAT BERBUKA.

Chicken Puff
Ingredients
  • Kulit Pastry
  • Telur
  • Bijan
Bahan Inti

4 biji kentang di potong dadu
setengh batng carrot dipotong dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu
200 g isi ayam
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu  rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sdb minyak masak


  1. Tumbuk bahan *
  2. Panaskn minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih dan halia
  4. Biar seketika..masukkan rempah kari dan daun  kari
  5. Biar sehingga naik baunya...masukkan ayam, kentang
  6. Tambah air.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Masak sehingga ubi empuk dan  sekali masukkan carrot.
  9. Sejukkan sebelum digunakan.  


Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

Sunday, June 29, 2014

MOROCCON MINT TEA


Starting with a date, saying “Bismillah” (In the name of Allah),





you break your fast with a classic Moroccan Mint Tea ....perghhh...nyaman dan nikmat



Morrocon Mint Tea
1 teabag - I used LIPTON
1 large handful fresh spearmint leaves, washed
1/2 liter (about 2 cups) boiling water
1/4 cup sugar  - depends

Preparation:

Boil at least a liter of water. Rinse a small tea pot with about 1/4 cup of the hot water.

Add the tea bag and another 1/4 cup boiling water. Swirl the pot to wash and rinse the te bag, and pour out the water.

Add the mint leaves and the sugar, and fill the pot with 1/2 liter (about 2 cups) boiling water. Leave the tea to steep for five minutes or longer, or set the tea pot over medium-low heat and bring the tea to a simmer. Remove from the heat, and allow to steep several minutes more.


Gently stir the tea, pour into small tea glasses and serve.

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN....

Friday, June 27, 2014

KOLAK SINGKONG PISANG


Waduh dong..buka puasa paling enak kalau dapat Kolak Singkong-Pisang...perghhh...nyaman tekak. Kalau di Indonesia di panggil kolak manakala di Malaysia pula ada bebagai nama..bubur pun ya, pengat pun ya, serawa pun ya. Apa pun namanya ia merupakan dessert yang disukai..boleh dimasak putih mhupun dimasukkan gula Melaka...boleh gunakan ubi kayu, pisang, keledek...dan apa sahaja.

Apa pun yang digunakan membuat kolak ini..iny tetap enak. Rasanya resipi ini terkenal dikalangan Melayu Nusantara, Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei.




Kolak Singkong-Pisang
  • 500 g ubi kayu dipotong kecil direbus dan toskan airnya
  • 3 biji pisang - Saya guna pisang Raja di hiris bulat
  • 2 sdb sagu biji direndam
  • 2 helai daun pandam
  • 250 g gula merah
  • 500 ml santan pekat
  • secubit garam


Cara Membuatnya
  1. Masak santan bersama gula merah, daun pandan dan sedikit garam
  2. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Masukkan ubi kyu rebus, pisang dan sagu biji.
  4. Renehkan seketik dan angkat.

Notes
Adapted from - Patyskitchen

Thursday, June 26, 2014

MASALA VADAI - TAMILNADU


Resipi dari Tamilnadu yang tidak perlu pengenalan kerana ramai di Malaysia yang mengenali kuih ini...ha..ha...cumany telah di Malaysiakn menjadi Masolodeh. Menggunakan dua jenis dhal...kuih ini memng mengenyangkan dan sangat ranggup.

Masala Vadai
  • 1 cawan Channa Dal 
  • 1 cawan Toor Dal 
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • I biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari dihiris halus
  • 2 tangki daun ketumbr dihiris halus
  • 2 tangki cili kering dihiris hlus
  • 1 sdt jintan putih

Cara Membutnya:

  1. Rendam kedua-dal semalaman atau sekurang-kurangnya 3-4 jm
  2. Tosskn airnya dan kisar tanpa air (seeloknya guna food processor)
  3. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi dan garm secukup rasa
  4. Gaul rata dan kepal-kepal membentuk bulat dan leperkan
  5. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry sehingga kekuningan
Notes
Adapted from - Patyskitchen

SHREDDED CHICKEN SANDWICH


Semalam saya buat Mee Soto untuk berbuka puasa, ada lebihan isi ayam jadi untuk sahur saya gunakan lebihan isi ayam ini untuk membuat Sandwich. Saya gunakan mayo, celery, tomato segar. Ayam saya masukkan sedikit serbuk lada hitam.

Satu cara yng baik untuk menggunakan left over tetapi jika tidak ada left over ayam bolehlah direbus dada atau isi ayam bersama serbuk lada hitam.



Wednesday, June 25, 2014

LUQAYMAT SWEET DUMPLING - PERFECT RAMADAN TREATS


Manisan yang cukup popular semasa bulan Ramadan terutama di UAE dan Middle Eastern. Crunchy from the outside and soft in the middle...lebih kurang donut tetapi manisan ini dimakan bersama air gula. Untuk mendapat impak yang lebih umpphhh saya masukkan sedikit buah pelaga dalam sirap. Taburkan sedikit bijan semasa menghidangnya.

Luqaymat - Sweat Dumpling
Ingredients
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sdb gula
1 sdt yeast
1 1/4 cawan air suam
5 sdb kentang lecek
1/2 sdt serbuk pelaga
sedikit garam

Sirap
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit daun pandan
5 biji buah pelaga

Masak semua bahan sehingga pekat. Angkat dan sejukkan

Cara Membuatnya



Satukan semua bahan kecuali air dalam satu Mangkok


Masukkan air suam dan gaul rata


 Konsistensi adunan akan menjadi sepeti adunan kek


Tutup dengan plastik dan perap selam 1 jam


Selepas 1 jam adunan akan kelihatan berbuih



Panaskan minyak dan goreng seperti membuat jemput-jemput. Goreng kekuningan dan angkat.

Notes
Adapted from - http://www.munatycooking.com/2012/08/sweet-dumplings-luqaimat.html

Tuesday, June 24, 2014

WORLD CUP FOOTBALL APPETIZER AND TREATS

Ha...ha..World Cup !!! and now the season is back again... I have a few list with equally delicious foods.  You can’t go wrong serving any of these at you next gathering.   I love football food!  I love the excitement.  I love the crowds! Regardless of what team your guests follow, they're all sure to be fans of this great footy food! ...ole...ole....ole....jom layan

Chicken Buffalo Wings
Vietnamese Banh Mi


Cornflakes Prawn Fritters

Fish In The Basket
Beef Bitterballen


Swedish Meatballs


Cheese Egg Bruschetta

Shrimp Lumpia
Shawarma

Beef Burger


Meatball in tomato sauce
Chicken/Eggs Quesadillas


Beef Pastry Puff
Keropok Lekor
Pizza
Cibatta Sandwich
Chicken Fingers
Eggs Sandwich
Fingers Sandwich

Chessy Nachos
Beef Tacos
Southern Fried Chicken
Tuna Croissant
Beef Croquette

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...